Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 7 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Kuala Lumpur

Dua gol Oleh Mohd Rafiuddin dan Fahrul Razi menyelamatkan Perak sekali gus mengutip 3 mata penuh. Biarpun misi 3 mata dilihat berjaya, namun terlalu banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh Haji Norizan Bakar.

Barisan serangan sekali lagi gagal menghasilkan jaringan, sebaliknya, sayap kiri dan kanan pula lebih menyerlah dengan dua jaringan penting. Jika renung sejenak, Haji Norizan Bakar dilihat berjaya mengatasi kesukaran menjaringkan gol dengan mengatur strategi baru dengan menggunakan sayap untuk membelah benteng lawan.

Misi mencari bakal diteruskan ke selatan Semenanjung Malaysia Selasa nanti. Haji Norizan Bakar perlu meningkatkan mutu permainan Perak untuk perlawanan yang getir selepas ini jika ingin melihat Perak bangkit dan kembali konsisten.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.