Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012
Jumaat, 11 Mei 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 0 Selangor

Kemenangan penting untuk Perak. Kejayaan menewaskan Selangor banyak dibantu oleh aksi longlai mereka.Babak pertama, Perak bermula garang dengan mengatur serangan sebaik wisel sepak mula.

Perak sepatutnya di depan di minit ke 2, apabila Akmal Rizal Rakhli terlepas peluang menyudahkan hantaran lintang Bodjongo Dika. Namun begitu, pada minit ke 15, Michal Kubala meledakkan jaringan pertama Perak menerusi sepakan percuma menarik.

Separuh masa kedua, Perak memulakan aksi dengan aksi yang kurang memberansangkan. Babak kedua menyaksikan Selangor mendominasi permainan dan Perak dipaksa bertahan sehinggalah 3 pertukaran dilakukan yang menghidupkan kembali jentera serangan yang ketandusan peluang sebelumnya.

Hasil usaha keras, ‘permata hitam’ baharu Perak akhirnya menunjukkan taring sebenarnya apabila menyudahkan peluang terhidang dengan ‘half volley’ menarik menewaskan Norazlan Razali minit ke 83.

Secara keseluruhannya, permainan agak sederhana. Albert Bodlongo Dika dilihat ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Cuma selepas ini beliau perlu meningkatkan tahap keserasian dan persefahaman untuk memudahkan beliau mencipta jaringan.

Segalanya sudah beliau miliki. Agresif, kental dan kemahiran yang baik dilihat cukup untuk beliau mencipta nama ketika Liga Super sudah memasuki pusingan kedua.

Apa-apa pun, 3 mata penting telah diperolehi. Bukan sekadar itu, yang paling penting adalah ‘ Morale Booster’ hasil kemenangan diharap menjadi titik tolak kebangkitan Perak kembali konsisten dalam baki perlawanan selepas ini.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
K Nanthakumar
Mohd Sharom Kalam
Hisyamuddin Shaari
Mohd Nasir Basiruddin
Sharulnizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Mohd Nazri Kamal ( Fahrul Razi)
Rafiuddin Roddin ( Fazrul Hazli)
Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika
Akmal Rizal Rakhli (Mohd Failee Ghazli)

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor (result)

  1. zamwaja

    Salam.. Mlm ni antara GAME TERBAIK PERAK...1st half mmg menarik.. tp masuk 2nd half dah slow... kalau continue momentom mcm 1st half .. lunyai RED GIANT... apa pun PERAK THE BEST

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Tahniah Perak.
    Cuma teman rasa tak berbaloi pelaburan ke stadium. Persembahan Perak longlai. Tiada semangat untuk menambah jaringan biarpun dihidangkan peluang berderet-deret dan bahagian tengah Perak bagai tak berfungsi.

    Kubala seperti tiada semangat semalam. Selalu memegang bola lama. Lambat membuat hantaran dan mudah dibaca lawan.

    Bodjongo. Stamina yang agak meragukan. Biarpun begitu, komited bila bersama bola. Boleh ditingkatkan prestasi.

    Pemain tempatan: Kebanyakkan bermain seperti perlawanan pertunjukan. Tidak mudah untuk penyokong datang ke stadium. Jadi, pastikan perlawanan & permainan bermutu disajikan. Erti kata lain, jangan mudah puas hati dengan prestasi semasa.

    Apa jua komen, TAHNIAH PERAK!
    KEKALKAN MOMENTUM ANDA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Ipohman

    Sekalung tahniah sebagai penghargaan,
    Atas usaha dan kudrat yang dicurahkan,
    Tingkatkan prestasi dan mantapkan pasukan,
    Teruskan perjuangan memburu kejayaan...

    Hati gembira tapi tidak alpa... Kejor yop kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    salam....

    Harapan untuk kita semua lihat kemenangan keatas pasukan musuh tradisi itu berjaya,dan ramai yang mampu pulang dengan senyum lebar hingga ke telinga.

    Tapi teman tak puas hati dengan beberapa perkara yang gagal dilaksanakan oleh pihak jurulatih demi mengembalikan kegemilangan dalam skuad Perak.

    Yang pertama sekali jelas kelihatan dari riak wajah pemain pemain,mereka kerap kali mengalami masalah stamina,yang tidak mampu bertahan hingga 97 minit temasuk masa tambahan. Corak permainan agak menarik tapi kadang kala seolah olah tidak memiliki idea yang lebih genius.

    Menukar pemain yang tidak sepatutnya seperti Rafiuddin yang dikeluarkan walhal pemain tersebut menunjukkan satu corak permainan yang mantap,dari segi larian dan hantaran yang hebat berbanding pemain gantian Fahrul razi.

    Masalah pemain pula tidak mengerti dengan lebih jelas apabila formasi yang diberi. apabila menyerang dan bertahan pemain pemain yang ada tidak berfungsi dengan sepatutnya.perkara ini harus dititik beratkan dengan lebih mendalam,pasukan dimalaysia ini masih belum sesuai hanya diberikan tugasan ringkas,mereka semua perlu diterangkan dengan lebih jelas mengenai tugasan setiap individu.

