Liga Super 2012 | Selangor Vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 14 Jan 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 Malam

Setelah berjaya melepasi halangan Juara Piala FA 2011, kini Perak bakal berdepan satu lagi pasukan yang dikatakan sebagai gergasi merah yang berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 dalam perlawanan sulung mereka tempohari.

Tugasan ini dilihat amat sukar namun bukanlah mustahil untuk anak-anak buah Norizan Bakar melaksanakan segala perancangan yang telah diatur. Selangor, bukanlah asing buat Perak. Untuk rekod sebelum ini, Perak gagal mengutip sebarang mata di halaman Selangor.

Bezanya ketika ini, Selangor menukar ‘venue’ nya ke Bukit Jalil kerana Stadium Shah Alam sedang dalam proses pembaikan.

Sejarah biarkan tinggal sejarah dan jadikannya sebagai pedoman yang berguna untuk terus maju. Perak dilihat mampu mencipta sesuatu dikala prestasi pasukan berada ditahap terbaik ketika ini.

Selangor pula hampir-hampir dimalukan Negeri Sembilan yang bersemangat tinggi tetapi mujurlah mereka tidak mengalah dan hasilnya berjaya mengikat keputusan 2-2 Selasa lalu. Perlawanan kedua ini dijangkakan mereka bakal bangkit mencari kemenangan sulung dan peluang ini harus dipergunakan sebaiknya oleh Perak untuk menidakkan perancangan mereka.

Barisan Kemungkinan Perak:

23. Mohd Nasril Nourdin (PG)

11. Badrul Azam Mohd Zamri

5. Muhd Shahrom Abdul Kalam

3. Mohd Khairi Zainudin

19. Mohd Noor Hazrul Mustafa

8. Shahrulnizam Mustapa (KP)

25. Michal Kubala

7. Fahrul Razi Kamaruddin

16. Mohd Fazrul Hazli Kadri

9. Lazar Popovic

14. Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Liga Super 2012 | Selangor Vs Perak (Preview)

  1. saidin

    salam..

    Bagi teman kalau Popovic masih beraksi dalam 90 minit jangan harap pasuan Perak nak capai kejayaan yang membanggakan.

    Line Up sudah pasti yang sama,lebih bagus ambil penyerang dari skuad Piala Presiden.Buang masa sahaja letak Popovic, walaupun dia bermain striker dan bakal menjaringkan gol,tiada apa perubahan yang bakal dibawanya untuk skuad Perak,

    Tiada kualiti seperti Au ning,Frank Seator,Laslo Repasi ataupun Pemain import sebelum ini.kita kena tahu dahulu tujuan FAM mewujudkna kembali Pemain import dalam liga tempatan,ianaya demi memartabatkan kembali liga kita kearah kegemilangan,tetapi kalau wujud seperti pemain Popovic takda k apa yang bagus untuk pemain kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam..

      Yang Penting Saidin Sabtu ni turun Bukit Jalil. Sembang pung pang pung pang tak guna. Moh le sokong mana yang patut.

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. saidin

          teman bukan nak komen sangat.tapi inilah realiti,apa guna training tiap tiap hari,apa guna nak jadi pemain profesional tapi kualiti teruk sangat sangat.Tak guna ada import,teman tak bangga langsungdengan pemain import.

          teman sayangkan bakat bakat muda,anak tempatan beraksi.korang kene faham apa tujuan ada pemain import.korang kene sedar apa motif import diadakan didalam sukan tempatan. korang kene tahu apa kepentingan mereka ini dalam pasukan,kalau korang tahu nak menilainya semua itu baru korang boleh cantas komen teman nie.

          kalau setakat ada pemain import kualiti lebih kurang pemain tempatan nampak gayanya tak majulah sukan kita,kalau Popovic lebih hebat dari Safee salie,akmal rizal ataupun Razali Umar Kandasamy takpe la jugak.

