Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 17 Mac 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 2 Kelantan

Pertamanya pihak Admin memohon maaf atas kelewatan artikel ini atas sebab kemanusiaan. Harap Maklum.

Perak pada mula dikhabarkan bakal turun menentang Kelantan dengan azam mengekalkan rekod menang di tempat sendiri seperti tahun sebelumnya. Namun segalanya gagal dijelmakan dengan aksi yang baik tetapi gagal menjelmakan jaringan hingga ke tamat permainan.

Minit ke 10, tanpa diduga Daud Su Jamaluddin muncul sebagai pemecah kebuntuan dengan jaringan yang luar biasa dari jarak lebih 40 meter. Ianya berpunca daripada kekasaran ke atas pemain Kelantan oleh pemain Perak dan pengadil menghadiahkan sepakan percuma yang dilambung terus ke arah gol Perak. Nasril Nourdin dilihat agak leka atau ‘off possession’ berada di luar kotak gol dan gagal menyelamatkan bola boleh dikatakan sebagai mudah.

Tersentak dengan gol itu, Perak menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan menerusi gandingan Akmal Rizal dan Mohd Failee, namun segalanya menemui jalan buntu. Haji Norizan Bakar dilihat agak responsif selepas Perak dilihat ketinggalan 0-2 apabila mengeluarkan Mohd Failee dan memasukkan Lazar Popovic. Ini berlaku setelah Kelantan mula menjarakkan jurang menerusi sepakan percuma dari penjuru kiri kotak penalti Perak oleh Zairul Fitri untuk gol kedua Kelantan pada minit ke 24.

Babak kedua menyajikan sesuatu yang memang sudah djangkakan, iaitu penguasaan Perak. Perak mengasak bertali arus ke kubu pertahanan Kelantan, namun gagal mencuri walaupun satu gol.

Dalam keadaan seperti ini, Haji Norizan Bakar dilihat masih kurang berkeyakinan dengan apa yang beliau ada (pemain-pemain). Kepercayaan hanya diberikan kepada sesetengah pemain sahaja. Untuk memastikan Perak tidak jatuh ditimpa tangga sendiri, sepatutnya Jurulatih harus berani memperjudikan pemain yang ada dalam erti kata lain dibuat pusingan atau ‘rotation’ seadilnya. Semua pemain sudah semestinya ingin membarisi kesebelasan utama, paling tidak pun disenaraikan dalam 18 pemain utama.

Jika dilihat pasukan lain, mereka sudah mula merehatkan pemain yang bermain 5 atau 6 perlawanan secara berterusan dan diselitkan dengan ‘fresh leg’ yang belum pernah diturunkan. Pendedahan sebegini amat penting sebagai langkah pertama untuk membina keyakinan diri pemain dan memberi suntikan moral yang jitu dalam memburu kesebelasan utama.

Seperkara lagi, berkaitan corak permainan Perak yang pada awal musim tampak segar tetapi kini dilihat agak lapuk dan ‘old fashion’. Kepelbagaian corak permainan penting dalam memastikan pihak lawan tidak menjangka apa yang kita bakal lakukan. Ketumpulan jentera serangan kini menjadi topik hangat diperbincangkan oleh penyokong-penyokong Perak dan semua pengkritik. Lazar Popovic langsung tidak menjaringkan gol. Akmal Rizal dan Mohd Shafiq Jamal juga mengalami masalah yang sama tetapi tidak seteruk pemain import dari Serbia itu.

Pihak pengurusan dan latihan sudah semestinya memiliki idea dan perancangan tersendiri dan penyokong mengharapkan perkembangan positif selepas ini terutamanya ketika menentang Kedah di Alor Setar 30 Mac 2012 nanti.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

11 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (result)

  1. Raul hashim

    Memang teruk pun game perak..aku pelik kenapa isma alif xmain lagi..cikgu jan xnampak ker fahrul razi dah xkreatif lagi..rafiudin tu dia masuk lambat sangat..nasril harus direhatkan..khairi jangan bagi main..dia dah tua..asyik nak jatuhkan pihak lawan jer..tu punca gawang perak bocor..hantaran main le pendek..ni asyik long jer..teman dah jemu tau..arul tu pun rehatkan bagi nazri kamal dan nantha yang main..sayap letak isma dan rafiudin..keeper bagi khairul amri..penyerang bagi failee dan syafiq. pertahanan bagi hisyamudin , nor hazrul, syazwan roslan dan syarom kalam kalau xcedera ler..bagi badrol azam pun ok jugak..main 4-4-3 dengan hantaran pendek..muktamad

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jasbisa

    lama dah teman tak komen, sebab fed up dgn pengurusan perak.. setuju dgn pendapat raul hashim. Nasril perlu direhatkan, arul juga begitu. coach kena bagi peluang dan exposure utk pemain reserve. inilah masanya turunkan pemain2/muka baru dan pelbagaikan taktikal. rasanya nantha bagus main defend. turunkan ramai pemain muda berbakat. jangan sia-siakan bakat anak muda dalam tim perak. dan yang pasti Lazar Popovic mesti dihantar pulang segera ke Serbia. kalau tidak berlaku apa2 perubahan April ini, teman nak boikot sementara sokong perak sebagai tanda protes terhadap pengurusan perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      apa boleh buat Jasbisa.

