Liga Super 2012 | Terengganu Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 4 Mei 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
8:45 Malam

Terengganu 2 – 2 Perak

Perak bertandang ke Kuala Terengganu dengan penuh tekad untuk meraih 3 mata penuh dikala pasukan Terengganu dalam keadaan yang tidak menentu. Apa tidaknya, sebelum ini pelbagai isu melanda Skuad Peteh ini sehinggakan pada perlawanan lalu Mat Zan Mat Aris direhatkan buat seketika.

Bukan setakat itu sahaja, pemain-pemain utama mereka juga turut direhatkan memberi gambaran awal betapa mereka yakin untuk menghadapi Perak.

Namun begitu, Terengganu tetap garang dengan awal seawal minit permainan menyentap Perak yang terleka ketika itu. Tersentak dengan gol awal itu, Perak bingkas bangkit menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 41, Mohd Rafiuddin berjaya meledakkan gol kedua peribadinya sekali gus menyamakan kedudukan untuk menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua, Perak meneruskan rentak seperti dipenghujung babak pertama tadi, tetapi kali ini mereka berusaha untuk mencari gol kedua bagi memastikan 3 mata dibawa pulang ke Ipoh.

Dikala Terengganu yang dilihat agak liat untuk dijinakkan, minit ke 65 Bodjongo Dika mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol peribadi pertama dalam penampilan keduanya bersama Perak. Ini merupakan amaran awal daripada pemain yang berasal dari Cameroon ini untuk beliau terus meledakkan gol selepas ini.

Kelebihan satu gol (1-2) dikala permainan berbaki lebih kurang 20 minit masih belum selamat buat Perak. Dikala para penyokong Peteh sudah mula ingin menyerah kalah, di minit akhir permainan, Terengganu berjaya mendapatkan gol penyamaan dan Perak terpaksa berpuashati dengan satu mata.

Secara keseluruhannya, Perak bermain baik, namun begitu, barisan pertahanan Perak dilihat semakin rapuh dengan setiap perlawanan melepaskan gol. Ini perlu diperbaiki segera untuk mengelakkan pasukan menjadi semakin teruk. Keadaan yang berbeza dipamerkan oleh barisan serangan, Bodjongo Dika telah mengotakan janjinya untuk sumbangkan gol dan beliau telah lakukan dengan baik. Diharap, gol ini menjadi suntikan moral kepada untuk terus cemerlang dalam perlawanan selepas ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2012 | Terengganu Vs Perak (result)

  1. yeop ahmad

    salam..

    sekarang ni ape kate mengkome2 sume tumpu perhatian kat defend lak.. sebab dari awl musim mengkome2 asek aim kat midfield n striker.. pade awok defend kite x bape cemerlang lagi2 time perebutan bola udara.. mostly challenge defend perak akan kalah.. naseb bola jarang masuk gol aje.. ngn masalah keeper nye lagi.. nasril da kome aukk kan.. skang cikgu jan bg kat amri lak.. so ape kate aukk kan amri lak.. sebab ape? sebab die pun lebiy kurang nasril je.. badan da kurus mcm yg mengkome nak.. pantas da pantas da mcm yg kome nak.. tapi........... die x pandai nak bajet bola.. kome pasan x? gol kedua time ngn ganu kemarin pun die x pandai nak bajet bola.. die bole bg striker g depan die sedangkn patut nye die yg kene depan keeper.. lagi satu.. amri ni keje die suke menumbuk bola.. even bola tuh bole die tangkap.. x salah nak tumbuk.. tumbuk lah.. asal kan jgn bg situasi yg susah tuk defend lak..

    jadi kepada pertahanan perak.. mantapkan lagi kualiti pertahanan kome.. n amri.. berlatih la bajet bola bagus2 ye.. kalo x nanti org aukkkan kome.. da dibg lak pluang kat kamarul nanti.. kan da rugi kome kan kan kan..

    maju maju maju.. maju perak fa maju...

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Teman rasa dalam keadaan ni, tak perlula kita salahkan orang tu salah kn org ni, tak de penyelesaiannya. Di peringkat kita yang menyokong ni patutnya kita bagi sokongan moral. Baik buruk tim kita jugak sampai bila2.

      Player tu je yang ada pun. Jadi, sokong je, bagi deme2 support. Kita boleh ubah deme2 tu percayala, perkara yg positif yang kita cakapkan hari2 akan menjadi positif nanti. Kalau asik hentam org tu org ni, org ni salah org tu tak betul abis sape yang betul?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yeop ahmad

        salam..

        pada awok.. sokong tetap sokong.. tapi kalu da nampak ade silap or cacat cela.. x salah kan tegur.. bukan mencari kesalahan sebenarnya.. tapi lebih kepada penambahbaikan.. n akan ade penyelesaian jugak ke kalu kite just terus sokong n sokong.. atleast kalu ade teguran2 direct ni.. atleast kalu la ade yg org yg sepatutnya membaca.. mungkin akan membuka mata minda deme..

        awok pun yakin deme mampu bagi yg terbaik dan dengan teguran2 cm ni la patut nye deme leh berubah.. dan ini jugak bukan kes sape betul sape salah sebanarnye ye harap minx difahami.. ni kes pendapat dan luahan hati masing2..

        lagi sekali awok naip supaya org yg membaca boleh nampak yg awok pun bagi support kat team yang tiap kali home game memang awok g stadium sebagai tanda support awok la.. betol x? xkan la gi stadium sebab suke2 aje?

        maju maju maju.. perak fa terus maju

        sekian..
        sekian

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Teman pun frust gile sebenornye. Tapi sabor je yoep. Serabut kadang2 mikir. Tapi Teman tetap setuju dengan komen mike.

          Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    satu mata di bawa pulang dari terengganu...kealpaan minit akhir membuat perak putih mata untuk bawa pulang 3 mata di ipoh...

    tahniah pada bodjongo kerana sudah berjaya menjaringkan gol, harap ini bukan gol pertama dan terakhir anda

    game seterusnya bertemu musuh tradisi iaitu selangor di ipoh, harap perak mampu menang...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.