Liga Super 2012 | Lions XII Vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 10 April 2012
Stadium Jalan Besar, Singapura
7.45 Malam

Perak berjaya membuat penyokong setianya tersenyum setelah sekian lama kemurungan dek kerna aksi yang kurang memberansang dalam beberapa siri perlawanan sebelumnya.

Namun, kemenangan 2-1 ke atas K.Lumpur belum cukup untuk melenyapkan rasa ragu yang menyelubungi rata-rata penyokong Perak selama ini. Mereka inginkan lebih daripada itu. Lions XII perlu ditumbangkan. Jika dilihat daripada rekod sebelum ini, memang sukar untuk tumbangkan pasukan selatan Tambak Johor ini. Tetapi, tiada yang mustahil, segalanya mungkin jika kena dengan caranya.

Lions XII berjaya melakar keputusan-keputusan yang agak memberansangkan dan mendahului carta liga ketika ini. Corak permainan pantas dan pengawalan tengah yang baik menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan mereka.

Ternyata, kredibiliti dan kemampuan Haji Norizan Bakar benar-benar akan teruji di Jalan Besar nanti. Beliau harus membuktikan bahawa beliau adalah antara jurulatih yang terbaik di Malaysia dengan merancang strategi ampuh untuk mengekang konsistensi pasukan Lions XII ini.

Moral dan semangat para pemain ketika ini tidak menjadi masalah kerana ‘mood’ 3 mata masih segar, cuma mereka perlu perbaiki kesilapan lalu dan fokus untuk mempamerkan aksi terbaik nanti.

Kesebelasan Utama Saranan SDN:

Kamarul Affendi (GK)
K Nanthakumar
Mohd Hisyamuddin
Nor Hazrul Mustafa
Syazwan Roslan
Michal Kubala
Sharulnizam Mustapa (KP)
Fahrul Razi Kamaruddin
Fazrul Hazli Khadri
Mohd Shafiq Jamal
Mohd Failee Ghazali

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Liga Super 2012 | Lions XII Vs Perak (Preview)

  1. keristujuh

    Diharapkan Perak FA akan menang dalam perlawanan ini. Tewaskan Pasukan Lions XII. Pasukan yang dianggap "power" setakat ni dlm liga super ni...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..
    Aku dh btl2 meluat dgn kepompinan Pafa dan pengurusanya kini!!aku dh hilang kepercayaan langsung!!aku dh kata dari sebelum sepak mula musim ni lg yg aku tak setuju dgn prnggunaan tnaga importn!!betul2 frustla.mcm pssm pulak!!knon thailand hebat kerana servenya.ubahla bentuk kiraan.konon memihak pada kita.sebab thai serve kuda hebat.walhal aku nk bagitauni,kena penangan gulung diapun kita jauh sangatla ketinggalan..aku malu kerana wujudnya org yg minded seumpama ini menguruskan pasukan.begitu jugalah perihalnya dengan orang yang memimpin pafa sekaranhni.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.