Liga Super 2012 | Negeri sembilan Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 15 Mei 2012
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
8.45 Malam

Dikala Skuad Senior Perak tercari-cari resepi kemenangan, dalam diam Skuad ‘Bongsu’ Perak iaitu pasukan bawah 19 Tahun Perak ditabalkan sebagai juara Piala Belia 2012 apabila menewaskan Perlis 1-0 dalam pertembungan akhir semalam di Universiti Utara Malaysia semalam. Kejayaan ini kembali menyinarkan bolasepak Perak yang kini ketandusan pelapis muda yang berkualiti. Sekalung tahniah kepada anak-anak muda Perak dan pengurusan mereka.

Berbalik kepada skuad senior, kemenangan ke atas Selangor tempohari melonjakkan Perak ke tangga ke 3 Liga Super 2012 sambil dibantu oleh kekalahan pasukan Terengganu Sabtu lalu yang merupakan antara pencabar terdekat ketika ini. Bagaimanapun, Terengganu masih kurang 1 perlawanan berbanding Perak dan kedudukan ini dilihat masih belum selamat dan Perak perlu konsisten selepas ini untuk mengekalkan kedudukan ini.

Perlawanan seterusnya bakal menemukan Perak dengan Negeri Sembilan yang kini mengumpul 26 mata di tangga ke 5 berbeza hanya satu mata berbanding Perak. Ini juga perlawanan yang getir buat Perak yang akan menguji secara keseluruhan kekuatan dan percaturan.

Pertembungan ini dilihat bakal menyaksikan pertarungan yang menguji taktikal dan teknikal kedua-dua pasukan. Pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah merupakan seorang jurulatih yang tidak perlu diperkenalkan lagi, kaya dengan idea baru dan sukar dijangka apa yang beliau akan caturkan. Di sini, kewibawaan Haji Norizan Bakar benar-benar bakal teruji dikala pasukan lawan berada dalam kondisi terbaik.

Berikut adalah rekod 5 perlawanan terakhir Liga Super 2012 kedua-dua pasukan:

Negeri Sembilan :

07 April 2012| N.Sembilan V Sabah (2-2) (S)
14 April 2012| Terengganu V N.Sembilan (1-0) (K)
17 April 2012| N.Sembilan V Terengganu (1-1) (S)
08 Mei 2012 | Selangor V N.Sembilan (1-3) (M)
12 Mei 2012 | N.Sembilan V Johor FC (2-1) (M)

Perak:

10 April 2012| Lion XII V Perak (2-1) (K)
14 April 2012| Sabah V Perak V (1-3) (M)
17 April 2012|Perak V Sabah (2-2) (S)
04 Mei 2012 | Terengganu V Perak(2-2) (S)
12 Mei 2012|Perak V Selangor (2-0) (M)

Menariknya, Perak dan Negeri Sembilan dilihat seimbang berdasarkan rekod di atas. Cuma Negeri Sembilan dilihat agresif dalam dua perlawanan terakhir mereka dengan mencatatkan kemenangan. Berbeza dengan Perak yang baru mendapat nafas baru untuk kembali konsisten.

Pertembungan ini juga amat dinantikan untuk menyaksikan dua ‘permata hitam’ berentap untuk membuktikan siapa lebih hebat. Effa Owana, sudah semestinya ingin menunjukkan bahawa beliau lah penyerang import sensasi ketika ini. Bagi Albert Bodjongo Dika, beliau sedang menitip laluan untuk menuju gemercu dan ingin membuktikan sesuatu yang terbaik kepada semua penyokong Perak.

Jika musim lalu, Perak pulang hampa selepas tewas 1-3 di Paroi yang mana ketika itu, Hairuddin Omar menjadi pemusnah dengan 2 gol dan gol saguhati untuk Perak di jaringkan oleh Razali Umar Kandasamy, kini, diharap ianya tidak akan berulang, dengan kekuatan yang ada segalanya mungkin.

Perak harus pulang dengan mata untuk terus menghuni tangga ke 3 Liga. Jika tewas, mungkin Perak akan kembali jatuh di tangga ke 5 Liga.

