Piala F.A 2012 – Perak Vs ATM (Preview)

icon_pialafa2011.png

Jumaat, 17 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Liga Super 2012 berehat seketika untuk memberi laluan untuk satu lagi saingan yang berprestij di negara kita iaitu Piala F.A 2012. Saingan ini bukanlah asing bagi Perak, kerana sudah 5 kali Perak melangkah ke perlawanan akhir sejak ia diperkenalkan pada tahun 1990. Perak juga melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan Pertama memenangi Piala F.A di Malaysia.

Kali terakhir Perak melangkah ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2005 dan terpaksa akur dengan kehebatan Selangor dengan jaringan 4-2. Musim lalu Perak hanya layak ke Suku Akhir apabila dikecewakan Terengganu dengan agregat 5-4, biarpun Perak menang 3-2 di Ipoh dalam aksi pertama, namun segalanya musnah apabila kecundang di Kuala Terengganu dengan jaringan 3-1.

Tahun 2012, menyajikan cabaran yang agak getir berbanding tahun lalu. Perak telah diundi bertemu pasukan yang kini menerajui Liga Premier 2012 iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM yang tampil dengan majoritinya muka-muka baru yang terdiri daripada pemain ‘import tempatan dan luar negara’, dilihat begitu rakus meratah pasukan di Liga Premier dilihat mampu memberi cabaran yang getir buat anak-anak buah Haji Norizan Bakar.

Analisis rekod pertemuan sebelum ini, ATM belum pernah mengutip 3 mata dalam 4 pertemuan sejak tahun 2008. Kesemua pertemuan adalah dalam saingan Piala Malaysia iaitu musim 2007/2008 dan musim 2010. Kali terakhir pertemuan Perak dan ATM adalah pada 03 Oktober 2010 dengan Perak berjaya menumpaskan ATM dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Namun begitu, musim ini, dilihat rekod lampau bukanlah ukuran lagi kerana ATM tampil dengan aksi yang amat memberansangkan dan Perak perlu meneliti percaturan sebaiknya sebelum pertemuan ini Jumaat nanti. Pasukan ATM dilihat sebagai sebuah pasukan yang sempurna di semua posisi. Dipertahanan mereka memiliki Aidil Zafuan Abdul Razak yang mengemudi benteng pertahanan sambil dibantu Azmi Muslim yang dilihat cukup ampuh pertahanan terakhir mereka Farizal Harun Penjaga Gol yang setakat ini hanya 5 gol daripada 7 perlawanan.

Di Bahagian tengah, diketuai oleh Bruno Martelotto iaitu bekas pemain MPPJ suatu ketika dahulu sambil dibantu Irwan Fadli Idrus dan Rizal Zamri/ K Reuben untuk mengemudi jentera tengah mereka serta mencipta peluang untuk barisan serangan menjaringkan gol. Setelah 7 perlawanan Liga yang dilalui mereka, B Santhianathan dilihat gemar menggunakan penyerang 3 serangkai iaitu di sayap kiri/kanan dan tengah. Barisan serangan dijangka bakal isi oleh Marlon Alex James, Zaquan Adha dan Hairuddin Omar. Pilihan lain yang ada selain ketiga-ketiga pemain ini, adalah Christie Jayaseelan, Fitri Omar dan Venice Elphi. Perkara yang sering diperbincangkan tentang pasukan ATM kini adalah ketajaman barisan serangannya. Hairuddin Omar setakat ini telah meledakkan dua kali hatrik dalam dua perlawanan manakala Marlon Alex James pula akan menjaringkan gol setiap kali beliau diturunkan.

Ini sekali gus, memberi bayangan bahawa ATM memiliki kekuatan yang seimbang di bahagian tengah dan barisan serangan. Bahagian tengah mereka dilihat berfungsi agak baik yang diketuai oleh Bruno yang sering mencipta hantaran-hantaran yang sukar diramal lawan ke barisan serangan. Selain itu, kemampuan Bruno dalam mengambil sepakan percuma di kawasan merbahaya juga perlu diberikan perhatian. Ini kerana, beliau kerap menghasilkan jaringan daripada sepakan percuma di jarak 25-35 meter dari gawang lawan.

Perak, setakat ini mengumpulkan 15 mata hasil daripada 7 perlawanan perlu berkerja keras dalam perlawanan ini. Kekuatan Perak juga dilihat seimbang. Apa yang perlu dilakukan adalah bermain dengan baik di semua posisi dan memberi fokus 100% sepanjang permainan. Selain itu, Perak juga perlu cepat mendapatkan renta permainan di samping tidak memberi ruang kepada barisan tengah ATM mengawal permainan.

