Liga Super 2012 | Prestasi Perak Merudum?

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Perak memulakan aksi Liga Super 2012 dengan baik apabila menumbangkan Skuad Penyu 1-0 di Ipoh. Pada ketika itu, harapan para penyokong Perak dilihat begitu yakin dengan barisan yang dipertaruhkan oleh Haji Norizan Bakar. Kehadiran Michal Kubala dan Lazar Popovic seolah-olah memberi nafas baru buat pasukan Perak yang kurang memberansangkan di musim lalu.

Beberapa hari berselang, Safiq Rahim melenyapkan sorakan ribuan penyokong Perak di Bukit Jalil pada perlawanan kedua yang menyaksikan Perak berputih mata pulang dengan tangan kosong tewas 0-1. Ketika itu, para pemain dilihat amat kecewa dengan hasil yang diterjemahkan sekali gus merencatkan semangat mereka untuk memburu kemenangan kedua. Ada pendapat yang mengatakan, laman Selangor adalah badi buat Perak dan ini merupakan kekalahan di laman Selangor untuk musim keempat berturut-turut sejak 2009. Kali terakhir Perak menumbangkan Selangor di Shah Alam ialah pada 02 Februari 2008 dengan jaringan 4-2.

Selepas itu, Perak berjaya mengutip mata penuh dalam kesemua perlawanan tidak kira di laman sendiri mahupun di tempat lawan sehinggalah perlawanan ke 8 apabila tewas di Kuala Terengganu kepada T-Team dengan jaringan 2-0. Bermula detik itu lah, Perak kempunan 3 mata sehinggalah ke hari ini. Biarpun selepas itu berjaya meningkatkan mutu permainan apabila seri 2-2 dengan Selangor PKNS, namun itu belum cukup untuk memberi keyakinan bahawa Perak kembali bangkit dalam perlawanan datang. Buktinya, selepas itu Perak dilihat semakin merudum apabila tewas kepada Kelantan 2-0 dan dengan Kedah 3-0 baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, Perak gagal mengekalkan prestasi cemerlang seperti di awal musim lalu. Jika musim lalu Perak dilihat kurang konsisten apabila prestasi dilihat turun naik dan sukar diramal. Untuk musim ini, jika dilihat graf prestasi mengalami banyak penurunan ketika menghampiri pertengahan musim.

Penurunan ini dilihat berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, percaturan Jurulatih yang mudah diramal oleh pihak lawan. Buktinya, barisan kesebelasan utama Perak dibarisi oleh pemain yang sama disetiap perlawanan sedangkan pasukan lain sudah mula membuat rombakan selepas 5 atau 6 perlawanan. Secara teknikalnya, pihak lawan meramalkan corak permainan tidak banyak kerana kesebelasan utamanya adalah sama.

Faktor lain yang mempengaruhi adalah, ketumpulan jentera serangan. Biar pun Akmal Rizal berjaya meledakkan dua gol untuk menyelamatkan Perak ketika menentang N.Sembilan di Ipoh tempohari, namun itu belum cukup untuk melabelkan beliau ‘sudah kembali’. Ditambah pula dengan aksi ‘lemau’ Lazar Popovic yang ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’ di dalam padang mula menjadi sasaran pengkritik untuk menjadikan beliau punca kekalahan demi kekalahan. Memang benar, tiada satu gol pun dihasilkan oleh pemain import ini sedangkan Michal Kubala (pemain tengah) sudah meledakkan 6 gol untuk Perak setakat ini.

Pada hakikatnya, Perak adalah pasukan yang ‘well organize’ ketika mengatur serangan. Paling ketara adalah semasa menentang Kedah tempohari terutamanya di separuh masa pertama. Rata-rata penonton kagum dengan permainan hantaran pendek dan kawalan tengah yang baik. Ini kerana, sebelum ini sebelum ini para penyokong disajikan dengan permainan bola tinggi iaitu hantaran jauh yang kadang-kadang membosankan kerana tidak berkesan.

Untuk perlawanan seterusnya, Perak harus bangkit. Bab penyokong bukan lagi masalah ketika ini. Setiap venue di mana sahaja Perak beraksi akan ada kelompok besar penyokong Perak biarpun perlawanan persahabatan. Usah mencari alasan, sebaliknya cari jalan penyelesaian.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2012 | Prestasi Perak Merudum?

  1. saidin

    salam...

    Kekadang aku terfikir,adakah pihak pengurusan Pafa dengar suara suara kita didalam ini,walhal suara kelilingpun tak didengari oleh mereka kerana keegoan mereka mereka yang bodoh sombong.

    Tidak dinafikan seperti kata kata oleh yob robslam, siapalah yang bangang pergi sain player dan coach yang bangang itu.
    bertambahlah bangang sampai terbawa bawa kedalam perlawanan.

    Aku tak paham,inilah dikatakan orang melayu yang bangang, orang nak pegang jawatan diorang pun nak pegang jawatan, orang nak ada player import diorang pun nak player import,tapi dalam akal yang dibagi tak digunakannya dengan sebaik baiknya.