‘Kuda sudah siap berpelana,
Pedang tersedia sisip dipinggang,
Kibar panji laungan bergema,
Tekadkan jiwa ke medan perang!’

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Khairul Amri Salahuddin (GK)
K Nanthakumar
Sharom Mohd Kalam
Hisyamuddin Syaari
Mohd Nasir Basiruddin
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fahrul Razi Kamaruddin
Rafiuddin Roddin
Mohd Failee Ghazli
Bodjongo Dika

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Liga Super 2012 | Negeri sembilan Vs Perak (Preview)

  1. saidin

    salam..

    Tahniah diucapkan kepada skuad adik bongsu Perak,dimana yang menariknya mereka menjadi juara yang pertama setelah sekian lama belia cup dihentikan buat seketika.

    Sewajipnya Cikgu Jan lambong kene belajar dengan Coach Choy bagaimana nak buat taktikal ketika bertemu lawan tertentu.kerana jelas sekali cikgu Jan No more idea,zero, harap ada nama bekas coach kebangsaan.

    Inilah masanya pasukan perlu gunakan tenaga muda seperti Khalis Ibrahim,Isma aliff dan kekalkan Rafiuddin,Nasir serta membuka ruang kembali kepada Kamarul effendi.Perlawanan kali ini formasi 4-5-1 diperlukan kerana posisi tengah skuad negeri mantap dan pemain sayap yang memiliki larian pantas dan hantaran kemas,malah stamina skuad negeri berganda hebatnya berbanding pemain pasukan Perak.

    Cakap panjang panjang pun tak guna sebab persoalannya adakah pengurusan Pafa dan Cikgu Jan menerima idea dan cadangan dari kami yang berada sekadar ditempat duduk penonton.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yazid

    awak setuju dengan komen dari en saidin kita...dari segi stamina player kita dgn player n9 mmg ketara berbeza.Mmg best dapat tengok game nie...dua2 team flynker mmg laju...team mane wat mistake akn tewas.....
    simple game...total football by perak player i'ALLAH akan berjaya....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Esok, Cikgu Jan kena fikirkan untuk mengekang 2 flanker pantas N.Sembilan. Terutama sekali S Kunalan yang rajin serta memiliki keupayaan naik dan turun semula membantu pertahanan.

    Hisyamuddin adalah dilihat amat sesuai untuk tujuan itu. Jika dulu Nor Hazrul, tapi sekarang nampak Nasir pun patut diberi peluang lagi untuk lebih konfiden. Kalau ada Khairi dan Shahrom di center back lagi baik berbanding Nantha yang nampak sikit goyang. Nantha letak sbg Stopper di Def Mid lagi baik rasanya.

    Shukor Adan mungkin akan mengemudi pertahanan N.Sembilan. Dia memang tricky dan kreatif. Jadi, Bodjongo bakal diikat nanti. Untuk tengah, Sharulnizam dan Kubala kena lebih kreatif. 2 pemain ni kadang2 ok, tapi kena saling memahami. Sharulnizam kadang2 bertindak baik dengan berada ditempat yg sepatutnya ketika memerlukan.

    Set Pieces jgn disia-siakan, macam Lions XII, tak kisah set pieces berapa ela dari muka gol pun tetap nak curi peluang buat gol. Kubala sudah semestinya senjata utama Perak. So, banyakkan tekan kubu lawan, untung2 dapat free kick 25 meter ke 30 meter ke yang boleh buat gol.

    Striker pulak, Bodjongo kena pandai buat penjimatan tenaga. Single striker kena bijak cari ruang kiri kanan tengah. Macam Suarez, berjiwa kental dan boleh survive lonely. Tak boleh rembat ke gol buka game pada rakan2 lain. Failee dan Akmal, dua individu yg memiliki kelebihan masing2. Akmal selalu mencuba walupun dlm ruang mustahil, Failee pulak kental, berjiwa muda yang masih bertenaga melarikan bola dan mencuba. Gandingan mereke-mereka ni sepatutnya menjadi senjata ampuh untuk Perak.

