Liga Super 2012 | Perak Vs Felda United (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 19 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Felda United

‘Come From Behind’. Kebangkitan yang dramatik oleh Perak semalam mengesahkan 3 mata berharga dalam perlawanan yang seakan-akan berpihak kepada pasukan lawan.

Namun, sebelum itu, tidak semudah yang disangkakan. Ahmad Fakri Sharani terlebih dahulu mengunci mulut ribuan penyokong Perak seawal minit pertama permainan apabila berjaya menjaringkan gol pertama buat Felda United.

Biarpun bilangan penyokong yang hadir tidaklah seberapa seperti diawal musim lalu, namun itu sudah cukup untuk membangkitkan semangat pemain-pemain Perak mencipta kemenangan yang penuh drama.

Setelah dikejutkan dengan gol awal Felda, Perak menggandakan asakan bertali arus untuk memburu gol penyamaan.

Siapa sangka, pemain yang selama ini disimpan dibangku simpanan Mohd Shafiq Jamalmeledakkan gol yang dicari-cari pada minit ke 76, apabila menerima dadaan cantik Bodjongo Dika.

Rembatan deras dari luar kotak penalti oleh Fazrul Hazli Khadri tiba-tiba menerjah jaring pelawat pada minit ke 84 menggamatkan Stadium keramat Perak. Fazrul Hazli yang dimasukkan menggantikan Khairi Zainuddin pada minit ke 68 sememangnya amat teruja untuk beraksi setelah sekian lama memanaskan bangku simpanan.

Dengan dua gol lewat diseparuh masa kedua sudah cukup menceritakan penat jerih Skuad Perak untuk mengembalikan keyakinan para penyokong terhadap mereka.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Felda United (result)

  1. helmirizal

    tahniah perak atas kemenangan malam tadi

    atas usaha keras semua pemain, berjaya membuahkan hasil dengan menjaringkan 2 gol

    strategi cikgu jan memasukan shafiq jamal & fazrul hazli berjaya memecahkan kebuntuan jaringan

    tahniah diucapkan pada pasukan perak, teruskan rentak kemenangan pada baki saingan liga super & kempen piala malaysia

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.