UMUM | Perak Kurang Konsisten Siapa Bertanggungjawab?

perakfa.jpg

18 perlawanan selesai, hasilnya 27 mata diperolehi daripada 8 kemenangan dan 3 keputusan seri. Selebihnya Perak tewas dengan 2 kali kecundang di laman sendiri dan 6 kali di gelanggang lawan. Berbaki 8 perlawanan, Perak perlu bangkit dengan memperbaiki kelemahan yang semakin ketara terutama barisan pertahanan yang telah melepaskan 26 gol. Secara purata satu atau dua gol setiap perlawanan.

24 gol yang berjaya dijaringkan bukanlah sesuatu ang boleh dibanggakan kerana ianya masih ditahap sederhanan kerana jaringan terbanyak liga setakat ini didominasi oleh Lions XII dengan 34 gol. Jika dibandingkan jumlah bolos iaitu 26 gol di dalam carta ada 4 pasukan yang sama jumlahnya termasuk Perak.

Jadi, secara kasarnya kita dapat menilai di manakah tahap prestasi Perak ketika ini. Usah kita bandingkan dengan pasukan-pasukan lain, sebaliknya kita perlu mengkaji prestasi semasa Perak yang tiada konsistensi. Ada pendapat mengatakan, Perak bernasib baik kerana memiliki pemain seperti Michal Kubala yang boleh meledakkan jaringan dari situasi bola mati. Jika tidak, entah di mana kedudukan Perak ketika ini. Apakah maksud semua ini? Adakah pasukan Perak masih beralasankan tiada rezeki? Atau masih bermasalah dibarisan serangan?

Jika diperhatikan setiap tahun selepas musim 2007/2008 lalu, Perak mula menunjukkan prestasi turun naik yang agak membimbangkan. Detik yang paling sukar adalah ketika ramai pemain senior mula mencongak masa depan dan berpindah ke kelab atau pasukan lain. Dikala itu, tinggallah anak-anak muda belia yang segar dan kurang berpengalaman. Semasa Steve Darby melatih Perak, mulai 2005 hingga 2008, Perak berjaya bawa pulang satu piala iaitu Sumbangsih dan itu adalah kali terakhir Perak bawa pulang piala ke bumi bertuah ini.

Berbalik kepada keadaan semasa pasukan, rasanya semua permasalahan sudah diselesaikan. Antara masalah yang timbul diawal musim adalah barisan serangan buntu menjaringkan gol. Tetapi ketika ini masih dianggap awal untuk mempertikaikan kredibiliti Bodjongo Dika. Namun, perkara yang menjadi persoalan ketika ini adalah konsistensi pasukan, siapa yang perlu bertanggungjawab?

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “UMUM | Perak Kurang Konsisten Siapa Bertanggungjawab?

  1. Raul hashim

    Mesti jan lambung..semua orang dah tau..dah le latihan dia tidak menekankan aspek kecergasan..lau perak jadi macam kelantan main banyak perlawanan, mesti perak tersungkur awal..tolong le cikgu jan..tekankan aspek kecergasan dan corak hantaran pendek masa latihan..permainan yang diterapkan sangat bosan..banyak menang nasib jer

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. pie

    Bagi teman semua pihak salah. ini kerana bila menang atau juara semua kata dia hebat termasuk penyokong. tetapi bila dilihat semula, semuanya salah.

    1. Pemain tidak konsisten dan selalunya ambil sikap sambil lewa bila mendahului apatah lagi jika ketinggalan. Selalu mengharapkan pemain yang sama dan mengharapkan keajaiban berlaku.

    2. Jurulatih tidak menerapkan taktikal yang lain daripada yang lain. asyik sama je. pihak lawan mudah menbaca taktik perlawanan.Back ground jurulatih juga dah sedia maklum seperti yang pernah dipertikaikan oleh pengomen2 sebelum ini. Ambillah sikap positif. jangan anggap ianya bukan dari negeri kelahirannya.

    3. pengurusan tidak serius didalam mengambil pemain import, lepas tangan kepada jurulatih. Daripada kedudukan kewangan teman rasa tak ada masalah. Banyak duit dapat dari sumber yang teman rasa tak sesuai teman katakan kat sini. Yang mana tahu tu diam2 ajelah. yang tak tahu tu, cari2kanlah kalau nak tahu.Imbuhan yang diberikan kadang2 tidak menaikkan semangat pemain kerana bersikap pilih bulu.

    4. Penyokong tidak menunjukkan komitmen yang tinggi selalu merendah2kan pemain yang mana menjatuhkan m oral pemain.yang mana sepatutnya sentiasa bersikap positif. kritikan yang diberikan mestilah bersikap membina. balik semula kepada back to the basic. kita semua kalau jadi pemain juga akan merasakan ketidakpuashatian jika kita berada ditempat pemain bila org kondem dan sebagainya.

    5. Media selalunya menunjukkan atau membesarkan isu2 yang menyinggung perasaan pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong.

    6. Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop ahmad

    salam..

    pertama-tamanya kepada peminat2 perak yang awok salu sangat bace komen deme yg minx khalis ngn isma diberi peluang main.. awok ade jumpe kawan awok.. die ni kawan kepada si khalis.. n awok tanye le die nape cikgu jan x bg2 deme ni main.. jawapan yg kawan awok bg ialah.. deme ni da down da gem nye.. x perform da even still muda.. sebab ape awok x la tau.. n yang penting ni ape yg kawan awok bgtau ye.. so just khabar angin aje la yg awok nak khabar angin kan jugak kat kome.. haha...

    yg jelas kita xde player yg leh perform bagus.. semua pada awok just in average range la.. yg kedua awok x pasti tapi memang berkaitan ngn kewangan pasukan la.. awok mcm nengok deme ni besungguh2 benar berjimat cermat.. xtau la nape coz mase zaman steve darby.. perak fa memang berhutang besar.. x abes bayar lagi pe hutang2 tuh.. n kalau di tengok tahun2 antara 2004-2007, perak xde masalah nak kua duit.. kome bayang.. perak amik import.. die men satu gem je n x perform.. terus kene tukar... skang ni simpan sampai half season...

    pape pun.. kita sebagai penyokong.. just teruskan jela sokongan kita kepada pasukan.. n kepada pemain2 lak.. main la betol2.. buktikan kome ni dasat gak sebenarnye.. kome bole bukan xbole... so?

    perak fa dasat sampai bile2...

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.