Undian | Sejauh Mana Perak Mampu Melangkah Dalam Liga Super 2012?

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Persaingan Liga Malaysia 2012 bakal sengit. Itulah yang dijangka akan berlaku. Bukan setakat Liga Super sahaja malah Liga Premier juga dilihat sengit dengan penghijarahan pemain-pemain, jurulatih dan pemain import bagi menghadapi musim baru yang bakal menjelma.

Adakah para penyokong Perak berpuashati dengan persembahan Perak setakat pra musim ini? Wajarkah kita menilai pasukan dengan prestasi semasa ketika ini?

Perlu diingat, pasukan kini berada ditahap terakhir persiapan sebelum menghadapi ‘peperangan’ sebenar semusim lamanya. Masa untuk mencari idea dan ‘try and error’ oleh jurulatih hampir ke penghujungnya. Bukan bermakna berhenti setakat itu, malah ianya bakal berterusan dalam situasi dan tekanan yang berbeza.

Para penyokong perlu lebih bijak menghadapi tekanan. Jadikan Silverstate Ultras sebagai panduan. Tidak kira apa jua keputusan tetap setia dari dulu hingga kini. Sebarang komen akan dibuat secara profesional di platform yang lain bukan memaki hamun pemain sendiri secara terus. Itu pun bergantung kepada individu itu sendiri.

Jadi, ke manakah haluan Perak Dalam Liga Super 2012? Nyatakan Ramalan anda :

Sejauh Mana Kemampuan Perak Dalam Liga Super 2012?

  • Juara Liga (0% Votes)
  • Naib Juara (50% Votes)
  • Kelompok 5 Teratas (50% Votes)
  • Kelompok 10 Teratas (0% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Undian | Sejauh Mana Perak Mampu Melangkah Dalam Liga Super 2012?

  1. saidin

    salam...

    Teman merasakan bahawa skuad Seladang belum cukup mantap,setelah pemerhatian teman sepanjang perlawanan persahabatan yang telah dilalui oleh Pasukan Perak,terutama pemain import yang kini menjadi pemain Perak tidalah sehebat manapun,walaupun kerap menjaringkan gol,pada hakikatnya prestasi yang dipamerkan oleh pemain import hanya setara pemain tempatan sahaja.

    Tetapi yang pastinya dalam pusingan yang pertama skuad Perak mungkin beraksi dengan baik tetapi tidak akan mempamerkan prestasi yang cemerlang.yang kedua pula sudah pasti Cikgu Jan akan kerap menggunakan pemain yang sama tanpa melakukan rombakan yang besar dalam setiap perlawanan.

    Maka dipusingan kedua pihak lawan akan mudah mengetahui taktikal dan taknikal pasukan Perak dengan itu membawa bala petaka kepada pasukan Perak dan mengecewakan harapan Penyokong perak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.