Monthly Archives: April 2012

Perak FA | Mampukah ‘Permata Hitam Baru’ Mengubah Nasib Perak?

perakfa.jpg

Diawal musim Liga Super 2012, menyaksikan Perak membuat penampilan dengan dua tonggak import yang menjadi sandaran iaitu Michal Kubala dan Lazar Popovic. Namun begitu, tatkala liga berada hampir dipertengahan mula timbul rasa tidak puas hati di kalangan para penyokong terhadap penggempur import utama iaitu Lazar Popovic yang gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah di perlawanan terakhir beliau bersama Perak.

Tutup buku lama buka buku baru. Albert Dominique Ebossé Bodjongo Dika atau Bodjongo Dika penyerang muda dari Cameroon yang membuat penampilan pertamanya menentang Sabah tempohari dilihat memiliki keupayaan yang cukup untuk bertindak sebagai penyerang utama Perak menggantikan Lazar Popovic.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Pendaftaran Ahli 2012

Mulai hari ini pihak Seladang.Net akan membuka semula pendaftaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli di halaman web ini untuk jangka masa terhad. Ini memudahkan anda membuat sebarang komen pada ruangan artikel yang disiarkan pihak kami.

Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

admin

MENDAFTAR 

Info: Sila rujuk tajuk INI jika anda ada sebarang masalah dengan pendaftaran.

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Sabah (result)

Astro Liga Super Malaysia 2012

Selasa, 17 April 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 2 Sabah

Sabah hampir melakar kemenangan pertama setelah sekian lama gagal meraih 3 mata di Ipoh. Perak pula tampil dengan formasi 4-5-1 sebagai taruhan. Percaturan Haji Norizan Bakar dilihat berkesan dengan serangan diatur dari bawah dengan baik. Biarpun Sabah yang dilihat kerap mengucar-ngacirkan kubu pertahanan Perak, namun bahagian tengah Perak dilihat cukup tenang menyerap setiap serangan pasukan Sabah.

Babak pertama, Perak sekali sekala menggusarkan pertahanan Sabah dengan gerakan menarik. Antara percubaan jarak jauh yang terbias pemain lawan dan diselamatkan penjaga gol Sabah yang kemudiannya terpaksa diusung keluar akibat kecederaan serius di bahagian muka terhantuk tiang gol. Pemain import baru Perak, Bod Jongo tidak kurang hebatnya dengan sekurang-kurangnya satu percubaan menarik namun bola melambung tinggi melepasi muka gol Sabah.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)