Liga Super 2012 | Perak Vs Felda United (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 19 Jun 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Ketika Perak masih segar dengan kemenangan 2-1 menundukkan Sang Lebah Sabtu lalu, Selasa nanti, Felda United bakal menjadi ‘sparing partner’ seterusnya dalam meneruskan misi memburu tempat terbaik dalam saingan Liga Super 2012.

Jelas sekali, tanpa perancang tengah Perak mampu melakar kemenangan dalam perlawanan lalu. Haji Norizan Bakar bertindak berani dengan meletakkan Shahrom Mohd Kalam sebagai Pertahanan Tengah dalam pertarungan lalu ternyata membuahkan sesuatu yang positif.

Felda United, bukan pasukan yang konsisten. Ini berdasarkan analisis keputusan perlawanan-perlawanan mereka sebelum ini. Akan tetapi, kebangkitan yang dipamerkan Sabtu lalu apabila berjaya menundukkan Juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan seolah-olah melaungkan amaran kepada Haji Norizan Bakar untuk mempersiapkan pasukannya dengan strategi yang ampuh untuk perlawanan malam Rabu nanti.

Namun begitu jika dilihat rekod 5 perlawanan mereka sebelum ini, Felda United mereka hanya menang dua perlawanan dan seri tiga perlawanan, dan yang menariknya, mereka menang menentang pasukan yang boleh dikatakan pilihan iaitu Terengganu dan yang terbaru adalah Negeri Sembilan, kedua-duanya adalah di laman sendiri.

Selain itu, agak mengejutkan juga jika dilihat prestasi mereka di laman lawan. Ini kerana, daripada sembilan perlawanan di laman lawan, mereka hanya menang sekali dan seri sekali. Ternyata, mereka sedang tercari-cari rentak ketika bertandang ke laman lawan. Hal ini perlu diambil kira oleh pengendali Perak kerana besar kemungkinan mereka akan bermain habis-habisan untuk mencipta kemenangan kedua di tempat lawan untuk musim ini.

Bagi skuad Perak, kebuntuan jaringan oleh penyerang dilihat mula terubat apabila ‘permata hitam baharu’ nya dilihat semakin mempamerkan aksi sebenar beliau. Namun begitu, Perak perlu mencipta kemenangan malam Rabu nanti untuk kembali bersaing dengan dua lagi pasukan yang kini berkongsi 30 mata dengan Perak iaitu, Selangor dan Terengganu.

Daripada lima perlawanan sebelum ini, Perak berjaya menang dua, seri dua kali dan kalah sekali kepada Negeri Sembilan 1-3 di Paroi tempohari. Perak harus bangkit untuk meraih keyakinan para penyokong yang dilihat agak suram sejak kebelakangan ini.

Barisan Perak Saranan SDN

Kamarul Affendi(PG)
K. Nantha Kumar(KP)
Mohd Shahrom Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Nasir Baharudin
Mohd Khairi Zainuddin
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Rafiuddin Roddin
Mohd Failee Ghazali
Albert Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Felda United (Preview)

  1. helmirizal

    misi 3 mata diteruskan...bermain di halaman sendiri memberi peluang cerah untuk perak meraih 3 mata...

    berdasarkan pemerhatian teman, kemungkinan barisan sama ketika bertemu johor fc akan diturunkan esok...pada pandangan teman, shahrom kalam perlu diletakkan di pertahanan tengah bersama khairi, mana kala k nanthakumar diletakan di posisi defensif midfielder....

    gunakan basic formasi 4-4-2

    beri peluang utk failee bergandingan dengan bodjongo di bahagian atas

    moga 3 mata milik perak esok..ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yeop ahmad

    salam..

    awok ase bek maintain position kelmarin.. nantha diletakkan di center back tuk menyaingi player import..

    so kalu leh menten perform mcm kelmarin.. ase nye orait aje.. khairi yg awok x bape gemor tuh pun ok men die kelmarin.. just yg penalti last tuh la memang bikin x senang duduk..

    pape pun jgn bg singopore durjana tuh dapat pape piala.. plessssssss...

    maju perak maju...

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    salam...