      Tak guna kita komen melambung lambung,kalau sudah yang ada dalam pengurusan PAFA tuer berfikiran budak tadika,cakap apapun tak guna.

      Dulu masa coach Raja jadi Head coach,kene singkir senang senang saja walaupun Coach Raja ada kontrak lagi setahun,alasan Coach Raja tak mampu bawak team lebih jauh.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        maaf ayat tergantung........... dulu masa coach raja jadi head coach senag senang saja pengurusan pafa singkirkan coach raja

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    Jangan haraplah pasukan Perak akan terus mara kehadapan,seandai perkara yang sama berulang,setuju dengan penulisan Admin pada kali ini.

    Nak tergelakpun ada dengan statement pengurus PAFA dalam akhbar tempatan hari ini.Pasukan Perak terpasa bermain dengan taktikal melakukan hantaran hantaran jauh dan dijadikan Popovic sebagai umpan.Umpan ikan ke umpan manusia?

    Yob Raul Hashim bukan setakat Isma Aliff sahaja tak diturunkan malah Khalis Ibrahim dan Khairul Amri juga tidak langsung pernah diberi ruang beraksi dalam saingan Liga tempatan.

    Jelas disini kita semua dapat lihat Cikgu Jan hanya gemar memberi ruang kepada pemain yang sama walaupun sudah 10 perlawanan pemain pemain tersebut menampakkan prestasi yang teramat hambar.

    Taktikal ini telahpun diguna pakai oleh Cikgu Jan sejak beliau bersama Penang,Perlis dan Skuad Negara. Yang hairan kenapa PAFA masih sudi mengekalkan Cikgu Jan.

    Tidak dinafikan pemain pertahanan dan pemain tengah skuad Perak bagus pada malam perlawanan tersebut,tetapi bukan sahaja penyokong perak mengkritik malah penyokong lawan juga sependapat bahawa skuad Perak hancur dibahagian serangan.

    Yang lebih menarik kritikan diberikan oleh pihak lawan,Kenapa harus meletakkan Akmal RIzal sepanjang 90 minit,kerana jelas beliau tidak mampu. yang kedua pula apa yang bagus sangat Popovic,kerana corak permainannya setaraf pemain tadika.

    Jawapan saya satu sahaja,pengurusan Pafa sendiri setaraf budak tadika,itu sebab team Perak berada dalam kelompok budak tadika.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    saya setuju dgn saidin dan jasbisa..kalau kita tengik team terengganu dah rehatkan sharbinee begitu juga team kelantan yang merehatkan apek..so pafa xnampak lagi ker kenapa team perak masih mengekalkan barisan pemain yang sama dan membuat hantaran yang sama sepanjang 10 game ni..team lain dah boleh baca..kalau kita lawan spa kl pun kita belum tentu bolaeh menang dengan jaringan yang banyak coz semua team dah tau taktikal perak..tu adalah realiti..corak lapuk tahun 90an digunakan lagi..dah le player perak xcukup tinggi nak menerima hantaran jauh..hantaran pulak merapu..memang macam hampeh taktikal perak..sila singkirkan cikgu jan dan bagi player muda perak main..kalau tidak percaya dengan 25 pemain yang dibawa dalam team, tidak perlu jadi coach..alex ferguson pun guna pogba dalam team dia..cikgu jan xnapak ker..lagi satu ahmad shahrul azhar xnampak dan xnak nasihatkan cikgu jan..dia bnyk pengalaman dengan banyak coach..xkan xleh bantu..tolong le berubah demi kemajuan team perak untuk team akan datang..yang berlalu biar kan berlalu..pastikan team perak terukir di bintang...andai kata, tulisan saya ini menyakitkan hati mana2 pihak saya memohon ampun dan maaf..ini luahan hati seorang fan perak yang dah lama mengidam nak pergi final dan seterusnya menjulang piala..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      apa hebatnya shahrul azhar tu yob??? zaman dia main dulu pun memang pengumpul tegar kad merah dengan aksi bergaduh sepak terajang perut orang. berapa kali pasukan perak terumbang ambing dek sebab dia kena red card dan pemain lain naya nak teruskan game 10 pemain???? memang padan pun fam gantung dia dulu...memang tepat. Pada teman tak payah le dia nak nasihat cikgu jan tu, bak orang kate orang BUTA ajor orang RABUN berjalan nanti...

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Salam.

    Antara masalah utama Perak ni ketumpulan serangan. Akmal Rizal memang menurun dia punya prestasi. Memang nampak sangat. jarang dah tengok dia buat Long Shot, rembatan yang merbahaya. Pas tu, striking to the ball yang makin slow.

    Kalau di lihat bahagian tengah, so far ok la. Masih bernyawa. Pertahanan pun 'ok' lagi la. Cuma kena touch up bagi kuat lagi.

