Liga Super 2012 | T-Team Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 11 Februari 2012
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu
8:45 Malam

T-Team 2 – 0 Perak

Perak melepaskan peluang untuk terus menerajui liga apabila tumpas di tangan T-Team di gelanggang lawan sebentar tadi. Keputusan itu menyebabkan Perak kini jatuh satu tangga berada di kedudukan kedua, mengumpul 15 mata, ketinggalan dua mata di belakang Kelantan. Ketumpulan jentera serangan skuad Seladang jelas menjadi mimpi buruk buat pasukan apabila beberapa peluang yang dicipta gagal dimanfaatkan untuk mendapatkan gol.

Dalam perlawanan berkenaan, T-Team membuka tirai jaringan melalui tandukan pemain import baharu mereka yang berasal dari Bosnia Herzegovina, Bojan Petrit, sebelum ‘ayam tambatan’ mereka, Zairo Anuar Zailani menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

Sesuatu perlu dilakukan oleh Norizan Bakar bagi memperkemas barisan serangan Perak yang dilihat seperti hilang punca di dalam mencari gol. Barisan hadapan Perak memerlukan kesegaran di dalam membentuk corak permainan yang mampu memerangkap lawan. Kehilangan Failee Ghazli akibat kecederaan dilihat jelas mengurangkan peluang untuk barisan serangan Perak mendatangkan ancaman kepada pasukan lain.

Barisan kejurulatihan dan pengurusan Perak juga sudah boleh mula menilai secara kritikal prestasi keseluruhan penyerang import, Lazar Popovic yang berterusan gagal menyumbangkan gol lantas menambah kelesuan serangan pasukan Perak. Seluruh penyokong Perak mengharapkan pasukan mampu mengekalkan momentum dan bangkit di dalam perlawanan berikutnya menentang Lions XII di gelanggang sendiri, Selasa ini.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Liga Super 2012 | T-Team Vs Perak (result)

  1. syidi

    Salam.

    Ternyata, Perak mengalami sedikit tekanan dikala berada cuba mempertahankan takta liga. Memang benar dalam komen-komen sebelum ini yang menyatakan belum masanya untuk kita bermegah dengan kedudukan terkini pasukan.

    Kita perlu menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Ini kerana, Perak ketika ini bukanlah sebuah pasukan yang diberi harapan untuk terajui taktha liga, dengan prestasi yang turun naik ditunjukkan menampakkan kekuatan kita tidaklah setara mana pun. Lazimnya jika berpandukan keputusan sebelum ini, kita hanya mengharapkan gol-gol awal dan cuba mempertahankannya untuk menjamin mata.

    Selepas ini, cabaran bertambah berliku dengan bertemu Lions XII di Ipoh. Mereka telah berjaya menemui rentak dengan membenam N.Sembilan 3-1 di Jalan Besar Sabtu lalu.

    Namun, itu bukan alasan untuk Perak menyerah kepada takdir, kerana Perak setakat ini beraksi baik ketika bermain di Ipoh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Teman sudah bilang sebelum ini,mustahil skuad Perak akan menang.

    Ini kerna berikutan kaki kaki judi telah mempetaruhkan skuad Perak akan menang dalam perlawanan kali ini berbanding skuad T-team.

    Namun begitu diharapkan selepas ini Cikgu Jan dapat melakukan sedikit rombakan dan menurunkan beberapa pemain muda seperti Khairul Amri(PG),Khalis Ibrahim(mf/rw), Isma Aliff(Mf/Lw) dan mengubah sedikit dibahagian pertahanan meletakkan Hishamuddin dan Khairy dibahagian pertahanan tengah,Shazwan roslan di pertahanan kanan dan Sahahrom Kalam dibahagian pertahanan Kiri.

    Cuma dibahagian serangan agak membingungkan mungkin boleh kembalikan posisi asal Fahrul razi dibahagian serangan untuk digandingkan dengan Syafiq Jamal ataupun kekalkan Popovic dibahagian ataas sebagai Backup Striker.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.