Liga Super 2012 | Lions XII Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 10 April 2012
Stadium Jalan Besar, Singapura
7:45 Malam

Lions XII 2 – 1 Perak

Perak bertandang ke Jalan Besar dengan satu misi, untuk membuktikan bahawa mereka mampu bangkit untuk menangkis segala kritikan yang dihamburkan sejak dua menjak ini. Segalanya seolah-olah menjadi pada awalnya, dengan anak-anak buah Haji Norizan Bakar bijak mengatur peluang-peluang demi peluang tetapi dinafikan oleh barisan pertahanan Lions XII dengan berkesan sekali.

Sehinggalah di minit ke 43, sekali lagi Syazwan Roslan menjadi punca apabila terjahan kerasnya dalam kotak penalti dikesan oleh pengadil perlawanan untuk menghadiah sepakan penalti kepada Tuan Rumah yang disudahkan dengan tenang oleh Khairul Nizam untuk Lions XII di depan 1-0.

Babak kedua, Perak dilihat cuba mendominasi permainan seperti yang dilakukan dibabak pertama tadi namun ianya kelihatan agak seimbang dengan kedua-dua saling membalas serangan. Pada minit ke 50, Akmal Rizal dan Popovic berjaya mencipta gerakan satu dua menarik memperdaya pertahanan lawan, dan memaksa mereka melakukan kesilapan dalam kotak penalti yang dikesan pengadil dan menghadiah sepakan penalti buat Perak.

Michal Kubala yang mengambil sepakan itu dilihat tenang menyudahkannya biarpun sepakan pertamanya berjaya ditepis keluar penjaga gawang lawan. Selepas itu, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan Perak melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Fazrul Hazli Khadri dan Nazri Kamal untuk menajamkan barisan serangan.

Sesuatu yang agak luar biasa berlaku di Jalan Besar semalam apabila Khairul Amri dikeluarkan untuk Mohd Nasril Nourdin. Ini kerana jarang-jarang sekali kita menyaksikan penjaga gol dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan. Faktor yang menyebabkan beliau dikeluarkan adalah mungkin disebabkan beliau sudah hilang fokus dan sering melakukan kesilapan-kesilapam mudah pada separuh masa kedua.

Kemasukan Mohd Nasril Nourdin dilihat berjaya mengembalikan moral dan keyakinan pasukan selepas itu. Sehinggalah di minit akhir permainan apabila Lions XII berjaya mencuri peluang mencipta jaringan hasil kesilapan K Nanthakumar yang sepatutnya mengeluarkan bola hantaran jauh itu. Gol kemenangan Lions XII itu dijaringkan oleh Irwan Syah yang menolak mudah menewaskan dua pemain Perak termasuklah penjaga gol.

Secara keseluruhannya, Perak bermain dengan baik berbanding perlawanan seterusnya. Hantaran yang tepat dan tidak lagi bermain ‘long ball’ yang merugikan. Namun begitu, dalam bolasepak cara permainan yang baik akan dilupakan sekiranya pasukan itu gagal untuk mencipta kemenangan. Sekali lagi, kredibiliti barisan serangan Perak menjadi persoalan. Agak mengecewakan apabila barisan serangan Perak sekali lagi gagal memecah kebuntuan.

Memang benar Perak cuba bangkit dengan corak permainan yang ‘luar biasa’, tetapi, masalah utama pasukan Perak belum selesai. Sampai bilakah ini semua akan berakhir?

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Lions XII Vs Perak (result)

  1. saidin

    salam

    tiada kata kata manis lagi untuk dilontarkan kepada barisan rasuah yang berada didalam pasukan Perak.

    pelik bin ajaib,kepada jurulatih,pengurusan dan pemain.
    persoalannya,adakah dari segi pemilihan pemain,meletakkan barisan kesebelasan utama,barisan pemain simpanan,barisan pemain gantian dan memilih barisan kejurulatihan yang boleh dikatakan amat teruk berbanding organisasi sekolah taska.

    Nama saja ada barisan pemain bintang,mempunyai sumber kewangan yang hebat,memiliki jurulatih yang bertauliah tahap FAM sahaja, barisan pimpinan pengurusan ahli majlis PAFA yang mantap,tapi prestasi pasukan termasuk dari segi pengurusan sangat sangat memalukan,sehingga maruah kami orang orang Perak yang menyayangi pasukan negeri Perak kini berada setaraf binatang binatang yang terbiar diluar sana.

    Sepanjang musim lepas hingga musim ini,jelas dan semakin diketahui oleh semua lapisan masyarakat beberapa muka yang sah terlibat,siap tahu siapa ajen ajen yang terlibat antara ajen yang popular bekas pemain,perak,kedah,terengganu dan selangor malah ejen tersebut ada 3 orang termasuk bekas orang kuat perlis.

    Yang peliknya kenapa PAFA tidak ambil tindakan,atau orang orang didalam PAFA terlibat sama,jangan jadi bangsat kerana duit haram biar jadi bangsat kerana miskin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. robslam

    penat dah nak maki hamun.... coach pastikan 3 pemain ni takde lagi dlm kesebelasan utama perak utk game yg akan dtg. Sebabnya kome pikirlah sendiri.....

    Nasril, Nanthakumar, Syazwan Roslan.

    Yang lelain jgn ingat peminat bangang sangat taktau keje kotor kome buat kat belakang tuh... bior makan taik jangan makan RASUAH !!!!

    Full Stop!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Rasuah!!!???? Haram!!!... ingatlah wahai manusia, yang haram tetap haram... akan menjadi darah daging tuh...

    renung-renungkan lah!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.