Terima Kasih M.B.I

Stadium Perak Kini layak Untuk Beraksi Diwaktu Malam dalam semua Kejohanan FAM, setelah Pihak M.B.I segera menyelesaikan semua kemelut yang dihadapi, terutama masalah lampu limpah dan ukuran saiz garisan di atas padang.

Pihak kami telah menghubungi Setiausaha Kehormat PAFA iaitu En Aziz dan beliau bagi pihak  PAFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang berkenaan di atas keprihatinan pihak terbabit mengatasi semua masalah dan melayakkan Pasukan Perak beraksi di Stadium Ipoh pada waktu malam.

Beliau juga mengharapkan kepada semua penyokong setia skuad skor yob skor akan terus memberi sokongan kepada pasukan dan akan turun beramai-ramai menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Terima Kasih M.B.I

  1. saidin

    salam....
    walaupun stadium Ipoh sudah dibenarkan beraksi waktu malam,tapi teman tetap tak berpuas hati yang

    1. dimana ketika waktu diuji tahap kecahayaan kenapa semua lampu distadium termasuk ditempat duduk penonton dan lampu keliling stadium dibuka,sedangkan ketika perlawanan yang sebenar atau perlawanan persahabatan tak dilakukannya.setahu teman dalam undang undang F.A.M ataupun FIFA kesemua lampu distadium termasuk ditempat duduk,diluar stadium mesti dibuka tak boleh ada yang tutup(elak dari maksiat)

    2. Kenapa ketika perlawanan persahabatan iaitu ketika menetang pos malaysia masih berlaku masalah yang sama iaitu lampu limpah terpadam dengan secara tiba tiba.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.