Dengan kekuatan yang ada, Perak dilihat mampu mengekang ATM meneruskan kecemerlangan mereka seperti yang dilakukan terhadap pasukan Negeri Sembilan tempohari. Tiada yang mustahil, segalanya terletak pada Jurulatih dan pemain. Demi maruah Negeri Perak, Haji Norizan Bakar pasti akan melakukannya yang terbaik dan inilah harapan penyokong-penyokong Perak yang tidak mahu lagi kecundang di laman sendiri.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syazwan Roslan
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi
Mohd Isma Alif Salim
Lazar Popovic
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Piala F.A 2012 – Perak Vs ATM (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Percayalah Perak akan tewas disebabkan kaki kaki rasuah yang berada didalam pasukan Perak.

    Kalau tak percaya kata aku suka menfitnah,boleh suruh semua pemain yang ada melaksanakan sumpah laknat dihadapan orang ramai disaksikan orang yang berwajib. akan pasti ada beberapa yang tak terbuat.

    aku sudah tidak percayakan pengurusan,jurulatih dan pemain pemain perak.....yang sydah lagi tidak relevan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    khairul amri
    shahrom kalam-hisyamudin-nantha-syazwan roslan isma alif-shahrul nizam-rafiudin
    syafiq jamal-akmal-fazrul hazli.

    Taktikal hantaran rendah..pasti berjaya

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    first eleven perlu dirombak. paling ketara ialah striker. rehatkan popo dan arul. insyaallah berjaya. komen kita ni didengar oleh cikgu jan dan pihak pengurusan ke.. kalau tak sia2 je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Assalamualaikum..

    Jika dibaca statement moderator kat atas nun pada awalnya nampak cam 50-50.Bila masuk tang tengah tu pulak dah rasa macam 40-60.Takut juga nak baca sampai habis.Kang jadi 10-90 pulak.

    Tidak dinafikan apa yang diperkatakan oleh penulis diatas ada benarnya dan memang itulahpun realitinya.+ve nya teman rasa dari senarai nama diatas tu,man to man marking 50-50 jer.Takdelah special dan hebat manapun deme.

    Sekarangni,samada taktikal cekgu Jan or B.Sathianathan yang menjadi dan dilaksanakan dengan baik oleh player.Tujer..

    Faktor anasir luar tu walaupun agak berat untuk diterima bulat-bulat,namun bukan juga mustahil untuk berlaku dalam pasukan.Tapi ngenangkan ramai yang dah bercukur game tempoh hari,mungkin rata2 dahpun insaf dan bertaubat apetah lagi dengan berita penangkapan dan tindakan disiplin yang dikenakan pada mereka yang terlibat nun.

    Walau apapun,teman optimis mengharapkan semua player import digugurkan dan memadailah dengan tenaga tempatan yang digunapakai.Malu giler wehh dengan singapore tue!!!

    Manakala head coachesnya pula,kita terpaksa tamatkan kontraknya dan carilah seorang jurulatih import yang benar2 berkuality.namun sebelum cekgu Jan keluar,izinkan hamba mengucapkan terima kasih kerana membantu Perak untuk terus stay berada di Super league.Thanks..

    regards..

    Chuck Moody

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam.. Ada yang tak kena ke dengan preview teman chuck? Bukan ape, cuma nak bagi gambaran terkini ATM. Rakus benor teman nengok deme-deme ni sekarang ni.

      Betui cakap mike Chuck, percaturan Coach main peranan kat sini, andai kata la Cikgu Jan baca entri ni, dapat la sedikit idea macam mana nak atur budak-budak dia.

      Tapi yang pasti kalau Perak ditakuk lama, masih turunkan 1st eleven yang sama, Insya Allah kempunan kita nak tengok Perak mara ke pusingan berikutnya. Malu yob.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    W'salam Syidi..

    Takde apa yang tak kenanya.Betul ler tu.Cumanya takut teman nak baca sampai habis sebab takut confident level teman yang kurang pulak nanti.

    +ve thnking Sime Darby boleh sesah ATM takkan yop2 takboleh pulak??Bukan ke game pemanas badan dulu kita dah makan Sime Darby.So bukak kitab percaturan dengan Sime Darby tempoh hari kembali dan comparekan dengan cara yang deme praktikkan bila ngalahkan ATM tu.

    Kalo payah dan maleh sangat nak buat,tindih,tekap or guna jer tracing paper nun.Tengok apa bezanya.Takkan nak kena ajor cara guna T-square and frenchCurve pulak kott??

    Sekian.Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betui cakap mike chuck. Bukan saje menang dengan Sime darby je. Kite pernah menang friendly dengan ATM 4-2 kat MPSJ Disember hari tu.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.