Liga Super 2012 | Perak Vs Sabah (Preview)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Selepas berjaya melenyapkan kesukaran mengutip 3 mata di Kota Kinabalu Sabtu lalu, Perak bakal menjadi Tuan Rumah kepada Sabah yang terluka di laman sendiri tempohari.

Persoalan siapa pengganti Lazar Popovic sudah terjawab apabila PAFA mengumumkan anak muda dari Cameroon berusia 21 Tahun Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika sebagai pengganti. Beliau dijangka bakal diturunkan untuk bertemu Sabah sekiranya mendapat ITC dalam masa terdekat ini.

Sudah semestinya para penyokong Perak menantikan sentuhan pertama pemain dari Cameroon ini nanti. Tiada apa yang diharapkan melainkan untuk memulihkan jentera serangan yang agak tumpul sejak kebelakangan ini.

Jika musim lalu, Perak berjaya diikat Sabah di Ipoh dengan jaringan 1-1 apabila mereka memperoleh gol penyamaan di masa tambahan 3 minit hasil jaringan Mohd Rozaimi Abd Rahman, kini Perak tidak rela perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Setakat ini, Sabah masih gagal menjelmakan 3 mata di laman lawan selepas 6 perlawanan. Bagi Perak, mereka harus berhati-hati kerana Sabah berjaya mengikat lawan dengan keputusan seri 4 perlawanan daripada 6 perlawanan di laman lawan setakat ini.

Sebaliknya Perak pula berjaya memenangi 4 perlawanan di Ipoh daripada 6 perlawanan yang mana mereka hanya kalah kepada Lions XII dan Kelantan setakat ini. 3 mata bukanlah mustahil kerana Perak kini masih dalam ‘mood’ kemenangan hasil kejayaan menumbangkan Sabah di Kota Kinabalu tempohari.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Shahrom Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Norhazrul Mustapha
Shahrulnizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Mohd Failee Ghazali
Akmal Rizal Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Sabah (Preview)

  1. robslam

    dengor cite ada live rtm tv1, bole menang ke game ne? rasa macam nak leboh jek...tetambah keeper itu yg jadi benteng terakhir

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Yeke..Cantik le, plan-plan tu memang nak turun Ipoh tapi ada masalah sikit, baguih le ada live, kita tengok le macam mana.

      Gamak leboh kita hentam dalam ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam yob Robslam..

      Ada live alhamdulillah..tapi stakat 3live terakhirni sumernya "LEBOH".Xtaula badi live o x.

      Tentang keeper tu,biorpun latelyni dia off form,tapi kalo nak di comparekan dengan 3keeper yg ade tu,baguih le lagi dia.

      Mungkin mlmni Failee dapat digandingkan dengan Negro tu.tapi kalo ikut akal Jan Lambong,mau akmal lagi yang dipertaruhkan.Kena plak kawan tu dah temui sentuhan jaringan tempoh hari..

      sekian.

      Harapan teman,janganle kena badi "LIVE" ni!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Prediction teman:

    without import : memang Xlebih dari 2 bijik.

    Tapi kalo perform or baguih import baruni:skala besar teman letakkan dan mayB malamni yob berpesta goal di Ipoh : 4-o/5-0

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Ramalan teman perak leboh...

      Perak 1 - 3 sabah.

      Import baru penin dgn akmal dan keeper yg itu di pilih JAN LAMBONG!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Berita terbaru:-

    Albert Dominique Ebosse Bodjongo mungkin akan diturunkan pada malam ini ekoran PAFA sudah mendapatkan ITC beliau pada petang kemarin.

    Yang konpiusnya,kejap kata umor dia ni 21 kejap kata 23.yang mana 1 yg betoi??

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.