Liga Super 2012 | Perak Vs Johor FC (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 16 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Johor FC

Perak langkah kanan apabila berjaya mengutip 3 mata penuh di Ipoh dalam perlawanan yang penuh drama.

Perak bermula baik diawal permainan dan memaksa Johor FC menahan asakan bertubi-tubi Perak yang turun tanpa Sharulnizam Mustafa.

Hasil kerja keras sepasukan, Mohd Rafiuddin Roddin berjaya meletakkan Perak di depan di minit ke 9 permainan apabila berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol lawan dan disudahkan dengan rembatan kencang dari penjuru kanan gol.

Babak kedua menyaksikan pihak lawan meningkatkan asakan namun belum cukup untuk hasilkan gol penyamaan. Sebaliknya Bodjongo Dika mempamerkan karektor nya dengan meledakkan rembatan kencang dari luar kotak penalti meletakkan Perak di depan selesa dengan 2-0.

Selepas itu, permainan dilihat agak suram dan Johor FC berjaya merapatkan jurang apabila Arthuro menyudahkan sepakan percuma menarik jauh dari jangkauan Mohd Nasril Nourdin.

Ketika permainan dilihat akan berkesudahan dengan 2-1, Johor FC memperolehi sepakan penalti setelah kekasaran dilakukan oleh Khairi Zainuddin ke atas pemain Johor FC. Namun, penjaga gol Perak bertindak cemerlang menidakkan sepakan kaki kiri Arthuro dan Perak sah memperoleh 3 mata.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
K Nanthakumar(KP)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Sharom Kalam
Hisyamuddin Shaari
Mohd Nasir Basiruddin
Michal Kubala
Mohd Nazri Kamal
Rafiuddin Roddin
Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika
Mohd Failee Ghazli

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Johor FC (result)

  1. Raul hashim

    sala..menang alhamdulillah..tp strategi norizan hampeh..knp bg formasi 4-5-1..knp letak bodjongo penyerang tunggal..susah dia nk dapat bola..knp xletak 4-4-2..gandingkan failee dan bodjongo..mesti banyak gol boleh buat..lagi satu nazri kamal xboleh main..langsung x berfungsi..sayap agak lemah..tahniah nasril

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Formation 4-5-1 adalah formation yang tepat dan sesuai diterapkan.Cumanya pada pendapat teman,susunan player tu yang harud diperbaiki lagi.4-5-1 pada teman,midfield kena betul2 strength dan flanker mempunyai larian yang deras.masalah top/single striker tidak akan timbul..up2date cikit.4-4-2 formasi England yang dah lapok dan lihat sahaja team England yang tak kemana perginya.Mostly now banyak team yang dah follow cara Spain punya taktikal dan kebanyakan kelab2 di eropah juga dah banyak yang meniru cara formasi yang diterapkan oleh kelab2 di Spain.No Wonderla La-Liga is the best league in the world..dibuktikan lagi oleh kelab2nya yang bertanding diperingkat Uefa champion League dan europa cup..Skuad kebangsaan Spain apetah lagi??

      4-5-1 yang teman suggestkan:-

      LB-Syazwan Roslan/Mohd nasir
      CB-Khairi/Hisyamuddin
      CB-Shahrom kalam
      RB-Budak Sungkai nun
      DMF - K.Nantha Kumar
      LMF-Rafiuddin
      Rmf-Fazrul Hazli
      CMF-Shahrul Nizam Mustapha/Kubala
      AMF-Kubala/Akmal Rizal/Bodjonggo
      CF-Failee/Bodjonggo

      Sekian.TQ

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    salam pembuka bicara...3 mata penting diperolehi setelah lama berehat...walaupon menang tetapi prestasi pasukan tidak begitu memberansangkan...percaturan 4-5-1 dilihat tidak begitu sesuai. failee dilihat begitu tenggelam dengan posisi yang diletakan....

    tahniah kepada nasril kerana berjaya menyelamatkan sepakan penalti...

    perlawanan seterusnya bertemu felda di ipoh, moga kita mata lagi akan dikutip...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yazid

    Salam,Tahniah pasukan yeop,anda telah berjaya membuktikan yang anda boleh melakukan dan mampu mencapai kemenangan,seperti comment2 diatas strategi kurang berkesan...berulamg kali di nyatakan bodjongo perlu bnyk bola untuk menjaringkan gol,gol ke2 pun dia yg gelecek a few pemain then rembat masuk gol.bodjongo boleh score tapi perlukan umpanan menarik dan perlukan byk ruang dari midfielder...tp teman ttp gembira sebab perak menang....
    TAHNIAH PERAK.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. eg

    Salam.... Tahniah pada pasukan Perak kerana menang. Tapi game masih tak ada peningkatan. Dari awal musim dah masuk 2nd round dok main straight forward je tak ada 'seni' mcam spain main. Hantaran2 pendek susah nak tengok yang leret punya (w/pun tak ada tekanan dari pihak lawan) kecuali kubala. Nyusahkan member yg terima je.....Hantaran jauh jgn cerita le... Si Khairi ni tugas dia menghayun bola je ke...? Bodjongo ok, dia laju so yg main forward dan sewaktu dgnnya kena la ikut rentak sama...he..he..Akhir sekali tolonglah cakaplah kat players, berfikirla sikit masa main tu.....cubalah bagi hantaran2 yg cantik,selalu tengok kedudukan rakan-rakan masa nak nganto atau dalam masa permainan. Belajarlah sesuatu daripada players yg main kat Euro 2012. Jgn syok tengok game aje. Tp kesilapan2 ni tak sepatutnya ada sbb training dah lama. Main pun dah bnyk kali... tp tak tau la pulak kalau masa training depa buat benda lain........he3x.

    Apa pun teruskan usaha. MOTTO:Terlepas bola usaha dapat balik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jasbisa

    satu je teman nak kabo. perak kena cari coach baru, coach yg boleh belbagaikan taktikal sessuai dgn pemain yg ada. pemain semua dah ok. kalau lah ada coach tempatan yg ada corak taktikal mcm fergusson, wenger etc, rasanya perak boleh main lebih baik dari apa yg kita ada skrg.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. helmirizal

    ada perkhabaran yang kata kontrak cikgu jan sampai hujung liga super nie jer...tapi tak pasti sejauh mana kepastian berita ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi Post author

    Yob..jangan terlalu taksub dengan formasi. Itu asas je. Kalau main taksub dengan formasi dah jadi kolot plak rasanya. Skrg kita tengok RB dan LB overlap sampai atas, formasi ape plak nak sebut tu?

    Maknanya kat sini, formasi yang kome2 ckap tadi tu cuma asas masa permulaan je. bila dah main lain pulak jadinya. Itu lah yang dipanggil strategi coach masing2.

    Masa serang jadi 2-5-3, dua je def kat bawah. kena serang je jadi 5 -3-2, masa tengah leading lain pulak jdinya. masa tengah kna leading lain.

    So, pendek kata formasi ni berbagai-bagai dan formasi asas amat penting untuk diolah nanti masa dalam padang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    Salam...

    Tahniah buat skuad senior... semoga kalian akan terus berusaha untuk menambah mata demi mata dalam mengukuhkan kedudukan dalam liga...

    Semoga ada sinar buat kita semua penyokong Kejor Yop Kejor...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.