Liga Super 2012 | Perak Vs Sarawak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Rabu, 08 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Sarawak

3 mata yang amat berharga. Perak telah berjaya membuatkan Sarawak pulang dengan tangan kosong semalam. Sekali lagi kelibat Michal Kubala menjadi igauan ngeri buat pelawat dengan jaringan pembukaan di minit ke 7.

Sarawak yang hadir dengan misi mencari mata berharga dalam menebus kehampaan lalu dilihat gagal mempamerkan aksi memberansangkan. Perak bermula garang dengan 30 minit pertama sudah di depan dengan dua gol. Minit ke 24 muncul Fakhrul Razi yang menyambut hantaran silang Nor Hazrul Mustapa dengan tandukan cantik menewaskan Sani Anuar Kamsani.

Selepas itu, lapan minit kemudian, Sarawak berjaya mendapat sepakan penalti dan mengubah kedudukan 2-1 sekali gus menghidupkan peluang untuk menyamakan kedudukan.

Babak kedua, Perak sepatutnya menambah jaringan namun deretan peluang terhidang gagal disudahkan oleh barisan depan Perak dengan baik.

Dengan kemenangan ini, Perak buat pertama kali menerajui carta liga setelah sekian lama tidak berbuat demikian. Ini dibantu oleh Kelantan dan Terengganu yang berkongsi satu mata dengan lawan masing-masing. Perak harus mengekalkan rentak ini bagi memastikan misi Perak musim ini berjaya dicapai.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Sarawak (result)

  1. saidin

    salam.....

    Bagi aku tak guna lagi simpan si Popovic.
    singkirkan terus,lagipun Pasukan Perak kini masih lagi memiliki pemain tempatan yang berbakat besar.

    Dikhabarkan sekarang ni,ada beberapa import yang menjalani latihan bersama pasukan dan tidak akan didaftarkan sehingga bulan 4 nanti,dimana waktu itu mungkin pengurusan dapat menemui pemain import yang benar benar berkaliber untuk diletakkan kedalam pasukan.

    Tahniah kepada Michal Kubala dan bekas pemain Muda yang dilahirkan dari liga universiti(Fakhrul Razi) kerana berjaya menebus kesalahan penyerang penyerang yang gagal menjaringkan gol.3 mata yang dicari dan menjadikan stadium Ipoh stadium keramat lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam..

    Teman dah kaborkan dulu, jangan labelkan popo ni sebagai Striker, bukan nak backing Popo ni, tapi ada alasan oleh Cikgu Jan untuk letakkan dia di barisan serangan.

    Satu. Jangan harap dia nak skor gol, sebab dia hanya mampu hold bola tapi tak boleh lari bersama bola macam yang ada pada striker kita yang lain. Tapi dia boleh buat hantaran terutama bola tinggi atau high ball winner.

    Dua. Susuk tubuh yang sasa membuatkan pertahanan lawan susah untuk menang bola tinggi dan rampas bola daripada dia. Memang dia slow, itu fakta yang tak boleh diubah.

    Tiga. Percaturan Cikgu Jan ada rasionalnya, meletakkan dia dengan Akmal Rizal yang sedikit pantas. Maknanya sorang laju sorang slow.

    Jadi, mungkin itulah faktor kenapa dia masih kekal dalam kesebelasan utama pilihan Cikgu Jan. Boleh je dia letakkan shafiq Jamal atau penyerang lain selain Akmal Rizal. Tapi impak dia tak sama nanti dengan apa yang Popo tunjukkan. Tengok la masa Piala Malaysia dulu. Shafiq Jamal kadang menyakitkan hati.

    Popovic ni pada teman silap-silap kena reject terus je April nanti. Harap-harap kalau dah ada pemain import yang join training ketika ini untuk transfer window bulan April ni dapat bagi Popo semangat untuk tunjukkan kebolehan nya, kalau tak ...babaiiii....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. me 109

    Kalu di teliti ,gol kedua perak di jaringkan Fakhrul kerana barisan pertahanan S'wak sibuk menjaga si Popov tu. Mmg dia nampak tak gaya main bola, tp pemain mcm Popov ni menggerunkan pertahanan lawan dan selalu memberi ruang pemain lain menjaringkan gol. Saya berpedapat Popov ni aset pasukan Perak. Lagi pun Perak sudah ada momentum yg baik. Bila diubah struktur sesuatu pasukan, kita akan mengubah corak permainan dan seterusnya momentum sesebuah pasukan.Kebolehan Kubala mmg tak boleh kita pertikaikan lg. Kalu tak percaya cakap saya.....keluarkan Popov skrg dan kita lihat saje perubahan kepada momentum pasukan Kejor Yop Kejor ni. Dipersilakan....pasukan lain dlm liga M'sia tersenyum lebar dan menarik nafas panjang kelegaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Tahniah & Syabas!!!

    Lipat gandakan lagi usaha dan pertingkatkan lagi moral dan semangat juang agar senantiasa form dalam keadaan yang terbaik.

    Semai,pupuk dan tanamkan semanagt berpasukan,toleransi dan cintakan pasukan.Insyallah kita sedang berada dilandasan kejayaan biarpun umum mengetahui kejayaan yang ingin digapai bukanlah sesuatu yang mudah namun adalah tidak mustahil jika nawaitu kita masih 1.GLORY!GLORY!GLORY!!!!

    Yg Bannarin,

    chuck kacak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jasbisa

    setuju dgn pandangan syidi. Mungkin kita taknampak apa yg Cikgu Jan nampak pada Popo. Rasanya mungkin ke 7 atau ke 8 baru Popo akan score. Diharapkan pemain2 lain boleh score tak kira lah midfield atau defend. Jajni momentom dikekalkan dan menang dna terus menang. Kalau ditakdirkan Popo disingkirkan, pengurusan hendaklah mendapatkan striker sejati at least mcm Owana atau Frankey Doe.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.