Piala F.A 2012 | Perak Vs ATM (result)

icon_pialafa2011.png

Jumaat, 17 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 ATM

Perak telah berjaya meranapkan kecemerlangan pendahulu Liga Premier 2012 iaitu Angkatan Tentera Malaysia di Ipoh dengan kemenangan tipis 1-0.

Ternyata, Perak berada di kelasnya yang tersendiri dan membuktikan bahawa tahap mereka adalah lebih tinggi berbanding ATM yang bermain di Liga Premier.

Perak sejak sepak mula lagi dilihat mengeempur kubu ATM yang diterajui Aidil Zafuan dan berjaya mendapatkan sepakan percuma dari jarak 25 meter betul-betul di kotak D ATM. Tatkala perhatian diberikan kepada Sharulnizam Mustapa dan Akmal Rizal yang bersedia di belakang bola untuk mengambil sepakan, tiba-tiba dengan hanya satu langkah Michal Kubala meledakkan sepakan cantik sebelah kanan gol ATM dan menewaskan Farizal Harun yang terkaku di tengah pintu gol.

Dalam keghairahan memburu gol penyamaan, ATM membuat pertukaran drastik dengan mengeluarkan pertahanan dan memasukkan pemain licik mereka Venice Elphi. Namun segala gagal mencetuskan impak yang berbeza dari sebelumnya sebaliknya, Hairuddin Omar pula terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring ketika perlawanan hampir ke penghujung babak pertama dan digantikan dengan Christie Jayaseelan.

Dibabak kedua, ATM dilihat cuba mengasak kubu Perak namun Mohd Hisyamuddin yang dimasukkan untuk Badrul Azam dilihat tepat pada masanya dikala barisan serangan ATM memiliki kelebihan dari segi kepantasan. Tindakan Haji Norizan Bakar ini dilihat amat bijak kerana beliau cuba mengimbangi barisan pertahanan Perak dan barisan serangan ATM. Ternyata, ia berhasil dengan Mohd Hisyamuddin dilihat berjaya mengekang gerakan-gerakan untuk memecah kubu pertahanan Perak.

ATM ibarat ditimpa malang lagi, setelah Hairuddin Omar dikeluarkan, Aidil Zafuan pula menerima nasib sama akibat kecederaan setelah berlaga dengan rakan sepasukan K Reuben kerana salah faham. Seperti perlawanan sebelumnya, gol awal adalah rahmat buat Perak kerana sudah dijangkakan, Perak akan cuba mempertahankan gol sambil membuat serang balas jika berpeluang berbuat demikian.

Akmal Rizal dan Shafiq Jamal juga terpaksa dikeluarkan oleh Haji Norizan Bakar kerana kecederaan, Nazri Kamal dan Lazar Popovic dimasukkan untuk memberi nafas baru buat jentera serangan Perak. Lazar Popovic nampak sedikit meningkat corak permainannya dengan memiliki sekurang-kurangnya dua peluang untuk meledakkan gol namun nasib tidak menyebelahinya.

Biar apa pun yang terjadi Perak tetap menang. Siapa lawan Perak di pusingan seterusnya itu tidak penting. Hal itu diserahkan sepenuhnya kepada Haji Norizan Bakar dan barisan pemainnya. Lihat saja apa yang beliau caturkan pada malam tadi, amat membanggakan. Sekali gus membuktikan Perak adalah dikalangan pasukan yang terbaik ketika ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Piala F.A 2012 | Perak Vs ATM (result)

  1. Jasbisa

    salam semua, teman masih tak convince dgn barisan serangan perak. selagi popovic tak score, selagi itulah perak terpaksa menang dgn penuh tekanan. Tatkala barisan serangan tumpul, kesian pula tengok pertahanan dan benteng terakhir bertungkus lumus menahan asakan demi asakan. Kalau lah striker tidak mensiakan peluang terhidang sudah tentulah defend boleh bernafas sikit. apapun alhamdulillah kita menang tapi barang diingat, kemenangan malam tadi tidak boleh dibanggakan sangat. Pengurusan masih perlu memikirkan siapakah striker perak yang patut diturunkan di masa akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam. Perak main mmg tak hebat mana pun sebenarnya, tapi pekonsisten dari mula sampai habis.

      Then, perak adalah pasukan yang boleh 'hold' result sampai wisel penamat. Jadinya, syarat untuk menang kena cari gol awal atau late goal. Kalau kena dulu mmg susah nak balas. Betul tak?

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Apa yang teman nampak kelemahan paa kali ini seperti anda semua...iaitu dibahagian serangan.

    18 pemain yang berada dibangku simpanan dan didalam padang menampakkan kelemahan pengurusan dan jurulatih gagal membawa atau membariskan pemain dibahagian serangan dengan lebih ramai,Sepatutnya Khalis Ibrahim dan isma Aliff harus berada dalam senarai 18 pemain,kenapa teman berkata begini:

    1. Apabila pemain dibahagian penyerang ada masalah seperti Akmal Rizal dan Syafiq Jamal mengalami masalah kecederaan Fahrul Razi bolh diletakkan dibahagian penyerang manakala Khalis atau Isma boleh diletakkan bahagian serangan. Manakala Popovic boleh diletakan dibahagian banckup Striker.

    2. Pada malam tersebut jelas kelihatan sikap Popovic berubah kerana suka bermain tamak,pada hakikatnya bliau memang tak boleh beraksi dengan teus berlari melulu dan membuat larian solo.kerana popovic hanya bijak dalam hantaran hantaran tepat.

    3. Nazri kamal diletakkan dibahagian serangan sememangnya gagal kerana beliau kali terakhir menjadi striker ketika beraksi dalam saingan Piala Presiden,selepas itu beliau hanya beraksi dibahagian sayap dan tengah sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      maaf teman ada tersilap ayat....Khalis Ibrahim dan Isma Alif yang teman tulis diletakkan dibahagian serangan sepatutnya ayat tman diletakkan di bahagian sayap....

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

    Game biasa-biasa ajer..Takde yang special untuk diulas.Cuma nak puji dengan kemasukkan Hisyamuddin tujer.

    Mikir kalo begitu rupa game yang disajikan malam jumaat lepas samada boleh pergi dengan lebih jauh or tak.

    Harap akan ada corak permainan yang lebih menarik dapat dipamerkan oleh PERAK.

    p/s:Tukarla Popo & Kubala tue..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    game lepas ni lwn terengganu disarankan kesebelasan utama:

    Nasril nordin
    Syazwan roslan-nantha-hisyamuddin-shahrul kalam
    fazrul hazli-arul-kubala-rafiudin
    fahrul razi-isma alif

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      maaf la kalau teman sampuk nie buat mike marah.....
      bagi teman Isma Aif tak sesuai letak dibahagian penyerang krana beliau lebih baik bertindak di sayap kiri atau sayap kanan.

      bagi teman eloklah kalau seandainya Akmal Rizal atau Failee sudah pulih boleh diletakkan dibahagian penyerang.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Raul hashim

        Thank saidin..tapi ini teman andaikan jika akmal, failee dan shafiq jamal injured..kalau isma main sayap kita letak fazrul hazli main striker..tu pandangan teman jer..ok x yop saidin?

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.