Perak FA | Kekal Atau Singkir Import?

Kenyataan Dalam Sebuah Akhbar Tempatan hari ini menyatakan mengenai nasib Popovic (Serbia) dan Kubala (Slovakia) akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan bakal dilakukan sebelum tarikh tutup Pendaftaran Import yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Mesyuarat itu akan dipengerusi sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Dato Zainol Padzi). Mesyuarat Jawatankuasa bakal diadakan di atas rentetan dan keresahan penyokong penyokong setia skuad kejor yob kejor mengenai prestasi Popovic.

Beliau juga adalah bekas pemain remaja Serbia suatu ketika dahulu, masih gagal memberi sebarang impak yang berkesan dibahagian serangan pasukan dan gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang 5 perlawanan saingan Liga super 2012.

Prestasi Popovic bukan sahaja hangat diperkatakan di stadium, malah hangat disebarkan di laman blog dan laman laman Sosial yang lain. Persoalannya, adakah ketika sesi pemilihan diadakan oleh PAFA sebelum ini Popovic memberi persembahan yang berkualiti berbanding beberapa pemain import yang hadir untuk mencuba nasib di Perak?.

Adakah Pihak Berwajib yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sesi pemilihan pemain import telah mengenal pasti latar belakang setiap individu yang hadir?. Rata-rata penyokong setia lebih gemar dan senang menyaksikan aksi Kubala yang berganding baik dengan Shahrulnizam.

Setakat ini daripada 6 gol yang diperoleh oleh pasukan Perak, 2 daripadanya adalah jaringan Kubala iaitu ketika menentang skuad Negeri Sembilan di Ipoh dan ketika menentang skuad Felda United di Stadium Hang Jebat Melaka. Malah kedua-dua gol yang dijaringkan oleh Kubala sungguh klasik.

Persoalannya hari ini adakah kedua duanya bakal digugurkan, dikekalkan atau salah seorang daripada mereka akan disingkirkan?. Kita nantikan komen dari rakan-rakan di seladang.net untuk memberikan pandangan mereka.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Perak FA | Kekal Atau Singkir Import?

  1. saidin

    salam....

    bagi teman Perak perlukan perubahan.dimana Popovic harus disingkirkan dan digantikan dengan pemain yang lebih berkualiti,mungkin dapatkan pemain import yang lebih berwibawa atau serapkan pemain muda yang berpotensi demi masa depan pasukan lebih garang dimasa akan datang.

    jadikan pengajaran perkara yang lepas,dan jadikan panduan dimasa hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikm dan Salam Sejahtera..

    Tuan,

    1 Topik yang dah lama benor teman ingin admin SDN paparkan dan alhamdulillah akhirnya,berjaya juga isu ini dikupas dan dibincangkan bersama2 dalam SDN ini.

    Seperti yang tuan sedia maklum,dalam setiap komen waima sebelum FAM terpikir nak adakan balik importni,teman dengan nada keras/tegas agak kurang bersetuju.

    Biarpun kita tak mampu untuk mengahalang FAM sebagai penganjur perlawan/liga melaksanakan sistem import tersebut,namun PAFA sebagai badan yang diberikan hak untuk memilih mengguanapakai import mahupun tidak seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan memikirkan jauh kehadapan berkenaan dengan mutu pembangunan bola sepak di perak dan bukanya hanya memikirkan untuk 1-2 season no sahaja.

    Seperti komen2 teman yang lepas juga ada teman tekankan beza khidmat import dan budak tempatan ni.

    1. Perak untuk anak jati Perak!!(1Malaysia pun kira boleh lagi)

    2. Save cost/bajet tersebut boleh diguna-pakai untuk pembangunan modal insan dan pembangunan bola sepak di Perak(Lihat sahajalah kemunculan kelab2 dari selangor,Terengganu,Johor,N.Sembilan dan sebagainya)tak terpikir dan malu ke kita??berapa jauh dah kita ketinggalan???

    3. Diharapkan pimpinan tertinggi PAFA adalah person yang sama hebat/lebih dari MB Terengganu.Pior/hardcore/exotic and die hard football fan.

    4.Tidak dinafikan pengalaman dan knowledge yang luas banyak terdapat pada coaches2 luar ni,so higher deme untuk develop team dan guna-kerah habis segala ilmu yang dia ada(jika perlu).

    5.Selain latihan intensif dipadang dan penerapan teknikal study,para player dan pengurusan PAFA seharusnya memperbanyakkan lagi kursus/seminar yang lebih menjurus kepada team building dan jatidiri agar kesemua player yang berada didalam team Perak benar2 ihklas untuk berjuang demi kelab/negeri mahupun Negara selain daripada dapat menghindari gejala2 yang tidak bermoral seperti rasuah mengatur perlawanan yang mana ini semua mampu menjahanamkan segala yang dirancang.

    Banyak lagi idea teman ni,kalo dah dibagi semua,baik kome yang ade nun letak jawatan.lu pikir la sendiri(nabil)..

    Sekian.wassalam..

    Chuck

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    kubala wajar dikekalkan. Beliau byk membantu jentera tengah serta mampu hasilkan gol. Popovic wajar disingkirkan. Tidak byk membantu serangan dan tidak berfungsi sbg striker. Diharapkan pengurusan carilah striker sejati. Teman dah syorkan byk kali, ambil striker africa. Awang hitam ni robust, skil dan rajin. Cuba tengok di african nation cup. Ramai benor permata di sana..
    Teman setuju dgn saidin dan chuck. Jadikan ini sbg pengajaran dan PAFA perlu bentuk kelab yang bagus dari Perak. teman masih ingat sekitar tahun 80-an dulu. Kelab dari Perak memang hebat masa tu spt. KIA, Taiping FC, PKNP, DBI dan banyak lagi. P Ravindran, Nidzam Azha semua lahir dari kelab yang teman nyatakan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscout

    Aku sebenar meluat tengok pemain berjersey 9 tu, malas nak sebut siapa. Dah la lembab, lambat, lembik, lemau, rasa nak lempang je, laju lagi lembu di sawah tu. Aku pun tak faham bagaimana PAFA boleh ambil pemain sebegini? kita pun tau pulak perangai jurulatih Perak kini yang sememangnya gemar menggunakan pemain yang sama setiap kali perlawanan, maka dengan itu penyerang lain boleh balik tidur kerana harapan untuk menggantikan pemain taraf dewa ini amat tipis, sedangkan pemain berjersey 14 yang tengah form pula dikeluarkan. Hairan- hairan, kenapa ini boleh terjadi? jika tiada perubahan maka Perak akan menempah laluan sukar dalam Liga Super apatah lagi Piala F.A.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.