Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 7 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perjuangan Perak dalam memburu 3 mata bakal diteruskan Sabtu ini dan Kuala Lumpur akan disambut oleh ribuan penyokong Perak sebagai tetamu di Ipoh. Setelah hampir separuh pusingan pertama Liga Super 2012 Perak kempunan 3 mata, Perak dilihat cuba bangkit dari ketandusan 3 mata ketika menentang Skuad ‘The City Boys’ nanti.

3 mata buat Perak nanti bukanlah sesuatu yang sukar, kerana Kuala Lumpur kini belum pernah menang sepanjang Liga Super ini berlangsung. Mereka hanya memperoleh satu mata setakat ini daripada 11 perlawanan lalu.

Pada musim 2011 yang lalu, Perak cemerlang membenam Kuala Lumpur di Ipoh dengan jaringan besar 5-3 di Ipoh. Namun begitu, ketika Perak bertandang ke Stadium PBKL Cheras, Tuan Rumah berjaya mengikat Perak 1-1 untuk memastikan Perak pulang dengan satu mata.

Biarpun Kuala Lumpur bukanlah pasukan yang boleh mengundang gusar buat Perak, namun apa sahaja boleh berlaku dalam bolasepak. Haji Norizan Bakar perlu membuat persediaan rapi untuk menghadapi sebuah pasukan yang amat dahagakan kemenangan ini.

Realitinya, Skuad ‘The City Boys’ ini bertandang ke Ipoh bukan sekadar pelengkap jadual, tetapi mereka mempunyai misi penting untuk merungkai segala kekusutan selepas 11 perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Bagi Perak, ketandusan 3 mata selepas perlawanan ke 8 sehinggalah perlawanan ke 11 dengan Kedah tempohari amat mendukacitakan banyak pihak terutama sekali pihak PAFA dan para penyokong setianya. Kebangkitan pada malam minggu nanti amat penting untuk mendapatkan kembali ‘mood’ kemenangan yang telah hilang. Kuala Lumpur adalah lawan yang sesuai memulihkan moral, semangat dan keyakinan pemain.

Tapi harus diingat, jangan terlalu mengambil mudah keupayaan lawan. Setiap lawan perlu diberi perhatian serius tidak kira apa juga status mereka. Ini kerana, keyakinan yang terlampau boleh mengundang padah. Pencapaian yang lalu bukanlah sandaran sepenuhnya untuk menilai keupayaan sebenar sesebuah pasukan, tetapi ianya sekadar rujukan untuk mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ini.

Barisan Perak Saranan SDN

Khairul Amri Salahuddin(PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Shahrom Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Norhazrul Mustapha
Shahrulnizam Mustafa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Mohd Failee Ghazali
Mohd Shafiq Jamal

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Kuala Lumpur (Preview)

  1. chuck

    fahrul razi replace rafiuddin..sekian..michal kubala ganti nantha kumar..shahrom kalam+Hisyamuddin tengah..hazrul and syazwan tepi kiri-kanan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Teman setuju benar dengan saranan SDN untuk barisan kesebelasan utama,itupun kalaulah si Cikgu Jan nak gunakannya.

    Bagi teman setelah kembalinya Cikgu Jan, seratus peratus teman yakin Nasril akan kembali beraksi dalam kesebelasan utama.Terus terang teman katakan teman dah bencikan pasukan Perakfa,bukan kerana asyik tewas tapi kerana ada diantara mereka yang berada didalam sana telah berjaya menual maruah rakyat dan nama negeri Perak itu sendiri....tahniah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.