Liga Super 2012 | Selangor PKNS Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 3 Mac 2012
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor
8:45 Malam

Selangor PKNS 2 – 2 Perak

Perak sekali lagi melepaskan peluang untuk merampas teraju Liga Super 2012 apabila sekadar seri 2-2 dengan Selangor PKNS di gelanggang lawan semalam. Keputusan itu menyebabkan Perak kini jatuh dua anak tangga berada di kedudukan keempat, mengumpul 16 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Kelantan yang bakal turun menentang Negeri Sembilan malam ini. Perak terus dihantui masalah ketumpulan jentera serangan yang masih gagal menghasilkan gol dan terus bergantung kepada situasi nasib dan kemampuan jentera tengah untuk mendapatkan jaringan.

Dalam perlawanan berkenaan, pasukan pakar ‘seri’ ini membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi tandukan menarik Helmi Remeli hasil sepakan percuma cantik, Mohd Fauzan Zulkifli. Namun, Perak berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi gerakan solo dari sebelah kanan, pemain sayap lincah, Mohd Fazrul Hazli Kadri.

Separuh masa kedua menyaksikan pertarungan penuh debar dengan situasi kelam-kabut di depan pintu gol Perak pada minit ke-55 berjaya disudahkan dengan satu tendangan baik oleh Mohd Fauzan untuk memberikan Selangor PKNS gol kedua Namun, Perak akhirnya lega apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-72 yang tenang disempurnakan pemain tengah, Michal Kubala.

Krisis bahagian serangan Perak terus berlarutan dengan kemarau jaringan kian berpanjangan. Mungkin suatu perubahan taktikal yang radikal perlu difikirkan oleh Cikgu Jan di samping memberikan peluang lebih kerap kepada pemain-pemain muda untuk membuktikan kemampuan menghadirkan kembali sengat di bahagian depan. Sudah tiba masa, beberapa orang pemain yang gagal menghadirkan persembahan bermutu direhatkan seketika, demi memberi laluan kepada pemain-pemain yang lebih bersedia dan mampu mencetak keputusan lebih baik untuk Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Selangor PKNS Vs Perak (result)

  1. saidin

    salam....

    Aku agak kecewa dengan Cikgu Jan yang telah membimbing pasukan Perak untuk musim yang kedua,tetapi dari segi taktikal dan taknikal tidak pernah ada perubahan.

    Gemar menurunkan pemain yang sama walaupun pemain tertentu berada di prestasi yang agak merudum.

    Tidak percayakan pemain muda seperti Khalis Ibrahim dan Khairul Amri untuk berganding dengan pemain pemain utama.corak taktikal Cikgu Jan kini sudah dapat dilihat dengan lebih jelas,bukan sahaja oleh pihak lawan malah sudah dapat dihidu oleh penyokong sendiri.

    Malah corak latihan cikgu Jan agak mundur kebelakang membuatkan prestasi pemain pemain tiada peningkatan.

    Mungkinkah ada penentuan oleh pihak tertentu atau ada gangguan dari pihak dalaman itu teman kurang pasti tapi ada sedikit keyakinan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ka_pk

      Aku setuju sangat dengan pandangan Saidin.
      Dah masuk musim ke-2 Cikgu Jan melatih pasukan Perak namun belum ada bintang muda baru@ anak jati Perak yg lahir hasil air tangan beliau. Dengan polisi penyenaraian pemain yg diamalkn sekarang,sukar rasanye utk melihat lahirnye bintang2 baru dr team Perak.
      Pemain2 tonggak yg ada sekarang semuanye air tangan Weigang,Tony Netto dan Steve Darby mahupun M Karathu.
      dan mereka2 ni dh diambang penghujung karier.

      Weigang dan M Karathu bagi aku pakar dalam mencari dan menggilap bakat2 baru.

