Liga Super 2012 | Kedah Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Jumaat, 30 Mac 2012
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45 Malam

Kedah 3 – 0 Perak

Babak pertama, Perak menyajikan permainan yang menarik dengan hantaran-hantaran pendek yang kerap kali menguji kubu pertahanan Kedah. Perak memiliki sekurang-kurangnya 4 peluang untuk mencipta jaringan menerusi barisan hadapan mereka.

Namun begitu, Kedah yang sekali sekala melakukan serang balas hampir berjaya memecah kebuntuan melalui sepakan percuma diminit ke 37 namun berjaya dinafikan oleh Shahrom Kalam. Perak meneruskan serangan sehinggalah di lewat separuh masa apabila Kedah memperolehi sepakan penjuru dari kiri gol Perak yang berjaya di sudahkan pemain Import dari Ghana iaitu Hamidan Mohamed dengan tolakan menarik menewaskan Khairul Amri Salahuddin.

Babak kedua memperlihatkan dominasi Kedah dengan mengasak sebaik wisel ditiupkan. Perak yang sekali sekala menyerang dilihat agak kaku apabila corak permainan mula berubah kepada hantaran jauh yang kurang berkesan. Hasil asakan bertalu arus , barisan serangan Kedah berjaya memberi tekanan kepada pertahanan Perak apabila Syazwan Roslan yang telah dapat membaca gerakan yang cuba dilakukan namun tindakannya yang kurang bijak menghasilkan gol kedua Kedah pada minit ke 77.

Belum pun redha dengan kekecewaan gol sendiri oleh pertahanan Perak, Hamidan Mohamed menghukum kelekaan Perak dengan gol ketiga Kedah diminit ke 85 melalui rembatan dari jarak 40 meter yang gagal dikeluarkan oleh Khairul Amri Salahuddin.

Secara keseluruhannya, Perak tampil dengan aksi yang bertenaga dengan deretan peluang terhidang gagal disudahkan oleh jentera serangan Perak. Namun begitu, perkara itu hanya bersifat sementara apabila aksi separuh masa kedua amat berbeza sama sekali. Kedah yang berjaya mendapatkan rentak permainan dilihat mendominasi permainan dengan baik. Chong Yee Fat dilihat cuba memperkuatkan jentera serangan, namun ianya tidak berhasil apabila 3 pemain serangan yang dimasukkan gagal berfungsi dengan baik.

Dengan kekalahan ini, Perak terus menerus kempunan untuk mencari kemenangan yang mana kemenangan terakhir Perak dalam Liga Super adalah ketika menentang Sarawak tempohari. Sudah semestinya kekalahan ini meresahkan penyokong-penyokong Perak yang sebelum ini mengharapkan kebangkitan untuk mengekalkan kedudukan dalam carta liga.

Kesebelasan Utama Perak:

Khairul Amri(GK)
Shahrom Kalam
Syazwan Roslan
Nor Hazrul Mustafa
Fahrul Razi (Mohd Failee Ghazali)
K. Nanthakumar
Sharulnizam Mustapa
Michal Kubala
Fazrul Hazli Khadri (Mohd Nazri Kamal)
Lazar Popovic
Akmal Rizal Rakhli (Mohd Rafiuddin)

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Liga Super 2012 | Kedah Vs Perak (result)

  1. saidin

    salam

    Pertama sekalai diucapkan tahniah kepada Khairul Amri yang beraksi agak cemerlang berbanding ketika beliau menjadi penjaga gol pada tahun 2010 dibawah kendalian coach Raja yang melibatkan perlawanan di ipoh menentang skuad negeri sembilan,dan ini adalah perlawanan yang kedua buat beliau.

    Jelas sekali dengan kemasukan Nasri Kamal tidak membawa sebarang makna kepada jentera serangan pasukan Perak yang agak lebih lembik. agak hampa kenapa Isma Alif dan Khalis Ibrahim masih gagal diturunkan.

    Pujian harus diberikan kepada Chong Yik Fatt, kerana corak permainan skuad Perak pada kali ini ada perbezaan,kerana jarang menggunakan hantaran hantaran jarak jauh dan kerap kali melakukan hantaran hantaran pendek, namun begitu bahagian serangan tiada idea untuk melakukan jaringan gol,seolah olah ada sesuatu yang tidak kene.

