Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Sabtu, 14 April 2012
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8.15 Malam

Dari Selatan tanahair, Perak bakal terbang ke Borneo untuk membuat perhitungan dengan barisan kendalian Justin Ganai di Kota Kinabalu untuk perlawanan ke 14 Liga Super.

Perak yang masih gagal menjelmakan tiga mata sejak perlawanan ke 8 lalu, dilihat bakal meneruskan corak permainan menarik seperti yang dipersembahkan di hadapan ribuan penyokong di Jalan Besar Selasa lalu. Ini juga merupakan perlawanan ke 8 Perak di tempat lawan yang mana Perak hanya menang 2 dan seri sekali daripadanya.

Sabah merupakan sebuah pasukan yang agak seimbang yang mana mereka menang 3, kalah 3 dan seri 6 perlawanan setakat ini. Hanya 4 mata memisahkan mereka dengan Perak dan berkongsi mata 15 mata dengan Sarawak yang hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Dalam 5 perlawanan terakhir mereka berjaya menang 2 perlawanan, tewas sekali 3-6 kepada Terengganu dan seri dua kali iaitu dengan Selangor di Kota Kinabalu dan mengikat N.Sembilan di Paroi 2-2. Sementara itu, jika dilihat aksi Sabah di laman sendiri, daripada 6 perlawanan mereka berjaya menang 3 perlawanan, kalah sekali dan seri 2 perlawanan.

Ini memberi gambaran awal bahawa Sabah tidak rela berputih mata di laman sendiri. Tugas sukar menanti Haji Norizan Bakar untuk menyerap segala strategi yang dirancang Justin Ganai. Jika dinilai kedua-dua pengendali pasukan, Haji Norizan Bakar dilihat pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Cuma masalah yang menjadi igauan ngeri buat ‘Cikgu Jan’ ini adalah ketumpulan jentera serangannya. Setakat ini, Perak dilihat agak bernasib kerana memiliki pemain sayap yang mampu meledakkan jaringan seperti Fahrul Razi Kamaruddin, Fazrul Hazli Khadri dan Mohd Rafiudin. Penjaring terbanyak Perak setakat ini sudah semestinya Michal Kubala yang amat berkesan ketika mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti lawan.

Sabah pula sudah semesti mengharapkan ketajaman M.Baird penyerang import Australia yang kini telah meledakkan 4 gol untuk Sabah dalam saingan Liga Super 2012. Selain itu, kemampuan pemain tengah Sime Darby musim lalu yang kini menjadi penggerak jentera tengah Sabah iaitu Sharuddin Yaakup juga tidak boleh dipandang rendah kerana pemain ini telah meledakkan 4 gol untuk Sabah setakat ini. Kemuncak prestasi beliau adalah ketika mengikat Kedah di Alor Setar Februari lalu apabila meledakkan 2 gol untuk memastikan mereka berkongsi satu dengan keputusan 2-2.

Berdasarkan rekod, musim lalu Sabah berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 di babak pertama untuk mencipta kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak. Ketika itu Leopold Alphonso Otong dan Zuriandy Zumai pemusnah harapan untuk memastikan Perak pulang hampa ke Ipoh.

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Khairul Amri Salahuddin (GK)
K Nanthakumar
Sharom Mohd Kalam
Nor Hazrul Mustafa
Badrul Azam
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Rafiuddin
Akmal Rizal Rakhli
Mohd Failee Ghazali

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Liga Super 2012 | Sabah Vs Perak (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Kepada admin SDN,cadangan yang korang letak memang bagus,tetapi kalau sudah ada penentuan keputusan oleh pemain pemain,maka keputusannya tetap tewas,biarpun penjaga gol muda Perak jujur tapi kalau barisan pertahanan menjual perlawanan,maka tewaslah keputusannya

    so,keputusannya kita tengok ramai ramai dalam laman web judi sajalah........tak payah tengok game lagi bagus.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum & Salam sejahtera..

    Biarpun masih upset dan berada pada mood marah,sehingga kini aku belum pernah mengatakan yang PAFA/skuad Yop kini sedang "BERGELOMANG"dengan gejala rasuah!!

    Apa yang boleh teman perkatakan,pendedahan kepada 3rd keeper itu adalah baik,namun jelas sekali kegopohan beliau semasa di Jalan Besar tempohari amat2 menyeramkan dan mampu membunuh moral team sendiri dengan lebih awal.

    Kenapa Hisyamuddin tidak diturunkan??injured or suspended??

    Setuju dengan suggestion player diatas kecuali berikut:

    Nanthakumar replace Hisyamuddin.
    Michal Kubala replace Nantha Kumar
    Fahrul Razi replace Fazrul Hazli
    Akmal Rizal replace Fahrul Razi(dulu masa main dekat UiTM budakni striker)

    Sekian & seperti biasa,tiada import yang layak menyarung jersey PERAK buat season ini.

    Sekian N TQ..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul jugak tu Chuck. Teman rasa Hisyamuddin off form kot, tapi Cikgu Jan memang kena rombak 100% 1st eleven tu.

      Try Fahrul Razi striker macam dulu seperti yang mike cakap

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. robslam

    skrip sama jugak kali neh... kalu player hat merapu carca merba dikasi main dgn taktikal bola lambong tentu tak kemana. Dengan ini teman nak nama norizan bakar ditukar menjadi CIKGU JAN LAMBONG.... siapa coach perak yob????? CIKGU JAN LAMBONG !!!!!! Terbaekkk

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    nasihat buat cekgu,

    Cekgu Jan "Lambong" plzzla.Jika mike nak terus kekal dengan yop,more agresifla sikit.Teman mayB tak mengenali mike dengan lebih dekat jadi mungkin juga statement temani ada yang kurang tepatnya.

    Tapi pada teman,mike kena agresif.More2 agresif!!

    Jika tak tak mampu di"Lambong"elok ler mike dengan relahati meletakkan jawatan selaku head coach Perak.

    Tolonglah Cekgu Jan oii..Since teman dilahirkan,tidak pernah lagi Perak jatuh ke "kancah kehinaan".Perak always NO 1!!!

    Pohon khidmat Karl Heinz weigang!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.