Liga Super 2012 | Perak Vs T-Team (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 26 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

“Tiga Perlawanan Tiga Kemenangan Setiap Kemenangan Jaringan 2-1 Bermakna Tiga Jaringan Terhasil”. Memang ajaib atau kebetulan?

Selepas tiga kemenangan yang dramatik, Perak bakal meneruskan perjuangan di Ipoh untuk perlawanan ke 22 Liga Super Edisi 2012 menentang T-Team. Ada perkhabaran kurang enak didengari tentang penggantungan Michal Kubala yang terpaksa menjalani hukuman apabila mengumpul 3 kad kuning setakat ini. Akan tetapi masih tiada pengesahan rasmi berkenaan perkara tersebut.

T-Team, pasukan yang agak bermasalah sejak kebelakangan ini. Terbaru kenyataan daripada pengendalinya yang mengatakan bahawa terdapat masalah komunikasi dalam pasukan mereka yang menyebabkan mereka tewas di tangan Selangor dengan 0-5 dan seri 1-1 dengan N.Sembilan baru-baru ini.

Rekod 5 perlawanan mereka sebelum ini, menang dua kali, seri sekali dan selebihnya tewas. Kali terakhir mengutip 3 mata penuh adalah ketika bertandang ke Sabah 15 Mei 2012 lalu. Biarpun begitu, mereka dilihat cuba bangkit dalam perlawanan Sabtu lalu apabila berjaya mengikat N.Sembilan di Kuala Terengganu.

Perak juga dilihat menyimpan dendam yang ingin dibalas apabila kecundang di Kuala Terengganu dalam pusingan pertama lalu. Bagi Perak yang kini telah membuktikan mereka benar-benar bangkit selepas 3 perlawanan, bakal menggempur habis-habisan malam esok dalam mempertahankan kedudukan ketiga liga ketika ini, biarpun Selangor dilihat mampu memintas kerana kurang satu perlawanan berbanding Perak.

Tidak kira siapa kesebelasan utamanya nanti, diharap Perak mengutip 3 mata penuh kerana baki perlawanan yang tinggal harus dipergunakan sebaiknya untuk mengumpul mata semaksimum mungkin. Dengan semangat yang jitu dan tahap moral yang berada ditahap terbaik tidak mustahil untuk kita menang di Ipoh malam Rabu nanti.

Barisan Perak Saranan SDN

Kamarul Affendi(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Hisyamuddin
Mohd Nasir Baharudin
Mohd Khairi Zainuddin
SharulNizam Mustafa (KP)
Wan Hossen Wan Abd Ghani
Fazrul Hazli Khadri
Rafiuddin Roddin
Mohd Failee Ghazali
Albert Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs T-Team (Preview)

  1. helmirizal

    misi 3 mata diteruskan lagi esok..kekalahan pada pusingan pertama lalu harus dibalas dengan kemenangan

    perak haruslah menggunakan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri untuk menumpaskan tteam

    insyallah 3 mata milik perak esok

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    Jika melihat pada skrip kemenangan,perak mmg wajib menang pada perlawanan ini..mengapa tidak...pasukan kita sudah semakin mantap...jadi kemenangan harus dlm tgn kita...
    Coach n player akan buat yg terbaik untuk memastikan PERAK bawa balik 3 mata....
    PERAK BOLEH..................................

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.