          Korang kata aku n tahu komen saja,tapi korang tak tahu menilai kualiti prestasi yang diharapkan oleh pasukan. Sedangkan Presiden PAFA dan Pengurus PAFA sendiri tak puas hati korang tak suruh pula mereka ganti tempat Popovic. Nilai sendirilah,duduk diam diam berfikir apa keuntungan Popovic terhadap pemain tempatan.

          Bagi aku walaupun Popovix akan jaringkan gol juga nanti,bagi aku dia tetap takda kualiti,dia tetap setaraf pemain baru nak tahu tendang bola.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. syidi Post author

            Bro. Kalau Popovic tu hebat dia tak kan datang Perak la Bro. Ada kelebihan dia yang kita tak nampak dan Jurulatih tahu tentang itu.

            Pemain Import ni banyak faedahnya kepada pasukan terlalu banyak. Teman bagi tau pendapat teman la, Pemain Import sedikit sebanyak menaikkan moral pasukan. Permainan akan bertambah baik itu pun bergantung kepada pemain import yang berkenaan. Corak permainan sudah semestinya berbeza dengan orang kita, itu yang kita nak.

            Satu lagi, akan wujud komunikasi dua hala yang sekali gus akan membuatkan pemain kita dan import bertukar-tukar ilmu serta pengalaman, dari situ mereka akan belajar.

            Lantaran itu, akan wujud persaingan yang positif antara semua pemain untuk merebut slot 18 pemain untuk sesuatu perlawanan. Dari situ pulak wujud lagi persaingan untuk the best 11th.

            Bab player import kita ni, tambah-tambah lagi Popovic ni, dia off position ke apa ke itu bergantung kepada arahan jurulatih berpandukan pengalaman beliau. Tidak semestinya penyerang akan statik pada satu kedudukan saja dan tunggu bola. Tak dinafikan ada penyerang macam tu, tapi Midfield kena mantap la untuk jolok bola kpd dia. Kalau tak percaya kita banyakkan menonton perlawanan bolasepak tak kira tempatan atau luar negara, kita akan nampak.

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. saidin

              betul......

              dengan pendapat mike teman memang setuju....tapi kene ingat kalau pemain import itu setaraf pemain piala presiden buat apa tak guna jugak.....

              bukan semestinya kita mahukan striker statik. masalahnya striker import yang ada pada pasukan Perak sememangnya hampeh.Kalau lembab,berat macam Popovic lebih baik ambil Khalid Jamlus semula,
              sudah tentu masih ada saki baki bisa yang ada pada Khalid Jamlus.

              Likes(0)Dislikes(0)
  2. New Admin

    Salam....

    Teman agak setuju dengan komentar yang diberikan oleh saudara saindin,dimana mengenai kualiti,cuma apa yang bagus teman lihat mengenai hantaran hantaran Ppovic agak tepat dan cantik,cuma dari segi larian agak perlahan daripada pemain pemain tempatan yang ada.

    Yang kedua pula Popovic kerap kali melakukan tindakan OFF POSISION dimana mengingatkan saya terhadap salah seorang pemain Perak musim 2009 iaitu Zafran ketika menjadi penyerang tungal ketika menentang skuad Perak di Ipoh,seringkali melakukan tindakan yang sama.

    Tetapi ini masih diperingkat permulaan wajar kita berikan peluang sehingga ke perlawanan yang ke 7 untuk memberi peluang kepada beliau menyesuaikan diri diatas permukaan padang yang kurang sempurna di negara kita ini.

    Lagipun pasukan Perak memang dikenali sebuah pasukan yang lambat panas,maka janganlah kita cepat menjatuhkan hukuman terhadap individu tertentu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    salam,
    Makin rancak nampaknya perbualan teman2 semua.
    Mengenai popovic, saya rasa die bukanlah striker yang mempunyai kepantasan, rembatan yang deras serta pergerakan yang ligat. Namun dia mempunyai teknikal yang baik dalam mengawal bola serta membuka ruang serta peluang kepada pemain lain.

    apa-apa pun , saya agak kecewa melihat penyokong serta rakan2 online yang terlalu cepat menghukum berdasarkan 1 gem sahaja. adilkah? tolong berfikiran waras dan rasional sikitlah.