    Namun apapun teman gembira kerana ini adalah perlawanan yang kesepuluh sepanjang 4 tahun bertemu selangor dan ini adalah kemenangan yang kedua,bukan bermakna Nasril nordin seorang penjaga gol yang hebat tanpa meloloskan sebarang gol,tapi kerana selangor tiada penyerang yang berjaya menguji dengan hebat kearah gawang gol perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscout

    Bolehlah menang Syafiq rahim tak main, Asra tak main, Amirul hadi 10 terkahir baru main. Kalau pemain utama ni semua ada, aku berani cakap Perak nak seri pun susahlah. Harap Albert seorang kat atas, lain semua pamalas nak lari letih la macam ni tiap-tiap perlawanan. Taktikal masih tak berubah, dulu kini dan selamanya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yeop ahmad

    salam..

    gem semalam pada awok semakin baik dari sebelumnya la.. satu perkembangan yg bagus tuk team perak.. 1st half corak hantaran2 kelihatan pantas.. bertukar2 kawasan serangan kiri dan kanan.. tapi corak permainan terus tukar jadi slow time 2nd half even selangor men ntah pape gak semalam.. awok panas ati sebab time 2nd half kubala byk dapat bola tp lambat sgt nak pasing.. sedangkan bodjongo punye la lame nak tunggu tapi still x pass2.. bodjongo sampai da ketepi padang baru la nak pasing.. patut nye bile nampak bodjongo da ke tepi.. terus trough pass ke depan sebab bodjongo nak bukak area tengah.. bila bola da ke depan.. die boleh pecut.. laju weh die lari.. yg tengok kat tv mungkin x ase.. tapi yg tgk kat stadium patut nye kome pasan yg bodjongo ni laju larian die.. n awok xnampak lak bodjongo nye stamina patut di ragukan.. kalu kubala mungkin iye la awok ase.. player tempatan x payah ckp la.. mane penah berubah stamina deme.. xkan larat perform full 90 minit..

    tapi awok hepi gak la gem semalam.. player wat hantaran2 udara laju.. da x tanggung2 da cm dulu.. flanker pun dapat bola bawak naik atas n wat crosing even stil x bape bagus.. tapi kalu da salu buat kompem akan lagi bagus kan.. practise make perfect ape.. yg sorang da pandai da guna kaki kiri.. n x tarik bola turun bawah balik.. brani nak challenge.. yg sorang lagi da x buat da drible kelam die da even due2 deme ni semalam men as subs aje.. n kome pasan x nasril da kuwus.. hahahaha... pade awok, awok still nasril 1st dari amri tuk posisi keeper.. n semalam tgk performance die da kembali oke la even x la nampak teruji sgt coz defend pun disiplin semalam.. pape pun byk lagi kelemahan perak yang patut diperbaiki.. yg penting.. performance yg lebih baik patut ditunjukkan tiap perlawanan.. pasal nak tukar jurulatih tuh awok xde la nak cakap pape.. sebab pade awok main point die player jugak even jurulatih die jose mourinho sekalipun..

    yg paling signifikan sekali pengurusan perak fa kene pandai buat duit byk2 tuk pasukan perak.. supaya kita boleh dapat player2 yg lebih berkualiti.. kene paham la kan.. nak yg berkualiti kene kuakan kos yg tinggi gak.. jadi cuba2 la dapatkan tajaan byk2 ke maybe.. x kesa la even mamee sekalipun kan penaja deme mcm satu team tu.. janji sumber tu ade..

    last but not least.. eceh..... x kesa la safiq x men ke, asra x men ke, amirulhadi player len da semput2 bawu die masuk men ke, safee da gi pelita jaya ke.. janji player perak x sebok nak ade gosip ngn artis, ade rambut ala k-pop la or jadi tajuk twitter julia perez sebab hal umah tangga... n janji perak menang.. tuh makne nya perak betol mengambil peluang la kan?? dari deme2 tuh x men n perak kalah... haaaa.....

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. pie

    Tahniah. tetapi teman tgk perak agak sukar mendapat peluang gol padang dengan counter direct dari penyerang. teman tgk michal kubala banyak membantu perak hasil jaringan free kicknya. sewaktu seri dgn sabah juga hasil free kick michal kubala. harap2 jgn hanya bergantung kepada free kick je coz merbahaya. michal kubala ni mcm seorg lagi pemain import Johor FC pakar sepakan percuma. itu je teman nak ckp.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Raul hashim

    Menang alhamdulillah..tp game semalam memang hancur perak main..teman xfaham kenapa taktikal cikgu jan teruk sangat..ruang tengah banyak kosong semalam..sepatutnya perak boleh menang besor semalam..lagi satu bodjongo sorang je kat atas..mana dia mampu nak buat gol kalau xada support dari player lain..nasib baik selangor xperform semalam..harap cikgu jan tukar taktikal yang lebih baik..kalau lawan kelatan main macam ni, memang susah nak menang..aku kecewa sangat2..nasib dapat 3 point..tp permainan hambar..taktik lapuk..pengurusan buka mata dan guna minda untuk berfikir..tahniah nasir yang bermain cemerlang semalam..harap guna isma daripada guna arul dan nazri yang longlai dan lembik semalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Jasbisa

    teman masih tak convince dgn nasril dan arul. Harap coach boleh rehatkan mereka dan masukkan pemain simpanan lain. Isma patut diberi peluang. Taktikal cikgu jan masih boleh diperbaiki. Apa pun tahniah sbb menang. Bodjongo makin serasi. Kepantasan adalah aset Perak dari dulu lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. helmirizal

    perak berhak menang...

    aksi longlai selangor, di ambil peluang sepenuhnya oleh pasukan perak

    corak permainan masih belum menarik, kubala dan arul banyak buat kesilapan dari segi hantaran....bodjongo tidak banyak menerima hantaran, peluang nak score pon tak banyak...

    apa-apa pon 3 mata milik perak..teruskan rentak cemerlang di pusingan ke-2 ini...GO PERAK GO

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.