Liga Super 2012 | Perak Vs Lions XII (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 2 Lions XII

Perak tampil malam tadi sambil dibayangi saingan Piala F.A yang hanya dua hari selepas perlawanan ini. Dalam perlawanan ini, Perak mempertaruhkan kesebelasan utama sama seperti sebelum ini .

Babak pertama, 20 Minit pertama dilihat Perak menguasai permainan dengan baik. Namun begitu, minit ke 35 muncul Kapten LionXII Mohd Shahril Ishak meledakkan gol mencuri peluang tatkala kelam kabut di hadapan gol Perak untuk gol pertama Lion XII.

Babak kedua, Perak bermula baik apabila setelah 5 minit perlawanan berlangsung, Lazar Popovic dikasari dalam kotak penalti dan Michal Kubala berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan. Pun begitu, Minit ke 74 segalanya berubah apabila Mohd Shahril Ishak muncul lagi untuk meletakkan LionXII di depan dengan 1-2.

Secara keseluruhannya, permainan Perak masih seperti sebelumnya dan rekod cemerlang di laman sendiri berjaya dileburkan oleh ‘Singa Muda’ yang tampak kian meningkat corak permainan mereka dalam saingan Liga Super 2012.

Biar apa pun, cabaran getir bakal menanti Perak di saingan Piala F.A Jumaat ini dengan ATM bakal menjadi tetamu untuk perlawanan sulung cabaran Piala F.A 2012.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Lions XII (result)

  1. saidin

    salam....

    tidak terkata kata lagi lidah ini...tak tertaip jari jemari ini.ini semua kerana kebijaksanaan cikgu Jan,pengurusan Pafa dan Kedasyatan yang memilih pemian import ke Perak.

    Sehinggakan kita berjaya tewas dikaki pasukan yang sebenarnya tidak hebat manapun.ini kerana taktikal dari mula mula cikgu Jan ke perak sehingga perlawanan semalam tidak ubah seperti Singa betina mencari makanan...........dan taktikal itu tidak akan berubah. walaupun boleh berjaya dengan taktikal yang sama tapi ianya kerap kali mengundah kebosanan kepada penyokong sendiri keseronokan oleh pihak lawan.

    Aku tak peduli Admin nak bising ker nak hentam pasai komen aku ker aku tak kisah. yang pastinya Cikgu Jan dan pengurusan PAFA pada hari ini sudah lagi tidak Relevan.....

    Kepada beberapa pemain tahniah diucapkan kerana anda berjaya menjual maruah Negeri Perak dan Maruah rakyat Malaysia,sebab apa hanya pemain pemain tertentu itu sahaja yang tahu.

    Aku kasihan dengan setiap individu yang kestadium tanpa mengira waktu dan duit,tetap terus menyokong pasukan walaupun pada hakikatnya ianya tidak akan mmbawa sebarang kejayaan yang manis untuk kita semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Salam, permainan perak tidak pamer permainan yang teruk malah menguasai penguasaan bola. saya cadangkan Popovic berganding dengan Kubala dengan bawa pemain muda seperti Wan hussien di tengah.

      Akmal tidak menjaringkan gol sejak beberapa gem. Popovic walaupun tidak ada gol, tetapi statistik assistnya terbaik di dalam Liga. Oleh itu, penjaring terbanyak harus berganding dengan pemain yang pandai mengguna assist.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

    Saya rasa terpanggil untuk bersuara!!!

    Sebelum Perak mengalami kekalahan buat kali ke-3 berturut2,seharusnya 1 tindakkan drastik diambil.

    Pada hemat saya,coach Norizan Bakar(cekgu Jan)harus meninggalkan kerusi panas ini dengan kadar segera!!!replace with Sir Robert Albert!!!

    Kekalahan yang tidak boleh diterima sedangkan saya tidak pernah terlepas dari memerhati percaturan dan corak permainan Lions XII.

    Singapore ( Lions XII )bukan lawan yang hebat bagi kita.Mengapakah kita harus tewas dan tumpas dihalaman sendiri??Adakah kita sedang bermain di padang rumput sintetik mereka??This our Home Grown!!!

    Sekali lagi dengan nada keras,saya memohon agar head coach Norizan Bakar digogor/ditamatkan kontaknya dengan kadar segera.Pohon kerjasama individu yang bertanggungjawab.

    Sekian,terima Kasih.

    Chuck

    s.k:-SPRM(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    teman sudah bagi 8 peluang pada popo. enough is enough.. apa lagi nak dikata kalau striker belum jumpa net. macam chelsea simpan torres, tak kan ke mana kite.. kalau tak nak gugur si popo ni, gandingkan lah pemain lain. tukar taktikal. ramai lagi di bangku simpanan tu yob... alahai pihak pengurusan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    sebenornya, bagus juga kita kalah sebab itu akan menjadi wake call. kalau pengurusan nak tunggu lagi taktikal yg sama silakan.. tak mustahil yob akan tewas lagi.. tak cayo tunggu Marlon dan ATM nanti..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.