Liga Super 2012 | T-Team vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 11 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
8.45 Malam

Ini merupakan perlawanan pertama yang diharungi skuad Seladang sebagai pendahulu baharu Liga Super 2012. Sudah tentu peluang sebegini jarang-jarang dapat dinikmati oleh Perak dan semestinya kedudukan ini akan cuba dikekalkan bagi memastikan Perak berjaya menamatkan kemarau kejuaraan. Walaupun perjalanan Liga Super 2012 masih panjang, namun Perak kini wajar ditempatkan sebagai di antara pencabar utama, andai kata mampu mengekalkan momentum dan mempertajamkan sentuhan serangan.

Bertemu T-Team di gelanggang lawan bukan satu persaingan mudah, walaupun rekod Liga Super 2011 menunjukkan Perak mempunyai kelebihan namun, T-Team pada tahun ini dilihat lebih menyerlah dan mempamerkan corak persembahan yang mampu memerangkap lawan. Untuk rekod Liga Super 2011, Perak terikat tanpa jaringan dengan T-Team di gelanggang lawan dan menang 2-0 dalam perlawanan di Ipoh.

Perlawanan ini juga menarik kerana Perak semestinya memerlukan kemenangan mutlak andai mahu terus menerajui Liga, ini kerana satu lagi perlawanan menemukan seteru setempat yang juga pengekor rapat kedudukan Perak, Kelantan dan Terengganu. Keputusan seri belum selamat untuk Perak terus berada di puncak.

Untuk memastikan tiga mata berjaya digenggam, Perak memerlukan sentuhan serangan yang lebih bermanfaat dan bahagian pertahanan perlu mengelak daripada memberikan sebarang situasi set-piece kepada T-Team kerana ‘ayam tambatan’ mereka, Zairo Anuar Zailani sentiasa hadir dengan ancaman gol andai diberikan ruang mencukupi. Untuk rekod, Zairo kini merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2012 dengan enam gol.

.Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Noor Hazrul Mustafa
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Lazar Popovic
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Liga Super 2012 | T-Team vs Perak (Preview)

  1. syidi

    Salam.

    Janganlah kita terlalu gusar dengan keupayaan semasa pasukan ini. Teman jangkakan, sekurang-kurangnya, keputusan seri malam ini.

    Bukan apa, jika dilihat rekod semasa atau prestasi semasa T-Team tidak lah setara mana:

    3 Perlawanan Terakhir T-Team:

    21 Jan 2012 | Terengganu (2) V T-Team (1)

    28 Jan 2012 | T-Team (1) V Selangor (2)

    08 Feb 2012 | N.sembilan(2) V T-Team (1)

    Jika dilihat semua keputusan 6 perlawanan T-Team hanya sekali menang di tempat sendiri menentang Kedah diawal musim 2012 dengan jaringan 3-0.

    Selepas itu seri dengan Sabah 17 Jan 2012 dilaman sendiri jugak 0-0.

    Jangan kata rekod lepas jangan ambil kira. Daripada rekod ni, kita dapat jangka apa persembahan mereka malam ni. Mereka berupaya mendahului lawan mungkin dalam separuh masa pertama, tapi gagal mengekalkan keputusan.

    Ianya bertentangan dengan gaya permainan Perak yang akan mempertahankan keputusan sekiranya Perak mendahului.

    Teman amat berharap, momentum kemenangan di tempat lawan diteruskan. Kalau menang pun malam ni tipis. Tapi kalau Akmal Rizal menjadi malam ni, lebih daripada satu beza jaringan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      salam mintak maaf teman mencelah.....

      Mengikut pengalaman kaki kaki judi.....dilihat keputusan macam nie,sudah tentu ramai yang akan melabelkan bahawa pasukan Perak dengan mudah menewaskan pasukan T-TEAM. dalam masa yang sama kalau terlalu ramai mempertaruhkan untuk pasukan Perak menang ada harapan pasukan Perak sekadar seri ataupun tewas.

      oleh itu jurulatih memainkan peranan paling besar dengan mengubah beberapa individu untuk direhatkan dan menggunakan tenaga baru dibahagian pertahanan dan penjaga gol.bukan nak kata pasukan perak terlibat dengan perkara hina ini,tapi berwaspada dan sediakan motorsikal sebelun jalan sesak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    Salam...

    Teman ada beberapa perkara yang agak kurang setuju antaranya,inilah masa untuk memberi peluang kepada beberapa pemain simpanan beraksi.

    Mungkin semua tidak setuju dengan pendapat teman ini,tapi bagi teman inilah masanya mereka mereka yang tidak berpeluang beraksi untuk mempamerkan mutu permainan mereka dan meneruskan rentak kemenangan pasukan serta mencabar kewibawaan pemain kesebelasan utama. bukan itu sahaja malah bagi merehatkan tenaga pemain pemain utama.

    Barisan harapan teman

    Khairul Amri (PG)
    K.NANTHAKUMAR CB
    Shahrom abdul kalam CB
    Hishamuddin LB
    Syazwan Roslan RB
    Khalis Ibrahim RM
    Isma Aliff LM
    Michal Kubala CAM
    Shahrulnizam CDM
    Fahrul Razi Kamaruddin ST
    Lazar Popovic Backup ST

    Manakal pemain gantian yang boleh dibawa masuk untuk meneruskan renta kesegaran permainan Akmal RIzal megantikan Popovic, Mohd Rafiuddin Roddin boleh megantikan Isma aliff.Bukan teman nak tunjuk pandai sekurang kurangnya ada sedikit perubahan dalam corak permainan. kepada yang tak setuju teman mintak maaf la yer sebab ini yang teman angan angankan ketika tengah berangan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Teman kurang setuju di barisan hadapan. Fakhrul razi kena letak di flanker yob dan Fazrul Hazli. Mereka berdua tak ada tak hidup sayap Perak.

      Sebab Kubala sentiasa akan channelkan bola ke sayap kiri atau kanan. Kalau tak pun cari Akmal Rizal. Popovic sebagai Target man je. Kena faham apa itu Target Man. Target Man ni bukan nak buat gol, tapi sebagai daya tarikan untuk pertahanan lawan.

      Yang nak buat gol ada 4 org yang berpotensi, dalam keadaan sekarang, Sayap Kiri dan kanan, Akmal Rizal Striker, dengan Midfield (Kubala Atau SharulNizam).

      Ini je yang nampak sekarang ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        Betul tapi takkan kita lupa terus terhadap mutu permainan yang ada pada isma aliff dan Khalis ibrahim dimana kedua dua pemain ini mempunyai larian yang pantas mempunyai kewibawaan membantu dibahagian pertahanan dan serangan.

        Malah fahrul razi sebenarnya adalah pemain striker dan beliau juga mempunyai larian yang laju itu semua orang tahu.

        ini bertujuan demi mengekalkan prestasi pemain pemain simpanan agar apabila pemain pemain dalam skuad utama tidak dapat beraksi pemain pemain dari barisan simpanan diturunkan maka prestasi mereka tetap berada ditahap yang memberangsangkan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. Daniyal Post author

    Khabar terbaharu di dalam skuad pada malam ini. Mohd Noor Hazrul Mustafa mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada malam ini. harap maklum.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.