Posted in Piala FA 2012 on February 17th, 2012 9 Comments »

Jumaat, 17 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam
Perak 1 - 0 ATM
Perak telah berjaya meranapkan kecemerlangan pendahulu Liga Premier 2012 iaitu Angkatan Tentera Malaysia di Ipoh dengan kemenangan tipis 1-0.
Ternyata, Perak berada di kelasnya yang tersendiri dan membuktikan bahawa tahap mereka adalah lebih tinggi berbanding ATM yang bermain di Liga Premier.
Perak sejak sepak mula lagi dilihat mengeempur kubu ATM yang diterajui Aidil Zafuan dan berjaya mendapatkan sepakan percuma dari jarak 25 meter betul-betul di kotak D ATM. Tatkala perhatian diberikan kepada Sharulnizam Mustapa dan Akmal Rizal yang bersedia di belakang bola untuk mengambil sepakan, tiba-tiba dengan hanya satu langkah Michal Kubala meledakkan sepakan cantik sebelah kanan gol ATM dan menewaskan Farizal Harun yang terkaku di tengah pintu gol.
Dalam keghairahan memburu gol penyamaan, ATM membuat… Continue reading
Posted in Piala FA 2012 on February 15th, 2012 8 Comments »

Jumaat, 17 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam
Liga Super 2012 berehat seketika untuk memberi laluan untuk satu lagi saingan yang berprestij di negara kita iaitu Piala F.A 2012. Saingan ini bukanlah asing bagi Perak, kerana sudah 5 kali Perak melangkah ke perlawanan akhir sejak ia diperkenalkan pada tahun 1990. Perak juga melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan Pertama memenangi Piala F.A di Malaysia.
Kali terakhir Perak melangkah ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2005 dan terpaksa akur dengan kehebatan Selangor dengan jaringan 4-2. Musim lalu Perak hanya layak ke Suku Akhir apabila dikecewakan Terengganu dengan agregat 5-4, biarpun Perak menang 3-2 di Ipoh dalam aksi pertama, namun segalanya musnah apabila kecundang di Kuala Terengganu dengan jaringan 3-1.
Tahun 2012, menyajikan cabaran yang agak getir berbanding tahun lalu. Perak telah diundi… Continue reading
Posted in Liga Super 2012 on February 14th, 2012 5 Comments »

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam
Perak 1 - 2 Lions XII
Perak tampil malam tadi sambil dibayangi saingan Piala F.A yang hanya dua hari selepas perlawanan ini. Dalam perlawanan ini, Perak mempertaruhkan kesebelasan utama sama seperti sebelum ini sambil K Nantha Kumar
Babak pertama, 20 Minit pertama dilihat Perak menguasai permainan dengan baik. Namun begitu, minit ke 35 muncul Kapten LionXII Mohd Shahril Ishak meledakkan gol mencuri peluang tatkala kelam kabut di hadapan gol Perak untuk gol pertama Lion XII.
Babak kedua, Perak bermula baik apabila setelah 5 minit perlawanan berlangsung, Lazar Popovic dikasari dalam kotak penalti dan Michal Kubala berjaya menyudahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan. Pun begitu, Minit ke 74 segalanya berubah apabila Mohd Shahril Ishak muncul lagi untuk meletakkan LionXII di depan… Continue reading
Posted in Liga Super 2012 on February 13th, 2012 2 Comments »

Selasa, 14 Februari 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam
Setelah berputih mata di Kuala Terengganu Sabtu lalu, Perak dijangka bangkit dalam menghadapi perlawanan ke 8 Liga Super 2012 menentang pasukan dari seberang Tambak Johor, Lions XII.
Sememangnya, perlawanan ini sukar diramal dan akan menjanji aksi yang mendebarkan. Ini kerana tiada rekod pertemuan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan sebelum ini.
Jika dilihat pada kedudukan terkini, Lions XII kini 4 mata di belakang Perak menduduki tangga ke 4 Liga hasil daripada 3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan. Namun begitu, dalam dua perlawanan terakhir, mereka mempamerkan kebangkitan iaitu membenam N.Sembilan 3-1 Sabtu lalu dan seri 1-1 dengan Selangor pada hari Rabu yang lalu. Kebangkitan ini seharusnya diberi perhatian oleh Haji Norizan Bakar dan penggerak-penggerak utama skuad Singa ini seperti Shahril Ishak, Jumaat Jantan… Continue reading