Liga Super 2012 | Perak Vs Johor FC (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 16 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Setelah lama Liga berehat, kini ianya bakal menghangatkan kembali suasana bolasepak di Malaysia dikala para peminat bolasepak tertumpu kepada saingan EURO 2012 dilihat menambahkan lagi kemeriahan bolasepak tanahair ketika ini.

Kejayaan demi kejayaan dalam beberapa siri persahabatan lalu dilihat menaikkan kembali semangat anak-anak didik Haji Norizan Bakar. Paling membanggakan ketika menewaskan Semen Padang di laman mereka adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Terbaru menewaskan finalist Piala FA 2012 Sime Darby FC 4-0 juga dilihat petanda kebangkitan yang bakal dipamerkan kelak.

Johor FC yang sebelum ini kecundang di Pasir Gudang dalam perlawanan di awal musim lalu dilihat masih tercari-cari ramuan yang ideal untuk menaikkan kembali pasukan mereka yang semakin terjerumus ke lembah bahaya liga. Pun begitu, sedikit kebangkitan dipamerkan 25 Mei 2012 lalu ketika mereka berjaya mengikat juara Piala FA 2012 Kelantan di Pasir Gudang dengan seri tanpa jaringan.

Hanya berjaya menang daripada 5 perlawanan lalu belum cukup untuk mengakui kehebatan Johor FC. Namun begitu, kemampuan menyekat kemaraan pasukan yang dikatakan kuat sudah dibuktikan dengan kejayaan mengikat Selangor 1-1 pada 14 April 2012 lalu dan Kelantan seperti yang dinyatakan tadi.

Daripada 8 perlawanan di laman lawan, mereka setakat ini hanya menang 3 kali daripada 8 perlawanan. Ini sekali gus mencetuskan sedikit kerisauan kerana mereka memiliki baki 5 perlawanan di tempat lawan termasuk bakal berdepan Perak di Ipoh.

Bagi skuad Perak, para penyokong hanya ingin melihat kebangkitan dalam semua baki perlawanan. Ini kerana, kedudukan Perak dalam liga masih ditahap kurang memberansangkan. Kelibat Bodjongo Dika sudah semestinya ditagih. Beliau dilihat beraksi cemerlang dengan mula menunjukkan taringnya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan lalu. Ternyata, beliau sudah mula serasi dengan pasukan dan dijangka meledakkan gol dalam aksi akan datang.

Barisan Perak Saranan SDN

Kamarul Affendi(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Shahrom Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Norhazrul Mustapha
Shahrulnizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Rafiuddin Roddin
Mohd Failee Ghazali
Albert Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Johor FC (Preview)

  1. helmirizal

    liga bermula kembali setelah lama berehat.....aksi persahabatan menujukkan perak telah bangkit semula...kemenangan besar 4-0 berturut-turut pada aksi persahabatan yang lepas diharap dapat diteruskan apabila bertemu johor fc nanti.....bodjongo diharapkan dapat merobek gawang johor fc disamping bantuan dari pemain lain...di bahagian pertahanan di harap lebih ampuh untuk mengekang barisan serangan johor fc....

    di harapkan 3 mata milik perak nanti untuk mengukuhkan lagi kedudukan perak di liga super

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    i'allah 3 mata penuh milik perak....jangan masa freindly hebat tp bila real game kita hancus...tapi firasat teman sebagai anak jati perak tetap kata perak akan menang bergaya...macam ada mimpi indah yg menyatakan 2nd round ni perak akan jadi hebat macam zaman laslo repasi & franks seator....kebangkitan yang mengkagumkan...mustahil tapi benar...game dgn johor fc ni,our midfield mesti fit and ada tenaga 200%,control middle of field,bg bnyk lorongan n bola cantik pd geng striker....hantar sebnyk yg boleh..tp biarlah bola yg berkualiti bukannya bola yg ' ke laut' je.
    prediction teman PERAK 3 - JOHOR FC 1......

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Selalu lawan JOHOR FC ni Perak ada badi sikit...
    Sama-samalah kita menanti keputusannya. Harap Perak menang bergaya~

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.