Liga Super 2012 – Perak Vs Sarawak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Rabu, 8 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak bakal menanti Skuad Bujang Senang yang masih tercari-cari rentak kemenangan baik di laman sendiri mahupun di tempat lawan.Sarawak, kini menghuni tangga ke 10 liga dengan satu menang, dua seri dan dua kalah.

Berdasarkan rekod kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada saingan Liga Super 2008, yang menyaksikan Perak menang kesemua perlawanan dan lebih bermakna ketika itu Perak berjaya membelasah Sarawak di Ipoh dengan jaringan 5-0.

Biarpun mereka mempamerkan sedikit peningkatan dengan mengikat Skuad Jang 2-2, rasanya itu sudah cukup untuk memberi amaran kepada anak didik Haji Norizan Bakar untuk mereka tidak leka menghadapi lawan nanti. Namun, jika dilihat kembali prestasi semasa Perak di Ipoh, agak membanggakan, tetapi itu bukan syarat untuk Perak sambil lewa untuk hadapi lawan yang bertandang.

3 mata hampir pasti buat Perak, tinggal lagi menanti komitmen daripada para pemain untuk memastikan segalanya.

.Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K. Nantha Kumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Hisyamuddin
Mohd Noor Hazrul Mustafa
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fakhrul Radzi
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Mohd Shafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2012 – Perak Vs Sarawak (Preview)

  1. chuck

    Salam..

    Tercari-cari rentak kemenangan bukanlah bermaksud masih lagi terkial-kial mencari form.Bukan setakat keputusan mengikat skuad jang sahaja yang harus diambil kira,namun keupayaan mengikat skuad RED GIANT dilaman lawan juga perlu dijadikan iktibar betapa skuad kendalian Robert albert ini adalah satu skuad yang betul-betul berbeza dan lebih mantap dari track record pertemuan dengan Perak sebelumnya.

    Seharusnya aksi ditempat sendiri dengan sokongan padu peminat setia/Ultras akan memberikan satu kuasa tambahan/forced induction kepada pasukan.

    Diharapkan percaturan yang dibuat mampu diterjemahkan dengan baik dan sempurna oleh player yang diamanahkan.

    Semoga,kejayaan akan bersama kita!!!

    "kejor yop kejopr"

    Chuck hensem...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.