    Perubahan taktikal dan taknikal setiap perlawanan dan setiap separuh masa amat amat penting ini bagi mengelirukan pihak lawan, dan bagi memperkemaskan rentak permainan barulah prestasi akan sentiasa berada ditahap yang amat menarik dan memuaskan.

    yang paling utama wajib dilakukan dan meneruskan apa yang telah dilakukan menggunakan tenaga baru dengan lebih kerap merehatkan mereka mereka yang dah kearah kejatuhan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jasbisa

    penyingkiran popovic adalah kejayaan awal pasukan perak. Sekiranya keita mandju dapat bermain adalah satu bonus, tak kisah lah keita atau pemain lain asalkan kualitinya at par dgn keita, seator atau repasi. Lupakan pasal keita, ayuh ke depan. Cikgu jan perlu gunakan sumber yang ada sekarang. Striker, variasikan pemilihan pemain spt akmal, failee atau shafiq atau pemain piala presiden. Midfield, rehatkan arul yang tidak lagi berpengaruh di bhgn tengah. Berikan saja arm band captain kpd kubala. Ramai lagi midfield yg bagus spt isma, rafiuddin etc. Defend, nantha perlu dikekalkan bagi mengekang striker lawan spt yg dilakukannya bagi mengekang effa owana. Keeper, rehatkan nasril, bagilah lebih peluang dab exposure kpd amri dan KE. Selamat maju jaya kpd pihak pengurusan PERAK. Jgn jadi mcm FAM. Semoga bertemu REPASI II. Salam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. robslam

    Ada 2 masalah utama perak sebelum ni:

    1) adanya POPO sebagai import terbangang pernah di ambil oleh pasukan sepanjang zaman. (lebih bangang org yg mengambilnya)

    2) coach... penat dah ckp, dah masuk 2 musim bagi peluang dgn bwrisan pemain yg ada ni sepatutnya bole mencipta sesuatu bknnya taktik yg sama sepanjang masa.

    Sebagai coach kena ada beberapa set kombinasi pemain samada bermain utk offensive atau defensive. Janganlah asik2 set yg sama je, bila pemain dah dpt red card,injured atau apa2 problem dah gelabah taktau sape nak bagi main. Musim ni player yg ada lebih baik dr musim lepas dan berganda2 lebih baik dr zaman Raja dan Karatu. Kalau tu pon tak reti nak handle team baik letak je jawatan...bagi org lain yg mampu. Peminat asik dpt harapan palsu sepanjang masa... bertindaklah sebelum org menyampah...faham.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Salam.

    Untuk Saidin, jangan risau. PafaNews dah sedut artikel yang teman buat dan di paparkan di web site berkenaan. Harapan semoga pihak PAFA faham apa yang kita rasa sekarang ini.

    Terima kasih atas perhatian anda. Majulah Bolasepak Untuk Perak Darul Ridzuan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. tmgsari

    salam semua,

    Dengan penyingkiran lazar popovic inilah masa pihak panel pemilihan pemain import terutamanya cikgu Jan dapat mencari pengganti yang sesuai.Dengar khabar mereka merisik keita mandjou di pune fc di india.Dari sumber internet kawan rasa pune fc sukar untuk melepaskannya dan masih lagi mempunyai kontrak.

    Kawan mencadangkan panel pemilihan,cuba pemain-pemain dari liga A ( liga Australia ) dari sumber internet, liga A sekarang dah habis liga dan ada pemain-pemain import mereka yang kontak dah habis dan ada juga yang tidak disambung kontraknya.

    Kawan cuba mencari pemain-pemain import yang rasa sesuai untuk pengganti lazar popovic,kawan pun rasa perlu memberi cadangan demi kebaikan pasukan perak.

    Disini beberapa pemain yang kawan rasa sesuai (cari dalam Wiki):

    1.Bruno_Cazarine_Constantino

    2.Jeremy_Brockie

    3.Juho_Makela

    Kawan harap siapa-siapa yang boleh sampaikan maklumat ini pada panel pemilihan@ cikgu Jan, harap tolong sampaikan.

    Kawan lakukan ini demi pasukan perak.

    SKOR YOB SKOR....................................

    KEJOR YOB KEJOR..................................

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Assalamualaikum..

    Ada baiknya kita main tanpa import!!belum tentu kita senaif sekarangni!!

    1.Hasilnya pengaliran wang keluar yg banyak dpt dijimatkan.
    2.Player tempatan/presiden/baru dapat dihasilkan.
    3.Boleh menggajikan coach yang lebih berkaliber waima import/tempatan.
    4.Pengurusan PAFA tak kena cemuh!!
    5.Seladang fan hatipun girang asalkan paham dengan konsep dan prinsip PERAK for PERAK.
    6.Dah tentu2 takdehal kalo standing 6-7 ni.
    7.Kantung PAFA save and tiada masalah berkaitan gaji/kewangan lagi.

    sekian..

    Chuck

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. active11

    Saya suka semua komen diatas!
    Muak dengan pasukan PERAK yang dilihat tidak bertanduk dalam saingan liga sekarang.

    Pemain-pemain yang berkaliber, tetapi beraksi dibawah tahap sebenar menjadi persoalan buat penyokong PERAK.

    Akhir kata, berani singkirkan pemain & jurulatih yang tidak lagi membawa sumbangan besar dalam pasukan.

    Ayuh PERAK buktikan. Kita mampu hero di MALAYSIA!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.