Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 17 Mac 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Setelah Perak ditunjukkan jalan keluar dari saingan Piala FA 2012 oleh Terengganu Sabtu lalu, tumpuan kini terarah kembali ke saingan Liga Super 2012.

Secara rasionalnya, Perak masih berada di landasan yang betul untuk memburu misi musim ini, namun perlu berwaspada dengan lawan seterusnya iaitu Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang ini dilihat agak konsisten sejak kebelakangan ini dengan berjaya mara ke Suku Akhir Piala FA 2012. Biarpun dilanda krisis pada suatu ketika, namun pasukan yang kini dibimbing Bojan Hodak ini dilihat telah melupakan segala krisis lampau dan kembali memberi tumpuan kepada misi utama mereka.

Kali terakhir Perak bertemu Kelantan adalah hujung tahun lalu dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan Perak tewas dalam dua siri perlawanan berkenaan. Dalam saingan Liga Super 2011, Perak berjaya membelasah Kelantan 4-0 diawal musim dan tewas di laman lawan 0-1 di hujung musim.

Mengikut rekod 4 pertemuan Liga Super sebelum ini, Perak hanya sekali menang, sekali seri dan kalah dalam dua perlawanan, yang menariknya, Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di Ipoh sejak 2010. Oleh yang demikian, kebarangkalian Perak untuk menang di Ipoh Sabtu nanti dilihat amat tinggi. Kali terakhir Perak tewas di laman sendiri dalam Liga Super adalah pada 10 Feb 2009 dengan jaringan 2-3 yang menyaksikan Perak cuba bangkit setelah ketinggalan dua gol dan berjaya menyamakan kedudukan pada suatu ketika dan gol minit-minit akhir Kelantan melenyapkan bayangan satu mata untuk Perak ketika itu.

Perak pula dilihat kembali mencari rentak dalam Liga Super setelah tewas kepada Lions XII dan T-Team dalam perlawanan lalu. Namun begitu, sedikit kebangkitan dipamerkan di Kelana Jaya tempohari apabila mengikat Pakar Seri iaitu PKNS dengan jaringan 2-2. Jelas menunjukkan, Perak amat memerlukan rombakan terutama dibarisan serangan yang dilihat semakin tumpul. Kelibat Akmal Rizal Rakhli juga dilihat semakin tenggelam di padang walaupun dibantu Mohd Shafiq Jamal dalam saingan Piala FA yang lalu,biarpun pada satu ketika Akmal Rizal dilihat mempamerkan peningkatan ketika menentang Negeri Sembilan yang menyaksikan beliau meledakkan dua gol untuk Perak mengatasi lawan ketika itu dengan 2-1.

Haji Norizan Bakar perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi permasalahan ini dengan melakukan rombakan strategi secara keseluruhannya bagi memastikan barisan serangan lebih menyengat ketika bertemu Kelantan nanti. Kemenangan ke atas Kelantan dilihat mampu meningkatkan moral pasukan dan para penyokong yang mahukan aksi terbaik selepas tewas dalam Piala FA lalu.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syazwan Roslan
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Mohd Failee Ghazali
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Ada satu perkara yang teman kurang setuju,iaitu senarai kesebelasan yang telah dilakukan oleh Cikgu Jan sebelun ini,terutama dibahagian pertahanan.

    Sewajarnya Shazwan Roslan harus diltakkan di bahagian pertahanan kanan bukannya disebelah kiri. Dari dulu lagi kalau letak Shazwan Roslan disebelah pertahanan kiri pasti posisi tersebut amat amatlah longgar.

    Hishamuddin harus diletakkan disebelah kiri,Shazwan disebelah kanan K.nanthakumar dan Khairy atau Shahrom Kalam bergandingan dibahagian pertahanan tengah paasti ianya lebih mantap.

    Manakala penjaga gol Nasril Nordin bolehlah berehat dan diberi latihan yang lebih keras demi memastikan berat badannya turun,kerana ianya akan membantu untuk kembali pantas dan cergas serta mampu memberi tumpuan yang lebih hebat sepanjang perlawanan,oleh itu haruslah diberi ruang kepada penjaga gol muda beraksi dan memperagakan mutu permainan mereka pula.

    Dibahagian serangan teman mencadangkan agar Failee dan Shafiq Jamal digandingkan semula,kerana ketika saingan piala malaysia musim 2011,gandingan inilah yang membuatkan dibahagian serangan kembali garang dan berjaya menjaringkan banyak gol walaupun akhirnya tewas diperingkat suku akhir di kaki pasukan Selangor.

    Jadikan Akmal Rizal sebagai pemain gantian sepertimana yang telah diuji dan dilakukan oleh M.Karathu dan Sathianathan ketika mereka bertiga didalam Skuad The Red Warriors.Percaturan meletakkan Akmal Rizal sebagai pemain gantian lebih menyerlah,dan mampu membuatkan Akmal lebih garang dan berbisa.

    Ditengah tiada masalah,cuma dibahagian sayap haruslah diberi ruang dan tenaga baru diseparuh masa pertama,dimana meletakkan Isma Aliff atau Khalis Ibrahim dibahagian sayap kiri,dan Fahrul Razi boleh beraksi di separuh masa kedua atau sebaliknya. ini bagi memastikan dibahagian serangan kiri kanan dan atas sentiasa cergas dan cerdas.

    Yang lebih berkesan sekiranya Cikgu Jan menggunakan taktikal hantaran hantaran pendek,kerana jelas kelihatan hampir kesemua pemain skuad Perak tak tau menghantar hantaran tepat kepada rakan,apabila melakukan hantaran hantaran jauh.maka pasukan Perak perlukan corak permainan yang berbeza.perlu memperlahankan rentak permainan agar pasukan Kelantan terikut ikut dengan rentak pasukan Perak.

    Contoh pasukan Barca dan Man United,Man United memiliki corak permainan pantas,dan Barca memiliki corak permainan Perlahan. Barca mengawal permainan dengan melakukan hantaran pendek dan memperlahankan rentak permainan maka Skuad Man united terikut ikut rentak skuad Barca.maka keputusannya Barca berjaya menewaskan Man united.

    Sekiranya Cikgu Jan memperaktikkan corak begini ketika menentang pasukan lawan yang lebih pantas bukan mustahil untuk pasukan Perak menang bergaya dan penuh dengan kenikmatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    salamm

    Formation 3-5-1-1

    shahrom kalam-hisyamuddin-syazwan roslan
    nanthakumar-DMF
    fazrul hazli-shahrulnizam-kubala-fahrul razi/isma alif
    nazri kamal/syafik jamal-AMF
    failee ghazali-CF

    formation yg diterapkan oleh kebanyakkan kelab diliga sepanyol..umum sedia maklum akan title sepanyol sebagai juara dunia,juara eropah dan mempunyai rank 1st didunia...kehebatanya tidak terhenti setakat itu,malahan turut dibuktikan lagi oleh Barcelona..begitu juga valencia dan terbaru selain atletico madrid,atletic bilboa yg home-away game menunjukkan kepada man utd bagaimana cara untuk bermain bola sepak yg betul!!!formation ini juga telah diikuti oleh kebanyakkan kelab elit di EPL..begitu juga hampir keseluruhan kelab di Italy dan Borusia dortmund di germany..

    kalo kita takde star,planning biorler ruper takde star...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.