    Jadi, Cikgu Jan perlu lebih fokus kepada perancangan corak permainan, kebalkan pertahanan, kreatifkan tengah dan pertajamkan serangan. Gol awal boleh membantu pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    salam

    pertembungan yang menarik malam ini...kedua-dua pasukan dalam momentum kemenangan..

    kelebihan berpihak pada negeri sembilan sebab bermain di tempat sendiri, pasukan perak perlu merancanakan strategi yang ampuh untuk mengekan negeri sembilan...kunalan dan juga sharurain merupakan flanker yang laju..defend haruslah mengekang dan mengawal kedua-dua pemain ini...

    perak harus menjaringkan gol awal untuk menyentap ego pasukan negeri sembilan...percaturan bijak cikgu jan amat ditagih malam ini....3 mata penting untuk mengukuhkan lagi kedudukan perak dalam liga

    SKOR YOB SKOR
    BIOR DEME TUMPO

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Spectator

    Setelah meneliti komentar dari rakan rakan,saya setuju,seandainya pihak bertanggungjawab perlu,wajib dan harus mereka melakukannya seperti yang diharapkan.

    Seperti komentar Yob Saidin,formasi 4-5-1 sememangnya amat diperlukan pada perlawanan kali ini,ianya demi mengekang segala pergerakan dari pihak lawan,ternyata kewibawaan barisan tengah dan sayap pasukan negeri sembilan tidak mampu untuk dinafikan.

    Barisan cadangan hamba.

    Kamarul Efendi - PG
    Shahrom Abdul Kalam - CB
    Hishamuddin - CB
    Nasir - LB
    Shazwan Roslan - RB
    K.nanthakumar - CDM
    Wan Hosein - CM
    Michal Kubala - CAM
    Khalis Ibrahim - RW
    Rafiuddin - LW
    Bodjongo - FWD

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Yob. Ni bukan 4-5-1. Ni 4-3-3. Istilah Right /Left Wing adalah untuk Forward.

      Jadinya, kalau 4-5-1 macam ni:

      Right Back
      Center Back
      Center Back
      Left Back

      Def Mid
      Center Mid
      Attacking Mid
      Left Mid
      Right Mid

      Forward.

      Kat tengah tu boleh pelbagai kan lagi, kalu nak attack kaw2, tak yah pakai Def Mid tolak ke depan sikit jadi Center Mid. Boleh jadi kan Center Mid sedia ada sebagai Attacking Mid, so, dah jadi dua attacking Mid.

      Kalau nak bertahan, ubah sebaliknya pakai dua Def Mid.

      Lepas tu, kita tengok Akmal Rizal baru2 ni main agak tengah bukan ke depan sebab dia main Attacking Mid atau Back Striker. Keje dia hold bola antara line Midfield dengan line forward, jadi mcm laluan antara tengah dan atas la.

      Pada teman, wan hossen perlu dicuba bergandingan dengan Kubala, tapi keserasian dah nmpak antara Kubala dengan Arul. Mungkin Wan Hossen boleh masuk 20 minit nak habis , bagi pendedahan dulu. Samalah dengan pemain2 lain yg tak pernah main, macam Khalis Ibrahim tu. Bagi main 2nd half je dulu tengok macam mana. kalau ok, boleh masuk 1st eleven nanti.

      Formasi ni pada teman asas je. Sebenarnya skarang ni orang dh olah lebih daripada apa yg sepatutnya. Kalau time menyerang 4-5-1 boleh jadi 3-3-4, maknanya, Left /Right Mid naik atas sekali dengan forward dan Center Mid/Attacking Mid. Dibelakang ada 3 je, dua Center Back dengan Def Mid.

      Sekian, TQ

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    tahniah juga!!!bukan nak kondem..layaklah tue..dah teman kabor puloh juta kali Xpayah berimport2la jika bgini resultnya..stand n prefer 4 young n talented player from bumi darul ridzuan!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.