    Seperkara lagi tentang corak permainan, bayangkan, penyokong yang zero tentang taktikal pun dah boleh agak macam mana Perak akan main, apatah lagi orang yang berpengetahuan tentangnya. Kalau Popo ada main sekali, mesti dia jadi target man ibarat tembok untuk buka ruang yang lain buat gol. Memang Perak akan main long ball sampai sudah.

    Bola crossing memang susah nak buat gol cuma ada satu dua game yang jadi gol. Tu pun si Flanker skor bukan striker. Tuan-Tuan boleh kaji dan nilai balik dah berapa gol striker kita produce? Dari situ dah dapat buat rumusan, betul?

    Kita jarang dapat tengok overlap dari bek kiri dan kanan. Ada tu memang ada, tapi kadang-kadang. Kawalan tengah kita mantap, bila sampai ke kawasan back four lawan , mati kutu, habis macam tu je. Ada crossing tapi tak dak hasil sebab striker import tak berkebolehan menanduk dengan baik walau pun tinggi lampai. Failee mesti diberi ruang untuk dapatkan balik rentak game dia, ni perkara perlu Cikgu Jan buat. Pada Teman, tak perlu cari striker baru, cuma pulihkan mana yang ada.

    Kalau nak gantikan Popo, make sure better than the rest. Kalau setaraf je dengan Failee, Shafiq, baik tak payah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. belanak

    As salam..

    Nak sedih?? Tidak perlu nak bersedih lagi...
    Mahu menangis?? Tak usah lagi ditangisi dengan apa yang berlaku...
    Mahu protes?? Tiada guna lagi jika ia ibarat menuang air di daun keladi....
    Apa lagi?? Tiada apa lagi yang mahu ku katakan... Hanya terus berdoa semoga pihak pengurusan membuka mata dan hati untuk melihat akan kebenaran dan ketelusan....
    Hati ini bagaikan ditusuk sembilu dan dirobek-robek bak kertas yang dicarik-carik kecil...
    Arghh... mengapa perlu dikesalkan lagi jika semuanya ibarat kan melepaskan batuk di tangga...
    Semuanya akan menjadi kenangan pahit buat musim ini... Ibarat menanti bulan jatuh ke riba... Biarkan... Biarkan... Biarkan...

    Selamat maju jaya dan terbuka hati pengurusan PAFA hendaknya suatu hari kelak sebelum terlambat!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. robslam

    Ha ha ha ha ha... lama tak login sebab lupa password. Apapun nampanya ramai rakan2 dah paham camne gerak kerja pasukan perak dibawah pengurusan baru dan jurulatih terbaik kononnya. Dulu masa orang lain jaga pasukan, ramai le puak2 sakai ni dok ganggu kutuk berbagai cerita itu ini yang tak kena, sekarang padan dengan muka bawak team baru tau camne seksa???? Nak komplen memang sedap tapi dah terkena batang idung baru tau??? Jahanam pasukan perak musim ni disebabkan beberapa kerat pegawai pasukan yang lebih sudu dari kuah termasuk jurulatih yang dah comfirm memang hancus. Bajet perak tahun sebelum ni dan sekarang memang banyak, berjuta2 khabarnya. Dengan barisan pemain2 yang dibawa masuk macam ada harapan nak rebut paling koman pun satu piala tapi akhirnya harapan tinggal harapan. Peminat terus terusan di tipu dan diperdaya.

    Kalau pengurusan dulu bajet ciput dan player pun tak mantap tapi masih bole buat sesuatu yang dibanggakan iaitu MENGGILAP BAKAT MUDA. Team sekarang BAKAT MUDA tah kemana BAKAT TUA pun hancus belaka. Taktikal jgn dok ceritalah memang mantap... LONG BALLLLLLLLLL all the way. Dah sama bengap je macam Stip Dobi dulu tu. Pulak tu bawak masuk pemain import tahap budak sekolah menengah. Harap tinggi macam galah tapi tanduk pun gayat. Aku tak marah le pemain yang bangang ni tapi aku terpikir siapa yang BANGANG pegi sain pemain macam ni???? Guna mata ke tengok atau guna kepala lutut hangpa??? peminat yang takde basic football pun dari awal musim tau si POPO ni memang hampeh tapi management buat apa???

    Malas aku nak celoteh panjang sebab banyak manusia ni cakap orang pandai tapi bangang tak sudah. Pada sesiapa yang rasa termakan cili tu baiklah letak jawatan. Jadilah manusia yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberi. JANGAN JAHANAMKAN PASUKAN PERAK DEMI KEPENTINGAN PERIBADI KOME!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. azaha

    Wah.. Sudah lama tidak komen...
    Ape pun aku tengok tahun lepas dengan tahun nie sama sahaja. Mula-mula je boleh duk kat atas. Belum sampai pusingan pertama dah tersungkur di pertengahan liga. Aku tengok ada ke xde ke awang import sama aje. Duk ditakat level yang sama juga. Selagi pengurusan tidak membuat perubahan selagi itu la Perak di tahap lama gak. Renung-renungkan lah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.