      Pengurusan perlu sedar dan ambil berat tentang semua ni utk memastikan kesinambungan team Perak sebagai pasukan elit tanah air.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        teman ingin tambah sikit,rata rata pemain pasukan perak yang ada pada hari ini juga hasil usaha keras Coach Raja dari skuad belia lagi.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Betul tu saidin..aku pelik kenapa isma langsung xdapat main. dah tau serangan tumpul masuk le isma dan rafiudin..aku tengok game aritu macam hampeh taktikal cikgu jan..hantaran semua merapu..adoh tak heran perak tak ada piala tahun ini..popo jangan cakap le..memang tiada peningkatan pun..yang teman tau perak seri semalam sebab nasibbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam.

    Teman mula rasa tak senang sekarang ni. Kalau diperhatikan, semua pendapat penyokong-penyokong, rata-rata telah menyuarakan sesuatu yang pada teman boleh diterima akal, dan dipraktikkan awal dulu.

    Tapi, memang agak kecewa bila muka-muka tu jugak yang diturunkan, dan striker tetap tak dapat buat gol. Dulu 5 perlawanan pertama ok la. Alasan. Sekarang dah hampir separuh musim yob. Cukup-cukupla. Lepas ni, Piala FA lawan Ganu, turunkan lagi muka-muka sama, lepas tu ..........................fikir sendiri. TQ

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Awal dulu dah teman kaborkan..tak kira 1-2 game baru main.Dah nampak dah hala tuju jalan ceritanya...GUGURkan IMPORT KESEMUANYA dan main all local made!!!MUKTAMAD!!!import lebih sesuai untuk head coaches!!!nampak sangat yang pegang team PERAK sekarangni takde kKNOWLEDGE tentang bola sepak!!!!GLOKAL la sikit minded tu..tanya pendapat PAKAR-PAKAR!!semua mengatakan head coaches IMPORT yg banyak experiance is more important thing!!!!

    Aku dah mula rasa MARAH!!pasal dah dibagi PENDAPAT tapi tak boleh terima!!!tengok dulu zaman WEIGANG!!!Tony NETTO!!!Puiiii..Korang tak nampak lagi ker???

    Mana-mana dulu yang nyokong Import dan sekarangni mula dah berpatah arang!!!

    Dah teman KABORkan dari awal dulu!!!Ajer BEGIKKK!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    Harap formasi ini akan diambil kira oleh cikgu jan.
    Nasril
    Shahrul kalam-hisyamudin-badrul azam-syazwan roslan
    rafiudun-nantha-arul-isma
    kubala-fazrul hazli..
    tolong cikgu jan buat mcm ni

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    Assalam yobs and yongs semua,

    Berdasarkan apa yg kome kaborkan, ada harapan untuk dikuciwakan lagi oleh Terengganu dlm kempen Piala FA Sabtu ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      Apa nak buat abg lan,dalam pafa sekarang nie semua gila kuasa termasuk jurulatih tak reti bahasa melayu nak dengar pendapat orang ramai.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam..

    memandangkan M.Karathu dah takde job skangni,panggilah dia datang balik..tupun kalo dah tak berduet benor kome nak upah coach import.Kome kalo bab nak ngabihkan borah yang sediada memang laju..kalo nak ambik importpun biarla yang benor player kita tak boleh beat.kalo kurang lebihje skillnya,baik tak payah..bukanya apa,nak disimpan dikerusi pemain simpanan terasa sayang pulak..dah dibagi main,macam GAMPANG pulak!!!

    sampai bila perkara macamni akan terus menghantui skuad Yob??belumpun lagi sepak mula sudah ada nada keluh-kesah dari hardcore fan yang tidak menampakkan keyakinan dangan pengurusan pasukan dan pengendalian player kini..siapa yang harus dipersalahkan dalam soal ini??Lembu yang ditarik tali tukah atau si pengembala yang BEBAI tue??sama2 kita siasat dan rungkaikan persoalan ini..jangan biar kedua2nya MATI DIBAHAM RIMAU yang kelaparan..

    Sekian..dah lama hangin dahni..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.