Liga Super 2012 | Terengganu Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Jumaat, 4 Mei 2012
Stadium Sultan Ismail Nasaruddin
8.45 Malam

Sang Seladang bakal ‘menziarahi’ Sang Penyu yang terluka dan mungkin sedang menangisi kehampaan apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab kerdil Sime Darby FC dalam perebutan slot ke perlawanan akhir Piala FA 2012.

Perak pula semakin ghairah memburu kedudukan terbaik liga dan keghairahan itu hadir bersama ‘permata hitam’ yang baru diserapkan ke dalam pasukan yang dahagakan aksi untuk memburu jaringan sulung. Bodjongo Dika, dilihat semakin serasi dengan rakan-rakan sepasukannya, ini dibuktikan dengan berjaya menjaringkan gol dalam aksi persahabatan lalu.

Bagi Skuad Peteh pula, mereka ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana mengiringi kekalahan mereka adalah kecederaan penyerang import utama mereka Forkey Doe yang hanya sempat beraksi pada separuh masa ketika mereka mengunjungi Stadium Selayang untuk separuh akhir Piala FA lalu. Pengendali Terengganu Mat Zan Mat Aris pula sudah semestinya semakin tertekan dengan situasi ini apabila pasukannya dilihat tidak konsisten seperti yang diharapkan.

Dalam 5 aksi terakhir mereka dalam saingan Liga Super 2012, Terengganu merakamkan 2 kemenangan, 2 seri dan satu kekalahan yang mana mereka diaibkan Selangor di Shah Alam 6-1 pada 7 April 2012 yang lalu. Pertemuan terakhir sebelum liga berehat tempohari, mereka hanya mampu seri dengan Negeri Sembilan 1-1 di Paroi pada 17 April 2012 lalu. Namun begitu, jika dilihat rekod mereka di laman sendiri, setakat ini mereka belum pernah keciciran mata. Daripada 7 perlawanan di Kuala Terengganu, mereka hanya seri 3 kali dan selebihnya menang ke atas semua 4 lawan mereka.

Manakala Perak pula dilihat kembali menyemarakkan keyakinan apabila berjaya memperoleh mata di Kota Kinabalu tempohari. Namun begitu, Perak perlu bangkit dalam perlawanan ini kerana rekod Perak di tempat lawan setakat ini dilihat kurang memberansangkan. Daripada 8 perlawanan di tempat lawan sebelum ini, Perak hanya mampu menang 3 perlawanan, seri sekali dan selebihnya tewas.

Jika dinilai secara fizikalnya, Perak memiliki kelebihan dengan rehat yang panjang dan kecergasan pemain sudah semestinya menjadi kelebihan. Bermakna, pengendali Perak hanya perlu menerapkan taktikal yang berkesan untuk memastikan 3 mata berharga dibawa pulang ke Ipoh nanti. Biarpun Terengganu kini berada satu anak tangga lebih berbanding Perak, namun Perak berpeluang memintas sekiranya berjaya mendapat 3 mata penuh nanti. Di samping itu juga Perak perlu berwaspada dengan dua pasukan di bawah Perak iaitu T-Team dan Negeri Sembilan yang akan memintas kedudukan Perak seandainya Perak tumbang di Kuala Terengganu.

‘Kuda sudah siap berpelana,
Pedang tersedia sisip dipinggang,
Kibar panji laungan bergema,
tekadkan jiwa ke medan perang!’

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Khairul Amri Salahuddin (GK)
K Nanthakumar
Sharom Mohd Kalam
Nor Hazrul Mustafa
Syazwan Roslan
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Rafiuddin
Akmal Rizal Rakhli
Bodjongo Dika

Perlawanan Lain :

4 Mei 2012:

Sabah vs Felda United
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Kelantan vs Lions XII
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Hang Jebat, Melaka

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

28 thoughts on “Liga Super 2012 | Terengganu Vs Perak (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Teman tidalah merasakan kemenangan bakal digapai oleh Pasukan Perak,kerana sudah pastinya kemenangan bakal memihak skuad Penyu yang sedang berduka lara.

