Monthly Archives: May 2012

UMUM | Perak Kurang Konsisten Siapa Bertanggungjawab?

perakfa.jpg

18 perlawanan selesai, hasilnya 27 mata diperolehi daripada 8 kemenangan dan 3 keputusan seri. Selebihnya Perak tewas dengan 2 kali kecundang di laman sendiri dan 6 kali di gelanggang lawan. Berbaki 8 perlawanan, Perak perlu bangkit dengan memperbaiki kelemahan yang semakin ketara terutama barisan pertahanan yang telah melepaskan 26 gol. Secara purata satu atau dua gol setiap perlawanan.

24 gol yang berjaya dijaringkan bukanlah sesuatu ang boleh dibanggakan kerana ianya masih ditahap sederhanan kerana jaringan terbanyak liga setakat ini didominasi oleh Lions XII dengan 34 gol. Jika dibandingkan jumlah bolos iaitu 26 gol di dalam carta ada 4 pasukan yang sama jumlahnya termasuk Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 15 Mei 2012
Stadium Tunku Abd Rahman,
8:45 Malam

Negeri Sembilan 3 – 1 Perak

Perak gagal memanfaat peluang untuk mengutip mata di Paroi biarpun Michal Kubala berjaya meletakkan Perak di depan menerusi sepakan penalti seawal minit ke 5 permainan apabila Albert Bodjongo Dika dikasari di dalam kotak penalti Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Negeri Sembilan tampil garang selepas itu apabila Effa Owona berjaya mencuri tumpuan semalam dengan meledakkan hatrik yang kini meletakkan Negeri Sembilan mengambil alih tangga ketiga manakala Perak terpaksa akur di ketujuh liga ketika ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Negeri sembilan Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 15 Mei 2012
Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi
8.45 Malam

Dikala Skuad Senior Perak tercari-cari resepi kemenangan, dalam diam Skuad ‘Bongsu’ Perak iaitu pasukan bawah 19 Tahun Perak ditabalkan sebagai juara Piala Belia 2012 apabila menewaskan Perlis 1-0 dalam pertembungan akhir semalam di Universiti Utara Malaysia semalam. Kejayaan ini kembali menyinarkan bolasepak Perak yang kini ketandusan pelapis muda yang berkualiti. Sekalung tahniah kepada anak-anak muda Perak dan pengurusan mereka.

Berbalik kepada skuad senior, kemenangan ke atas Selangor tempohari melonjakkan Perak ke tangga ke 3 Liga Super 2012 sambil dibantu oleh kekalahan pasukan Terengganu Sabtu lalu yang merupakan antara pencabar terdekat ketika ini. Bagaimanapun, Terengganu masih kurang 1 perlawanan berbanding Perak dan kedudukan ini dilihat masih belum selamat dan Perak perlu konsisten selepas ini untuk mengekalkan kedudukan ini.

Perlawanan seterusnya bakal menemukan Perak dengan Negeri Sembilan yang kini mengumpul 26 mata di tangga ke 5 berbeza hanya satu mata berbanding Perak. Ini juga perlawanan yang getir buat Perak yang akan menguji secara keseluruhan kekuatan dan percaturan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Selangor (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012
Jumaat, 11 Mei 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 0 Selangor

Kemenangan penting untuk Perak. Kejayaan menewaskan Selangor banyak dibantu oleh aksi longlai mereka.Babak pertama, Perak bermula garang dengan mengatur serangan sebaik wisel sepak mula.

Perak sepatutnya di depan di minit ke 2, apabila Akmal Rizal Rakhli terlepas peluang menyudahkan hantaran lintang Bodjongo Dika. Namun begitu, pada minit ke 15, Michal Kubala meledakkan jaringan pertama Perak menerusi sepakan percuma menarik.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)