    Harapan teman agar Khairul Amri diberi peluang lagi,tidak mustahil prestasinya akan lebih hebat berbanding Nasril Nordin dan Kamarul Efendi.

    Kepada Nasril nordin berehatlah dahulu,dan turunkan berat badan anada yang berlebihan itu agar prestasi ada kembali ditahap yang lebih baik.

    Kepada pemain pemain lain banyak banyak ingat Allah kerana cubaan dan dugaan yang diberikannya ada sebab dan hikmahnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Spectator

    asalamualaikum...

    saya bersetuju dengan pandangan saudara saidin mengenai prestasi Khairul Amri dan diharapkan selepas ini beliau dapat beraksi dengan lebih banya lagi,kerana iniah masa untuk pasukan memberi ruang secukupnya kepada tenaga muda seperti beliau, ini demi pembangunan pasukan bolasepak Perak itu sendiri.

    Kekalahan pasukan Perak kali ini,sudah dijangkakan diatas faktor kebangkitan pemain import Kedah Hamidan boleh dikatakan sedang mengamuk diatas padang dan mengenangkan saya terhadap Marlon Alex James bekas import Kedah dan kini import skuad Pertahanan negara(ATM).

    Diharapkan pemain pemain yang bakal diberi peluang lagi selepas ini dapat memperkemaskan corak permainan anda dari segi hantaran dan idea idea untuk memecah kubu lawan,

    TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH.....Khairul Amri kerana anda berjaya meningkatkan prestasi anda walaupun gawang dibolosi sebanyak 3 kali termasuk jaringan sendiri oleh rakan baik anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    salam..
    teman memang puas hati aksi separuh masa pertama perak..memang agak menarik..cuma yang teman kecewa ialah arul gagl berfungsi dengan baik..seharusnya arul direhatkan dan diganti dengan nazri kamal yang boleh main di bahagian tengah berganding dengan kubala..barisan pertahanan dan keepr dah cemerlang..hantaran pendek agak menarik..cuma kenapa akmal dan popo yang diturunkan..kalau le failee dan shafiq jamal yang main mesti dah ada gol semalam..bahagian sayap agak kaku diseparuh masa kedua..isma dan khalis harus diberi peluang untuk beraksi lebih kerap begitu juga rafiuddin yang agak kaku semalam..harap perak beroleh kemenangan game seterusnya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. robslam

    Tahniah sebab kalah bermaruah,dgn barisan yg lebih menyakinkan. Rupanya tugas coach diambil alih yee fatt. Walau kalah tetap ada perubahan dlm corak permainan yg lebih berdaya saing. Takdelah asik nak melambong bola tak tentu hala. Keeper mmg dah baik, tp striker kedah pon tgh top form skang,jadi teman maafkan kekalahan neh. Tapi teman ttp tak puas hati apsal si POPO tu masih main sampai habis? Sejak mamat ni ada dlm team jentera serangan perak dah mcm gampang. Lepas dia berambos karang teman harap barisan yg sedia ada nanti bole buktikan kome lagi best dr mat saleh panjang yg bebal tuh. Jangan pikior mat saleh semua bagus aksinya...ramai jugak yg mcm haram. Shafiq Jamal, Failee, dan Akmal pun dah cukup baik utk jentera serangan Perak tak perlu nak penin2 cari import yg main cam gampang tuh.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Setuju. Failee tu beratus kali ganda lebih baik dari Popot tu. Cuma bagi dia peluang main kerap sikit sebab baru lepas baik dari injured.

      Masalah Perak masa 2nd half je, tapi keseluruhan main ok tak macam sebelum2 ni macam Robslam cakap. Bosan yob asik main bola tinggi. Defend dapat je bola terus carik si Popo tu, target man la konon. Tapi dia gagal melepasi kawalan. Satu dua game boleh la, masuk game seterusnya memang kena marking gila2 la. Kalau dia betui2 teror , senang2 je boleh atasi kawalan lawan. Ini baru kena cuit dengan defend lawan yang kerdil tu ..dah tergolek, macam mana tu?

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. active11

    Permainan berubah..tetapi tempo seperti bermain perlawanan pertunjukan.
    Tunjukkan jalan keluar pada pemain yang gagal memberi sumbangan kepada pasukan!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.