    Sudah pastinya Nasril Nordin penjaga gol kesayangan bookie akan beraksi semula.jangan tertipu dengan barisan yang diturunkan oleh cikgu Jan ketika perlawanan persahabatan,

    yang pasti akan ada bolos lebih dari 3 biji perlawanan kali ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Sebenornye, mike bukanlah salah yob, tapi cara mike sampaikan isi hati tu kurang cermat. Elok le difikirkan ayat yang sesuai supaya orang baca tak lah terjerut leher macam nak marah mike.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    Dalam maksud comment anda wahai en.saidin...
    jika benar apa yang dikata....tewas sebelum bertarungla pasukan kita nie..aduyai mcmni xbestla....perakian semua nak tgk game yang best bukan mistake yang melucukan....
    Hmmmmm tp kita kena yakin juga bahwa PERAK tetap akan berjaya.....MENANG @ KALAH itu kita xtahu...yang pasti kita bagi peluang kat deme2 tu semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. penjejak_syurga

    Salam... Saya harap team perak dapat menunjukkan peningkatan utk game2 yg seterusnya. Apa yg penting game biar bermutu walaupun keputusan kurang memberangsangkan. Peminat perak nak tengok game yg bermutu dgn harga tiket yg dibayar. Kalau boleh, silly mistake dikurangkan sbb ianya akan mempengaruhi rentak team. Peluang utk jaringkan gol jgn lak disia2kan. Bagi saya, kemenangan bukan terletak pada siapa yg jaringkan gol, tp kerjasama yg ditunjukkan. Kpd striker, jgn tamak & gopoh bila ada peluang. Semoha berjaya team PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Teman setuju tang kerjasama dan jangan buat silly mistake. Sebab kalu selalu buat silap kecik2 ni merugikan. So, do the best for the Yobs

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    salam

    teman harap perak mampu menumpaskan terengganu malam esok seperti yang dilakukan pada pusingan pertama dulu

    diharapkan pemain perak bermain dengan sehabis mungkin untuk memenangi perlawanan tersebut, disamping diharap taktikal yang digunakan cikgu jan mampu mengekang barisan lawan dari menjaringkan gol

    skor yob skor

    ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Kalau pusingan awal dulu Ganu tak de import lagi. Deme tu game naik turun, tapi dalam keadaan sekarang ni ada peluang untuk kita menang, tinggal lagi kena perform yang terbaik je.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. helmirizal

        terengganu di khabarkan tengah mengalami krisis dalaman...perak harus gunakan peluang ini untuk menewaskan terengganu malam nie...

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    Harap cikgu jan belajar dgn ismail zakaria mcmane nk kalahkan ganu..tgk taktikal sime darby lwn ganu kelmarin mmg cantik..razali punya dua peluang untuk jaringkan gol..kalau cikgu jan xbelajar dari situ, xtau le teman..letak jawatn ler..gandingan bodjongo dan failee diharap menjadi gandingan utama nanti..isma alif harap dapat diberi peluang..rehatkan arul..dia xberfungsi dengan bagus..bagi nantha main tengah dengan kubala..mesti meletup nanti..keeper bagi khairul amri main..terengganu tgh letih tu..wajib menang 2-0..kalau kalah letak jawatan..muktamd

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul tu Raul, Ismail Zakaria punya taktikal mantop. Tapi coach saja tak cukup, pemain kena patuh taat setia jgn melawan cakap, kna ikut betul2 apa yg dirancang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. pie

    Teman doakan semoga berjaya. Apa yang penting berikan semangat kepada pasukan. Skor Yob Skor, kembalikan zaman kegemilangan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Jasbisa

    taktikal amat penting dlm bolasepak. Senjata Perak dari dulu ialah kepantasan. Game Perak perlu laju. Kita ada 2 flankers yang pantas. Gunakan mereka untuk menyelinap dari kiri dan kanan lawan. Suggest guna formasi 4-5-1. Bodjongo solo striker. Bila kita kuasai bhgn tengah flankers dapat feed bola pada striker. Dlm situasi ini, sesiapa boleh jaringkan gol, kubala, akmal, bodjongo, semua boleh buat gol. Arul dan Nasril, rehatkan saja mereka. Lebih ramai boleh bermain untuk Perak. Fikir2 kan lah Cikgu Jan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Setuju. Kalau mike perasan masa lawan Sabah inilah yang kita pakai. Akmal jadi Attacking Midfielder , disamping Kubala dan Sharulnizam.

      Memang menjadi. So, harap-harap Cikgu Jan dapat perbaiki lagi gandingan-gandingan tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. helmirizal

      perak perlu variasikan serangan malam nie, gunakan kelajuan pemain sayap untuk menembusi pertahanan terengganu di samping mencuba dari bahagian tengah dengan membuat hantaran-hantaran thru pass kerana penyerang import kita memiliki kelajuan larian....

