Liga Super 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 15 Mei 2012
Stadium Tunku Abd Rahman,
8:45 Malam

Negeri Sembilan 3 – 1 Perak

Perak gagal memanfaat peluang untuk mengutip mata di Paroi biarpun Michal Kubala berjaya meletakkan Perak di depan menerusi sepakan penalti seawal minit ke 5 permainan apabila Albert Bodjongo Dika dikasari di dalam kotak penalti Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Negeri Sembilan tampil garang selepas itu apabila Effa Owona berjaya mencuri tumpuan semalam dengan meledakkan hatrik yang kini meletakkan Negeri Sembilan mengambil alih tangga ketiga manakala Perak terpaksa akur di ketujuh liga ketika ini.

Biarpun perlawanan semalam dilaporkan menarik dengan aksi yang konsisten dipamerkan, namun itu tidak membawa sebarang makna. Ternyata, Azraai Khor Abdullah berjaya dalam percaturannya sebaliknya Haji Norizan Bakar terpaksa akur dengan kegagalan menyekat kebangkitan Negeri Sembilan.

Tidak cukup dengan duka kekalahan di laman lawan, Perak ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila Ketua Pasukan Sharulnizam Mustafa diperintah keluar padang bersama seorang lagi pemain senior Skuad Jang iaitu Idris Karim dihujung babak permainan separuh masa kedua.

Sudah pasti, kekalahan ini mengundang rasa kurang senang dikalangan penyokong yang kecewa dengan keputusan semalam. Mana tidaknya, Perak berjaya menang di Ipoh ke atas lawan yang sama diawal musim lalu, namun gagal meneruskan rentak untuk menang kesekian kalinya.

Haji Norizan Bakar harus sedar bahawa terlalu banyak kelemahan yang harus diperbaiki terutama sekali barisan pertahanan yang kini dilihat semakin rapuh.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Liga Super 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

  1. helmirizal

    sudah berjaya menjaringkan gol awal..namun gagal untuk bertahan dengan baik menyebabkan negeri sembilan berjaya membolosi gawang perak sebanyak 3 kali....

    bahagian pertahanan perak agak goyah musim ini, sesuatu perlu dilakukan oleh cikgu jan dalam tempoh rehat sebulan ini...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Memang banyak kelamhan pun..yang peliknya hj norizan ni guna taktikal dan pemain yang sama jer..diulangi guna taktikal dan player yang sama jer..org dah tau le rentak kita..dah boleh baca..xkan jan xtau kot..aku menyampah dah dengan taktikal lapuk tu..tukar coach....diulangi tukar coach dan guna player yang berbeza macam kelantan..tolong pengurusan pafa buka mata dan buka minda tu..komen keme ni xnak dengor kerrr..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Benda ni dari awal musim lagi dah nmpak dan ramai yang komen, tapi hasilnya sama je. Tengok Lions, awal musim dia guna semua pemain. Tak de yang kita jarang nampak semua familiar. Hasilnya, sub dia pun hebat.

      Tuko coach la Perak ni. Tu je caranya.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. feartheyob

        teman pn setuju supaya tukar jurulatih.Apapun terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Jan sebab berjaya jugak sedikit sebanyak 'transform' team perak keluar dr kemelut sebelum ni..tapi we need more...penyokong sangat2 merindukan team perak yang berkualiti, yang maintain, yang ampuh...dan yang paling penting team yang boleh jadi juara...so bg pendapat teman, dh banyak kali game taktikal cikgu jan mmg outdated...player selection pn tak meyakinkan...team ni hanya kuat di tempat sendiri sahaja tp sangat rapuh di gelanggang lawan...

        kita pikio2 kan le...

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. SYJ JUNIOR

    salam 4 all user...mgkn betul bagai dikata.coach msti brani cuba pemain lain.asyik pemain yg sama.tp xmenunjukkn peningkatan.mng ngn selangor pn dlm mutu permainan yg membosankan...akmal ptt direhat.bg peluang pd failee.utk jangka pnjang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    Macam biasalah teman dah cakap, walaupun penyerang perak nampak hebat tapi bila tgk dari awal gol padang punya susah. banayk gol dijaringkan menerusi free kick dan penalti. tak tahu kat mana lagi salahnya. dah banyak pasukan tukar jurulatih tapi teman tgk perak tak mo plak. susah2

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Antara pemain teman rasa tak pernah nampak main, Wan Hossen, Khalis Ibrahim dan Isma Aliff Salim. Adakah mereka-mereka ini tidak perform langsung semasa latihan, atau apa?

    Jika tidak memberi manfaat kepada pasukan kenapa disimpan? Wan Hossen pada teman dulu boleh bermain tengah dan boleh diletakkan sebagai Attacking Midfield jugak. Khalis Ibrahim, sebaris dengan Nazri Kamal dan Isma Aliff, adakah sebab posisi berkenaan kerap diisi oleh Rafiuddin, Fazrul Hazli dan Fahrul Razi makanya diorang ni tak berpeluang langsung untuk bermain? Apakah yang berlaku sebenarnya?

    Pada teman Nazri Kamal bukanlah hebat mana pun prestasinya berbanding Fahrulrazi dan Fazrul Hazli. Agak2 boleh tak bagi peluang pada Isma dan Khalis untuk buktikan sesuatu?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Raul hashim

      Betul cakap syidi tu..nazri xbagus pun..dah tau benteng longgar masukkan ler chan wing hong dan khairi..diaorang tu fresh lagi..syafiq jamal jan simpan nak wat ape..geram aku..nantha tu perlu direhatkan kerana semua game tahun ini banyak dia main..ini ada masa peluang tukar le taktikal dan formasi lain..jangan ada perlawanan persahabatn baru nak guna player simpanan..xada maknanya ciku jan oooi.mulai game lepas ini. tukar taktikal guna player lain..tolong le cikgu jan..baru team lain xboleh baca rentak kita..kitarong tegur bukan untuk menjatuhkan cikgu jan tapi menaikkan semangat team..ibarat ibu tegur ananknya..kalau xmampu julang perak..sila berundur dengan hormat daripada dibuang macam mat zan...ini peringatan untuk semua yang ada dalam pafa..

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. yeop ahmad

    salam..

    bab2 bg pluang player2 len awok pun setuju tapi awok x bape bekenan kalo ade yg minx player jersey no 3 pun disoh bg men.. sebab player no 3 ni bile dapat men.. mostly gem perak result die adalah kalah or seri.. antara punca nye ialah player no 3 ni salu jatuhkan player kat area bahaya.. dalam kotak penalti n salu out position.. yg memang salunya berkesudahan dengan jaringan oleh pihak lawan..

    perak fa supporter on board

    sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      yob..teman tengok skrg ni, bukan stakat no.3 dah, no.23 pun rajin gak lepas gol. Cikgu Jan kena buat sesuatu la sebelum benda ni melarat tu je.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. Jasbisa

    rehatkan nasril. bagus arul dah pun kena rehat. bagi peluang isma main. khairi pun dah lama tak main. Tukar coach dan guna taktikal lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    Salam...

    Teman heran lah, kenapa masih lagi tiada perubahan dalam formasi pasukan setiap kali perlawanan. Pemain yang sama sahaja, padahal pasukan ada 23 pemain (kalau tidak silap teman ler).. sungguh kasihan...

    Kesian duk panaskan kerusi simpanan padahal hati memang dah lama panas!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.