Liga Super 2012 – Perak Vs Lions XII (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Setelah berputih mata di Kuala Terengganu Sabtu lalu, Perak dijangka bangkit dalam menghadapi perlawanan ke 8 Liga Super 2012 menentang pasukan dari seberang Tambak Johor, Lions XII.

Sememangnya, perlawanan ini sukar diramal dan akan menjanji aksi yang mendebarkan. Ini kerana tiada rekod pertemuan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan sebelum ini.

Jika dilihat pada kedudukan terkini, Lions XII kini 4 mata di belakang Perak menduduki tangga ke 4 Liga hasil daripada 3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan. Namun begitu, dalam dua perlawanan terakhir, mereka mempamerkan kebangkitan iaitu membenam N.Sembilan 3-1 Sabtu lalu dan seri 1-1 dengan Selangor pada hari Rabu yang lalu. Kebangkitan ini seharusnya diberi perhatian oleh Haji Norizan Bakar dan penggerak-penggerak utama skuad Singa ini seperti Shahril Ishak, Jumaat Jantan dan Sufian.

Shahril Ishak yang semenjak kebelakangan ini jelas mempamerkan karektor sebenar beliau selaku Kapten pasukan dengan menjaring gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Namun begitu, para penyokong Perak tetap optimis memperoleh 3 mata berpandukan rekod Perak bermain baik di laman sendiri sebelum ini. Haji Norizan Bakar sudah semestinya memiliki ramuan ampuh dalam mengekang kemaraan anak-anak buah V Sundramoorthy ini, di samping memastikan 3 mata milik Perak dalan perlawanan ini.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syazwan Roslan
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Lazar Popovic
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2012 – Perak Vs Lions XII (Preview)

  1. saidin

    salam...

    Teman mengharapkan perlawanan kali ini Khalis Ibrahim,Isma Aliff dan penjaga gol muda perak Khairul Amri dapat diberi kepercayaan,Berilah peluang kepada pemain yang jernih ini beraksi dan akan dapat memperaga bakat mereka yang sememangnya hebat dengan pemain utama.

    Akmal rizal Rakhli lebih berbisa apabila menjadi pemain gantian kerana tempatnya mampu diganti dengan Fahrul Razi. ini akan membuatkan pertahanan lawan letih sepanjang 90 minit seandainya dibahagian serang kerap mendapat tenaga yang baru.

    manakala dibahagian sayap boleh letak Isma Dan Khalis dan diseparuh masa kedua boleh kembalikan Fazrul Hazli dan Fahrul Razi....ini juga membuatkan pertahanan lawan pening untuk memikir menjaga siapa.......dan tercetuslah jaringan dari pemain bahagian lain.

    Ini cuma idea teman kerana teman suka memikirkan taktikal yang lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    Perak seharusnya bangkit dari lamunan nan indah dan terus tersedar serta berpijak diatas bumi yang nyata tentang game malam ini.

    Buktikan kita deserve untuk berada dimana kita berada kini dan bukanya ditentukan oleh nasib semata2.

    Bulatkan matlamat dan iltizam untuk mencapai kemenangan demi kemenangan dan haruslah bermaruah tatkala kita tewas!!!

    Salam...

    Chuck

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.