    Bagi teman Felda United akan menurunkan kesemua bekas pemain Perak iaitu,Hardi Jaafar,Hafiszuan dan Hamsani kapten pasukan,ini kerana tersemat dijiwa mereka perasaan dendam yang membara terhadap pasukan Perak.

    Ini akan menampakkan kesukaran untuk pasukan Perak memenangi keatas pasukan Felda dibantu dengan prestasi memberangsangkan pemain pemain Felda.

    Pasukan Perak perlu melakukan corak taktikal dan taknikal seperti skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu skuad Qatar minggu lepas. Penjaga gol seperti yang dicadangkan oleh Admin,teman setuju kerana perlu merehatkan kembali Nasril Nordin.

    Beri peluang kepada Khalis Ibrahim untuk beraksi di posisi sayap kerana posisi sayap perlukan kepantasan untuk membantu Bodjongo dan Failee menjaringkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    musim ini khalis ibrahim serta isma alif langsung tidak diberi peluang oleh cikgu jan untuk bermain...apakah silap deme berdua ini sehingga langsung tidak diberi pelung untuk bermain sedangkan deme mempunyai keupayaan yang baik

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yazid

    Mcm2 komen tmn tgk...hmmm semua pun dh semakin yakin dan memberi pandangan yg baik terhadap pasukan...kita sebagai pemain ke12 (penyokong/peminat) mmg sepatutnya fanatik dlm menyokong pasukan kesayangan kita...yang baik kit araikan bersama yg xbest or tak baik kita bantah dan tolak...teman nak tgk team perak yg terbaik...pihak PAFA diminta untuk buat KPI kepada semua player,staff & jurulatih.mungkin cara ni mampu wujudkan persaingan yg sihat antara pemain dan jurulatih akan memastikan tugasnya tidak terancam....yela masukan dlm klausa dlm kontrak sekiranya gagal capai KPI jawapan yg paling sesuai ialah 'resign' ataupun dlm bahasa mudahnya berhenti je...moga2 PERAK menang mlm nie...doakn yang terbaik untuk pasukan ke'sayangan' kita - PERAK DARUL RIDZUAN

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      KPI tu teman pernah dengor dulu masa mula2 liga super 2012. Kalu tak silap top 5 ke top 3 cam tu la dan satu cup tahun ni.

      Tapi samada KPI tu main sebut atau ada KPI yang teliti detail untuk tiap2 jawatan dalam PAFA ada atau tak tu tak pasti. Tapi, patut nya KPI tu realistik dan tersusun la. Maknanya sapa2 yg tak capai kenakan tindakan.

      Teman setuju dengan mike Yazid

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yazid

        terima kasih syidi atas komen anda....bukan nak lebihkan pasukan kelantan tp teman tengok sejak TS Anuar Musa ambik alih pengurusan semua pemain happy,pengurusan tersusun (yg teman nampak TS Anuar tegas tp punyai matlamat yg jauh dlm sukan bola sepak).
        Perak sebenarnya pernah memiliki pengurusan yg hebat spt Raja Ahmad,kemudian klu xslp dato zakaria.dulu xda KPI pun boleh berjaya...KPI ni sebenarnya dpt bantu tahap pengurusan diri & pasukan sebenarnya,semasa teman nk g PAC utk jwtan PTD,benda2 cmnila yg teman kaji...kenapa & mengapa KPI ini ujud,atas alasan apa KPI ini kena ada.so sekarang ia bukan semata2 untuk penguran dlm bidang kerja kerajaan tapi juga dlm sukan terutamanya bola sepak.....dlm AJK PAFA perlu ada 1 juruaudit KPI (lantik peminat,bekas lawyer yg minat bola,bekas pemain dan 1 wakil dari AJK PAFA sendiri-kira mcm ada persidangan meja bulat la)

        Likes(0)Dislikes(0)
  6. nazri

    Semasa menonton perlawanan Perak vs Johor FC, nampak bahagian tengah macam tak tersusun. Kubala macam tak perfom disamping hantarannya tidak sampai pada penyerang. Dimana Sharul Nizam Mustafa? Mujurlah penalti dapat diselamatkan oleh Keeper. Apa pun perubahan strategi harus dilakukan agar kemenangan dapat diperolehi..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.