Liga Super 2012 | Kedah vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Jumaat, 30 Mac 2012
Stadium Darulaman, Alor Setar
8.45 malam

Live Astro Arena Channel 801

Perlawanan terakhir buat penyerang import Lazar Popovic 28 tahun sebelum kontraknya tamat pada 1 April 2012,dan perlawanan getir buat sang Seladang diatas kebangkitan skuad Sang Kenari yang masih segar dengan kemenangan keatas skuad T-Team baru baru ini dalam saingan suku akhir Piala FA.

Jelas ,dimana perlawanan pada kali ini di tempat lawan misi buat anak buah Norizan Bakar harus mendapatkan 3 mata penuh demi mengembalikan semangat anak anak buah serta tidak akan ketinggalan jauh mata dengan pendahulu Liga iaitu Kelantan.

Skuad Seladang gagal meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA tewas ditangan pasukan The Red Warriors di Ipoh, gagal mengekalkan kelebihan berada ditangga teratas carta Liga super, gagal mengekalkan mutu persembahan yang berkualiti dan gagal mengekalkan perlawanan tanpa kalah di tempat sendiri.

Perbagai kritikan dan cemuhan diberi terhadap barisan pemain yang sedia ada termasuk taktikal dan taknikal yang dilaksanakan oleh Norizan Bakar kini dikatakan sudah lapuk dan mudah dihidu oleh pihak lawan termasuk penonton yang kosong mengenai bolasepak.

Secara logikalnya,Norizan Bakar harus melaksanakan satu taktikal yang baru dimana corak permainan hantaran hantaran pendek serta memberi ruang kepada pemain pemain muda untuk beraksi dan memberi ruang pemain pemain kesebelasan utama seperti Akmal Rizal Rakhli,Fahrul Razi dan Fazrul Hazli beraksi sebagai pemain gantian,kerana Akmal lebih bertenaga dan berbisa apabila beraksi kurang dari 90 minit.

Ini kerana agar dibarisan serangan skuad Seladang akan sentiasa segar dan menyebabkan barisan pertahanan lawan lumpuh akibat tekanan segar yang diberikan oleh barisan sayap dan penyerang pasukan Seladang sepanjang 90 minit.

Malah Norizan Bakar harus memberi kepercayaan penuh pada kali ini terhadap penjaga gol muda seperti Kamarul Efendi ataupun Khairul Amri dalam masa yang sama merehatkan Nasril Nordin yang mungkin masih dibelenggu kecederaan jiwa setelah dibolosi bola yang agak mudah ketika perlawanan bertemu Kelantan dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Barisan Perak Saranan SDN

Khairul Amri(PG)
Mohd Hisyamudin
Mohd Shahrom Abd Kalam
Shazwan Roslan
NorHazrul Mustaffa
Isma Aliff
Michal Kubala
Shahrulnizam Mustapa(K)
Khalis Ibrahim
Mohd Failee Ghazalie
Shafiq Jamal

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Liga Super 2012 | Kedah vs Perak (Preview)

  1. robslam

    Elok la berambos POPO tuh cepat, lagi lama dalam pasukan bukan bole buatpe pun. Untuk coach cikgu Jan pulak.... bawak2 le tuko taktikal lain, jangan sampai orang menyampah plak. Dah 2 tahun bawak team pun tah haper2, player banyak yang bagus tapi kalu coach tak reti nak gunakan tak guna wehhh... penengok teman Perak kalau tak seri game ni harus kalah besor sebab Kedah tengah form skrang. Menang??? jgn mimpi ler wei..jauh panggang dari api.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Raul hashim

      Sabor yrobslam..kita ade peluang nak menag cuma kena pelbagaikan varisi menyerang..gunakan sayap untuk memporak perandakan pertahanan lawan..seharusnya failee harus diberi ruang untuk membuatkan lawan lemah disamping shafiq atau akamal boleh menggunakan ruang yang tidak di kawal..barisan sdn memang tepat cuma kalau boleh letakkan rafiuddin..yang lain dah ok..cikgu jan harus bertanggungjawab kalu malam ni perak kalah..kami semua akan mendesak pafa untuk menyingkirkan jan lambung..muktamad..ramalan..perak 2 kedah 0..failee n kubala.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Teman setuju seratus peratus dengan barisan cadangan SDN serta corak taktikal dan taknikal cadangan SDN.

    dimana kita semua dapat lihat bukan sahaja sepanjang 2 tahun cikgu jan bersama Perak malah sepanjang beliau menjadi coach didalam liga tempatan,tiada apa apa perubahan yang pernah dilakukan.

    Kepada pengurusan yang buta huruf atau buta tuli,jangan sembang kencanglah,kalau korang sendiri yang tak reti bahasa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Masanya sudah tiba untuk Haji Norizan mencuba resipi baru. Jika Tidak, Perak akan kempunan di Alor Setar tatkala Kedah sudah mula menemui kembali rentak permainan dan keserasian yang hilang selama ini.

    Kemenangan di Alor Setar amat penting bagi menjamin kedudukan Perak dalam carta Liga. Adalah sesuatu yang mendukacitakan dikala pasukan-pasukan lain mempamerkan peningkatan sedangkan Perak meniti penurunan yang sedikit sebanyak merencatkan moral pemain dan penyokong.

    Teman cuma inginkan perubahan oleh Haji Norizan malam nanti. Bukan sahaja pemain yang dibariskan, malah corak permainan juga perlu diubah. Tidak perlulah membiarkan kita dilanyak di separuh masa dan menharapkan kebangkitan di babak kedua. Apa salahnya mencuba untuk MENANG di kedua-dua babak untuk memudahkan kerja pemain-pemain hingga ke akhir permainan.

    Terus terang teman katakan, Perak akan tempuh sesuatu yang sukar di Alor Setar nanti JIKA, tidak mengekang barisan tengah dan serangan Kedah sejak awal permainan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.