Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 April 2012
Stadium Likas, K.Kinabalu
8:15 Malam

Sabah 1 – 3 Perak

Akhirnya, Perak kembali berada di landasan betul selepas sekian lama tersasar dan tercari-cari rentak yang hilang sejak perlawanan ke 8 lalu. Stadium Likas Kota Kinabalu menjadi saksi kebangkitan Perak meratah Sabah 3-1. Skrip yang hampir sama seperti musim lalu, cuma nasib yang baik menyebelahi Perak biarpun ‘orang lama’ Sabah Zainizam Marjan cuba merentap semangat juang anak-anak didik Haji Norizan Bakar diawal babak pertama, namun segalanya berubah di separuh masa kedua.

Perak membuktikan biarpun ketiadaan tonggak tengah utama Michal Kubala, mereka mampu mencipta kemenangan bergaya. Biarpun semangat juang direntap oleh Zainizam Marjan dengan gol pembukaan diawal minit permainan, itu bukan alasan mereka menyerah kalah sebelum peperangan berakhir.

Haji Norizan Bakar ternyata serius untuk menaikkan kembali prestasi Perak dengan melakukan beberapa rombakan di bahagian tengah dengan menggandingkan senior dan junior mengemudi jentera tengah memasukkan Shahrulnizam Mustafa dan Mod Nazri Kamal sebagai pemain utama malam tadi.

Permainan tampak seimbang di babak pertama dan seperti perlawanan sebelumnya, barisan serangan gagal menjelmakan jaringan sehinggalah di babak kedua.

Fahrul Razi Kamaruddin yang kini mula menjadi sebutan, muncul sebagai penjaring gol pertama Perak untuk menyamakan kedudukan. Ini merupakan gol peribadi kedua beliau untuk musim 2012 ini. Selepas itu, Perak sepatutnya berterima kasih kepada pemain Sabah yang tertolak bola ke gawang sendiri untuk gol kedua Perak.

Dikala perlawanan seakan-akan berakhir dengan 2-1, muncul pemain yang mencetuskan kontroversi di Perak iaitu, Lazar Popovic yang sebelum ini gagal menjaringkan sebarang gol, mencuri tumpuan apabila meledakkan gol ke 3 Perak apabila mendapatkan hantaran Mohd Failee Ghazali. Ini merupakan jasa terakhir Popovic buat Perak kerana selepas ini beliau akan meninggalkan Perak dengan hanya satu rekod jaringan.

Secara keseluruhannya, Perak bermain baik biarpun terpaksa bertahan hampir keseluruhan babak kedua. Sabah dilihat mendominasi permainan secara keseluruhannya. Ternyata, kemasukkan Failee Ghazali berjaya mencetuskan impak berbeza yang mana beliau berjaya melancarkan serang balas pantas untuk membantu menghasilkan gol ke 3 Perak.

Selepas ini, Perak akan bertemu Sabah sekali lagi di Ipoh. Kebangkitan ini amat-amat ditagih yang akan meninggalkan impak yang positif secara keseluruhannya kepada pasukan dan penyokong Perak. Sudah semestinya kita tidak sabar menantikan aksi Perak diperlawanan seterusnya. Perak harus konsisten dalam memastikan kita tidak keciciran mata sehingga ke akhir musim 2012.

Kesebelasan Utama Perak:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
K Nantha Kumar
Shahrom Mohd Kalam
Nor Hazrul Mustapa
Syazwan Roslan
Shahrulnizam Mustafa (KP)
Mohd Nazri Kamal
Mohd Rafiuddin (Fahrul Razi Kamaruddin)
Fazrul Hazli Khadri
Akmal Rizal Rakhli (Mohd Failee Ghazali)
Lazar Popovic

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (result)

  1. belanak

    As salam...

    Syukur kepada Ilahi Yang Maha Esa, kita menang untuk kali ini, berkat kesungguhan semua pihak, tidak mustahil kita bisa menjadi juara liga....

    Apa yang penting, lupakan segala masalah dalaman, tumpukan kepada satu tujuan, satu harapan, JUARA LIGA SUPER!

    Bila semua bersatu, apa yang pada awal nya mustahil akan menjadi kenyataan, namun jika kita alpa dan sombong, maka lupa kan angan-angan jenin nak menjulang piala...

    Ingat....
    Apa yang penting, KERJASAMA!
    Apa yang penting, KERJASAMA!
    Apa yang penting, KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    Nahh!!!nyatanya standard kita bermain sekarangni refer kpd standing super league menunjukkan sebenarnya,kita/Perak bermain tanpa import!!

    Dah teman kaborkan kita Xperlupun sebenarnya khidmat import!!dan jika kita ada serta mempunyai import our standing bukan begini!!

    Tentang game semalam,kita belum patut berasa puas ati.ini diikutkan kepada Sabah tidak menurunkan import mereka.Game semalam sekadar mengamit/memori kepada game kalyakkan kumpulan piala malaysia tahun sudah.kita still mampu beat Sabah hawk.

    dan buat pengetahuan kalian sumer,turning point kepada kenaifan point kita bermula sejak kalah keapda T-team dengan jaringan 2-o tempoh hari.selepas kekalahan tersebut kita seakan-akan hilang punca dan masih tercari2 rentak sebenarya..

    Jika begini standing n cara mainnya,teman prefer Perak bermain tanpa tunggak import.

    dan ini pula 11st eleven Perak dari pandangan teman:Formation 4-5-1

    Nasril Nordin - GK
    Shahrom kalam - CF
    Hisyamuddin - CF
    Nor Hazrul mustapa - RCB
    Syazwan Roslan/Badrul afzam - LCB
    k.Nantha Kumar - DMF
    Arul - CMF
    Rafiuddin - SMF
    Fazrul Hazli - SMF
    Fahrul Razi/Nazri kamal -AMF

    sekian n TQ
    Failee Ghazali -CF

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. robslam

    Jangan nak happy benor bkn best sgt pun menang dgn sabah tuh. Siap ada gol sendiri lagi. Mmg nasib baik je bkn pasey permainan bagus. Kome2 jgn jadi beruk dpt bunga,menang sekali rasa mcm dah dpt piala je. Popo tetap disingkirkan jugak walau apa jua alasannya,jgn bodohkan diri dgn aksi longlai team perak musim neh....pecat JAN LAMBONG!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.