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. Spectator

    Bagi saya Cigu Jan perlu terapkan corak permainan hantaran pendek dan gerakan yang pantas dimana perlu membuat satu corak bertahan sehingga 7 ke 8 orang pemain dan serangan memerlukan 6 ke 7 pemain. ini akan membuatkan pasukan lawan keletihan untuk bertahan dan serangan.

    Cadangan Formasi 4-1-2-1-2 adalah yang terbaik untuk pasukan Perak dalam pemerhatian saya.Barisan pemain saya

    Khairul Amri -PG
    Hishamuddin -CB
    Shahrom Kalam -CB
    Shazwan Roslan -RB
    Nasir -LB
    Nazri Kamal -CDM
    Khalis Ibrahim - RM
    Isma Aliff -LM
    Michal Kubala - CAM
    Albert - ST
    Akmal Rizal - ST

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. helmirizal

      teman pon setuju dgn pemilihan player yg disarankan oleh spectator nie...dah lama benor tak tengok kelibat khalis ibrahim dan isma aliff bermain..mohon coach beri peluang pada deme berdua

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. Spectator

    pada pendapat saya. Nazri kamal sesuai berada di defensive midfilder berbanding Wan hossein..........
    pasukan kini jelas dibahagian tengah agak kurang bermutu,takkan nak mengharapkan Kubala seorang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. feartheyob

      maap le tp bagi teman dr wan hossen atau nazri lebih baik le letak arul...tmbah2 big game lawan terengganu ni...kalo lawan team bawah2 tu boleh le kot gamble letak brader 2orang tu...maap le cakap tp teman x harap deme dua tu...wp arul xdele bagus mana tp bagus le lagi dr deme dua orang tu...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yeop ahmad

        salam..

        awok setuju yob.. better bg arul dari nazri or wan hossen.. bukan menidakkan peluang tuk deme men.. tp memang performance dorg still kurang.. kalo kome xnak jugak arul.. jgn bg nazri or hossen dulu.. but nantha come second.. memang kat defend die mcm kurang tapi ase kalu bg jd DMF mantap gak ase nye nantha berbanding deme even kudrat deme patut nye lagi dasat dari nantha.. dan awok pun kadang2 trpikir, nape khalis n isma still xlgsg dapat men even tuk tersenarai dalam sub nye list.. even nak men frenly pun xdapat.. sebab seingat awok time new team perak era m.karathu.. deme ni antara yg bagus gak la gem nye yg awok nengok.. tapi awok pikir maybe performance deme da jadi aukk kot skang.. pape pun seri pun awok still oke la sebab mood awok pun epi coz lion kalah.. kekekekeke... yg paling penting.. bodjongo da mula jaring kan gol.. perkembangan positif tuh..

        sekian.

        Likes(0)Dislikes(0)
  10. SYJ JUNIOR

    jgn bgitu yop..fitnah klu xbetul bgai yg dkata..klau meke dh ada bukti bw pd phak bkuasa..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. SYJ JUNIOR

    tul 2.arul lbh bkesan.mgkn nantha blh support bhgin tgh..sbb dh 2,3x uat mistake bila main defend..kita xde pelapis u

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yeop ahmad

      salam..

      betul.. pelapis kita still kurang mantap.. even team piala presiden pun walaupun keputusan nampak cemerlang.. tapi kualiti pemain yg baik tuh still rendah.. namun, pemain2 yg kurang kualiti ni.. kalo kene caranye.. still boleh bagi saingan sebenarnye.. so pandai2 la semua pihak perak fa memikior kan nye.. xkan nak awok gak bagi idea.. kalu kome bace n ikut xpe gak.. ngn duit awok beli tiket tiap2 kali home gem kome amik lg.. ape kejadahnya kan..

      sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. webmaster

    Keputusan Muktamad: TERENGGANU 2 - 2 PERAK.

    Ulasan ringkas, Perak ketinggalan seawal minit pertama lagi tetapi berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh pertama. Pertengahan babak kedua permainan, Perak mendahului 2 gol sebelum disamakan oleh tuan rumah ketika permainan berbaki beberapa minit sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. yobscout

    Apalah Perak, itu pun tak boleh menang, Terengganu bukan turunkan pasukan utama.. Dah boleh mendahului patut kekalkanlah prestasi ini memberi gol penyamaan, letih la macam tu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.