Perak FA | Mampukah ‘Permata Hitam Baru’ Mengubah Nasib Perak?

perakfa.jpg

Diawal musim Liga Super 2012, menyaksikan Perak membuat penampilan dengan dua tonggak import yang menjadi sandaran iaitu Michal Kubala dan Lazar Popovic. Namun begitu, tatkala liga berada hampir dipertengahan mula timbul rasa tidak puas hati di kalangan para penyokong terhadap penggempur import utama iaitu Lazar Popovic yang gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah di perlawanan terakhir beliau bersama Perak.

Tutup buku lama buka buku baru. Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika atau Bodjongo Dika penyerang muda dari Cameroon yang membuat penampilan pertamanya menentang Sabah tempohari dilihat memiliki keupayaan yang cukup untuk bertindak sebagai penyerang utama Perak menggantikan Lazar Popovic.

Dari susuk tubuhnya, kemahirannya dan keupayaannya, beliau dilihat mampu memulihkan jentera serangan Perak yang agak kaku sejak kebelakangan ini. Jika Negeri Sembilan dengan Effa Owana nya, Terengganu dengan Forkey Doe nya, kini Perak dilihat juga memiliki ‘permata hitam’ yang diharap akan ‘menjadi’ seperti yang lainnya.

Tidak banyak maklumat yang dapat dicari tentang Bodjongo Dika ini, namun itu bukanlah sesuatu yang menjamin kualiti dan kebolehan beliau. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah segera menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan dan melaksanakan segala arahan Jurulatih. Harapan penyokong amatlah tinggi untuk melihat Perak kembali bernafas tatkala jentera tengah dalam keadaan yang baik namun tidak sempurna jika barisan serangan kebuntuan jaringan yang mengakibatkan pasukan ketandusan kemenangan.

Masa rehat yang agak panjang ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memantapkan keserasian dan mencari formula baru untuk mengharungi baki 15 perlawanan akan datang.

Mampukah ‘Permata Hitam Baru’ Mengubah Nasib Perak? Jangan tunggu, ayuh ke stadium nanti kita saksikan sendiri.

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Perak FA | Mampukah ‘Permata Hitam Baru’ Mengubah Nasib Perak?

  1. yazid

    Secara fizikalnya memang dilihat bodjongo ni ada ciri2 striker hebat.Biar dia buktikan dahulu kemampuannya...ape yang penting mantapkan bahagian midfield kita supaya bodjongo akan sentiasa dapat bola yang bagus untuk menjaringkan gol.
    taktikal bagi fresh and variasi sikit...barula best tengok bola..
    antara game yg saya suka setakatni...masa perak vs lion 12 kat jln besar...wlaupun kalah tapi game possesion and passing time tu mmg best...short past,tepat and game yg pantas...kekalkan game mcm tu (tempo pantas---hehehehe nak bagi hint supaya bnykan player muda kat bhgn tgh baru leh laju..).Apa2pun sebagai anak PERAK..awok ucapkan SELAMAT BERJUANG....ATE KOME MMG TERBAEK...BAKOR semangat awok2 sumer dengan lagu KEJO YOB KEJO..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Harap2 Cikgu Jan dapat mempergunakan pemain yg ada sebaiknya. Bukan tak bagus taktikal dia. Memang menjadi, tapi tak konsisten.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    bodjongo sudah berjaya jaringkan gol semalam masa perlawanan persahabatn menentang USM FC...arap itu merupakan titik permulaan untuk beliau untuk terus jaringkan gol

    PERAK 3 USM 1

    bodjongo, akmal (2)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yeop ahmad

    salam

    awok yakin ngn striker baru perak fa si bodjongo tu.. memang dia ada ciri2 dan kualiti tuk jadi seorang striker.. walaupun kadang2 angin jadi midfield dia tu ada jgk.. yela susah dapat bola dari teammate kan.. ate dia tuwun bwh le nak dapatkan bola..

    kita kena ingat jugak.. striker2 legend kita, repasi, mandjou, seator n even caceres.. deme cemerlang or dapat skor bukan sebab sorang2.. tapi sebab support yg cemerlang gak dari teammate2.. so pastikan satu team perak fa kita cemerlang.. memiliki kualiti2 tuk men bola n membantu striker kita mendapatkan gol disamping halang gawang pasukan dari dibolosi...

    sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. pie

    Salam kepada semua, maaf lama menghilang, sebenarnya teman ni dah lost password for long time. Teman ingat nak commentlah sikit . team perak ni memang yang terbaik tetapi yang menjadi masalahnya ialah pemain import yang kita guna mula2 dulu, teman rasa popovic tu sebenarnya baik pemainannya cuma bila mula2 dia join perak dulu ada suara2 yang mengutuknya sebab kata dia dari negara yang menzalimi salah sebuah negara islam(rakyat islam) teman pun tak berapa faham masa tu tapi kecoh jugalah sehingga keluar kenyataan yang mengatakan sewaktu itu popovic masih kanak2 dan tak tahu apa yang berlaku. mungkin sebab itulah permainannya kurang baik. mungkin faktor itu perlu diambil kira. yang lagi satu ni pemain import baru teman tgk game dia main ngan ATM (friendly match) tak salah teman memang agak memuaskan tetapi teman harap lebih dari itu dia boleh buat. untuk pemain2 lain teman tak mau komen takut org tak suka tapi bagi teman, kubala adalah seorang pemain tengah yang baik kerana bola2 percubaannya memang mengancam cuma dia jarang nak cuba. untuk free kick terbaik. itu je teman nak kongsikan. harap2 jangan marah teman sebab teman cakap macam tu. terima kasih semua. PERAK GO GO GO masih mempunyai harapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yeop ahmad

    salam..

    dikala ini awok ngah nengok frenly gem malaysia ngn sri lanka.. n komen ni awok taip time half time.. dari ape yg awok nengok dari gem first half td.. membuatkan awok nak memberikan sedikit pendapat la.. moga2 ade la sape2 yg berkaitan ngn perak fa boleh baca n terima pendapat awok ni seterusnye membuat sesuatu kepada pasukan perak agar bertambah mantap.. jadi ape la yg awok nak komen nye ni? haaa...

    yg awok nak komen ialah.. player perak terutama defend and midfield kene ade through pass yg dasat2 n berkualiti sepertimana yg awok nengok dari gurusamy, safiq n wan zack tadi.. memang excellent la awok nengok nye td.. tahap internasionale la gak.. kalo player perak mampu wat hantaran2 mcm tuh.. kompem bodjongo boleh jadi seorang pencetak gol yg bagus tuk perak.. sebab ape?? sebab dari yg awok perhatikan.. bodjongo ade larian pantas.. ade agresiveness nye.. so awok ase memang through pass yg cm tu la yg die perlu dapat.. sebab kita pun sedar yg kebanyakan pertahanan even world player punye standard pun.. x memiliki larian sepantas penyerang.. jadi memang hantaran yg cmni la pada awok terbaik... dan awok ase kalo la die nengok gem first half td.. mesti die pun kate memang die nak bola2 yg mcm tuh di lorongkan kat die.. awok memang yakin die boleh cemerlang..

    so harap cikgu jan dapat didik player2 die bg hantaran2 cantik n through pass yg berkualiti.. kompem perak fa jadi dasat dasat dan dasat....

    sekian...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Teman rasa sekarang ni, Perak ketandusan Midfield yang baik, tengok balik list yang ada, buatnya Sharulnizam aka Arul kena banned atau injured, sape yang selayaknya ganti dia? Nazri Kamal? Kalau Nantha mungkin la.

      Tapi setakat ni, Kubala lah yang nampak terbaik pun, kalau dia ada partner yang sama taraf (bukanlah nak kata Arul tak bagus), apa yg kome kata tu mungkin akan menjadi lebih baik, striker dpt lorongan-lorongan menarik untuk buat gol.

      Yang teman rasa lega dengan Perak ni sebab flanker yang baik dan pantas, boleh skor gol lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Ipohman

    Andai bersatu menjadi asas,
    Ombak dan badai bisa ditempuh,
    Bekerjasama penuh terus berbalas,
    Pasti pasukan "Perak" akan terus ampuh...

    Sorakan gemilang terus menjulang... Kejor yop kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Linang berlinang berdarah merah,
      Tulah si pitung semat sebati,
      Walau di atas walau di bawah,
      Sayang Perak sampai mati !

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. helmirizal

    semoga import baru perak menjaringkan gol pertama beliau dalam liga super....gud luck bodjongo....

    Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.