Liga Super 2012 | Selangor PKNS vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 3 Mac 2012
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor
8.45 Malam

Setelah berehat panjang, Perak memulakan kembali perjuangan di dalam Liga Super 2012 menentang pasukan tangga ke-11, Selangor PKNS. Di atas kertas segala-galanya nampak mudah kepada skuad Seladang, namun apa yang menggusarkan ialah kemampuan Selangor PKNS mendatangkan upset kepada pasukan-pasukan yang menduduki tangga teratas Liga Super 2012. Jika dilihat kepada rekod terkini selepas lapan perlawanan, Selangor PKNS boleh digelarkan sebagai pasukan ‘pakar seri’ selepas mencatatkan enam keputusan seri, dan hanya sekali tewas dan sekali menang.

Pasukan Perak jelas perlu berhati-hati dengan rekod ini dan perlu mendapatkan satu gol awal serta berusaha menambah sekurangnya-kurangnya satu gol lagi di sepanjang permainan. Selangor PKNS sering mendapatkan gol melalui set-piece khasnya sepakan penjuru, yang kemudiannya disudahkan melalui tandukan khususnya pemain pertahanan mereka, Helmi Remeli. Bagi memastikan kemenangan di dalam perlawanan ini terjamin, Perak perlu mengawal tempo di bahagian tengah, di samping perlu rajin melakukan serangan menggunakan bahagian sayap (flanker).

Jika mahu memberikan pelbagai ragam di dalam serangan, peluang-peluang melalui set-piece khususnya sepakan percuma dan penjuru, jangan dipersia-siakan. Selepas diamati, Perak mempunyai peluang luas untuk menghasilkan gol melalui kedua-dua set-piece ini. Kita ada Michal Kubala dan Mohd Noor Hazrul Mustafa untuk menyudakan sepakan percuma dengan baik.

Perlawanan esok juga akan menjadi medan penentuan kepada survival barisan serangan Perak yang kini sedang berdepan krisis kecederaan dan prestasi. Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Mohd Failee Ghazli dilaporkan masih belum sembuh daripada kecederaan yang dialami, untuk itu gandingan serangan yang diharapkan mungkin tergalas pada bahu Mohd Syafiq Jamal dan Lazar Popovic, yang masing-masing belum mampu menunjukkan kualiti serangan meyakinkan. Namun segala-galanya diharapkan berjalan lancar. Untuk rekod Perak juga bakal kehilangan Muhd Shahrom Abdul Kalam dan Badrul Azam Mohd Zamri yang juga mengalami kecederaan.

Perak sememangnya memerlukan kemenangan untuk kembali mencorak peluang merampas takhta Liga Super 2012 daripada Kelantan yang kini berdepan kemelut pengurusan dan kejurulatihan. Kemenangan akan menjamin keyakinan berterusan kepada semua pemain untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat Perak pada tahun ini.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Hisyamuddin
Mohd Noor Hazrul Mustafa
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Lazar Popovic
Mohd Syafiq Jamal

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Liga Super 2012 | Selangor PKNS vs Perak (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Dari segi pengamatan teman,nampaknya prestasi Isma Alif kini sedang meningkat naik,apa salahnya menurunkan pemain ini dalam barisan pemain gantian dan mungkin boleh diletakkan dalam barisan utama.

    apa yang lebih penting dibarisan simpanan hendaklah disenaraikan sekali pemain muda iaitu Khalis Ibrahim agar apabila ada mana mana pemain dibahagian sayap atau penyerang pemain seperti Isma alif dan Khalis ibrahim dapat diturunkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Daniyal Post author

    Teman setuju yob. Ini peluang besar. Pemain-pemain muda perlu diberikan tempat khususnya di bahagian serangan yang jelas kita mengalami kepincangan. :-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam.
    Rasanya dah sampai masanya cikgu jan bagi peluang pada pemain muda yang dikatakan di atas. Ini sebagai langkah awal persiapan menghadapi kesulitan di masa depan atau boleh juga dikatakan sebagai plan kontijensi.

    Sekurang-kurangnya, pemain-pemain muda dapat keyakinan untuk beraksi selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Peluang menurunkan pemain muda tak selalu datang!
    Harap pengurusan Perak boleh fikir panjang untuk pemain-pemain muda.

    Sewajarnya pemain muda diberi tempat untuk perlawanan dengan PKNS. Sama-samalah kita nantikan aksi malam nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.