Monthly Archives: March 2012

Liga Super 2012 | Kedah Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Jumaat, 30 Mac 2012
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45 Malam

Kedah 3 – 0 Perak

Babak pertama, Perak menyajikan permainan yang menarik dengan hantaran-hantaran pendek yang kerap kali menguji kubu pertahanan Kedah. Perak memiliki sekurang-kurangnya 4 peluang untuk mencipta jaringan menerusi barisan hadapan mereka.

Namun begitu, Kedah yang sekali sekala melakukan serang balas hampir berjaya memecah kebuntuan melalui sepakan percuma diminit ke 37 namun berjaya dinafikan oleh Shahrom Kalam. Perak meneruskan serangan sehinggalah di lewat separuh masa apabila Kedah memperolehi sepakan penjuru dari kiri gol Perak yang berjaya di sudahkan pemain Import dari Ghana iaitu Hamidan Mohamed dengan tolakan menarik menewaskan Khairul Amri Salahuddin.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Kedah vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Jumaat, 30 Mac 2012
Stadium Darulaman, Alor Setar
8.45 malam

Live Astro Arena Channel 801

Perlawanan terakhir buat penyerang import Lazar Popovic 28 tahun sebelum kontraknya tamat pada 1 April 2012,dan perlawanan getir buat sang Seladang diatas kebangkitan skuad Sang Kenari yang masih segar dengan kemenangan keatas skuad T-Team baru baru ini dalam saingan suku akhir Piala FA.

Jelas ,dimana perlawanan pada kali ini di tempat lawan misi buat anak buah Norizan Bakar harus mendapatkan 3 mata penuh demi mengembalikan semangat anak anak buah serta tidak akan ketinggalan jauh mata dengan pendahulu Liga iaitu Kelantan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 17 Mac 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 2 Kelantan

Pertamanya pihak Admin memohon maaf atas kelewatan artikel ini atas sebab kemanusiaan. Harap Maklum.

Perak pada mula dikhabarkan bakal turun menentang Kelantan dengan azam mengekalkan rekod menang di tempat sendiri seperti tahun sebelumnya. Namun segalanya gagal dijelmakan dengan aksi yang baik tetapi gagal menjelmakan jaringan hingga ke tamat permainan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2012 | Perak Vs Kelantan (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 17 Mac 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Setelah Perak ditunjukkan jalan keluar dari saingan Piala FA 2012 oleh Terengganu Sabtu lalu, tumpuan kini terarah kembali ke saingan Liga Super 2012.

Secara rasionalnya, Perak masih berada di landasan yang betul untuk memburu misi musim ini, namun perlu berwaspada dengan lawan seterusnya iaitu Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang ini dilihat agak konsisten sejak kebelakangan ini dengan berjaya mara ke Suku Akhir Piala FA 2012. Biarpun dilanda krisis pada suatu ketika, namun pasukan yang kini dibimbing Bojan Hodak ini dilihat telah melupakan segala krisis lampau dan kembali memberi tumpuan kepada misi utama mereka.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)