    Drogba yang masuk Chelsea pun, sizen kedua barulah nak tunjukkan kehebatan sebenar dia..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Salam semua...maaf le teman mencelah sikit...komen-komen yang mike semua bagi ni bagi teman ada pro dan kontra nay...bagi bab pemain import ni dari zaman dulu lagi tak pernah berubah masalahnya...kualiti yang diimport tak seberapa..kadang-kadang pemain tempatan lagi lebih bagus dari deme tu...

      Tapi kita kena le pikior jugak,ejen-ejen untuk player import ni ada yang main sauk je...ni semua pasal duit...deme pun nak kejor komisen jugak..kena pulak musim baru ni masing-masing team berebut nak kan player import...lagi la kesempatan ni di ambil...pastu masa untuk mencari dan memilih player import ni pun tak panjang...ate mana yang ada dulu le...sebab tu lah FAM bagi peluang lagi pada bulan April 2012 ni untuk pihak kelab atau mana-mana pasukan mengambil pemain import yang lain..

      Kita jugak kena berlaku adil dan rasional pada pihak pengurusan team yang kita sokong ni...kalau sebelum-sebelum ni kita semua boleh bersabor yakni dari zaman Steve Darby hatta ke zaman Karathu sampai le ke Cikgu Jan ni,takkan la baru satu dua game kita nak melatah...

      Kalau dah satu musim ni tak berubah ghope itu jugak,baru le kut kita boleh usulkan sesuatu tentang player tu...tapi ingat,kita ni hanya penyokong je,yang tau benda sebenornya pihak pengurusan dan coach...jangan le sampai kita ni pulak lebih dari deme tu...

      Penutup kata,bagi teman le takde yang sehebat player-player import masa zaman Jang Jung,Aung Naing & Khy Lwin...teman rindukan zaman tu dulu...Perak tetap hebat!!
      Jom ke Bkt Jalil!!

      Skor Yob Skor!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. myo abol as

    salam buat rakan-rakan di portal SDN,

    Lama juga tak hantar komen kat sini.

    Merujuk kepada komen-komen di atas, saya rasa masih terlalu awal untuk kita menilai kemampuan pemain import Lazar Popovic. Saya bersetuju dengan pendapat saudara 'zizou85. Bagi saya memang tidak adillah jika kita terus menghentam beliau berdasarkan baru satu perlawanan.

    Mana-mana jurulatih pun pastinya akan membuat sebarang keputusan atau penilaian tentang pemain-pemain baik pemain import mahupun pemain tempatan selalunya selepas 3 ke 5 perlawanan. Itu yang sewajarnya, bagi saya lah.

    Kalau kita nak menilai pemain import sahaja rasanya tidak logik dan rasional kerana pemain-pemain tempatan kita sendiri juga tidak beraksi dengan seratus-peraus baik pada malam kelmarin. Ini diakui sendiri oleh ketua jurulatih.

    Seperkara lagi, tolonglah jangan suka menyebut perkara-perkara yang telah lepas, maksud saya mengenai nama-nama pemain yang pernah beraksi dengan pasukan Perak dahulu. What has past, just let it past. Bagi saya saya sendiri, pemain-pemain yang disebutkan saudara Saidin itu semuanya sudah jadi kenangan dan tak perlu nak ungkit-ungkit lagi. Kita concentrate dengan apa yang ada sekarang. Keita Manjou, Frank Saetor, Repassi dan sebagainya memang gemilang ketika dizaman tersebut tapi kini mungkin sudah tidak rasional lagi. Bukan nak lupa daratan atau tak mengenang budi tapi kita tidak boleh nak 'just refer' pada benda yang lepas-lepas. Kita harus terima hakikat ini. Today is a modern football.

    Kita kena maju ke depan dan jangan asyik nak duduk di takuk lama sahaja.

    Repassi dan Seator juga 'slow' dan 'berat' sepertimana juga dengan pemain import kita kini. Repassi juga di awal penampilan beliau pernah dicemuh oleh sekalian peminat kerana berat dan selalu jatuh. Namun selepas 3 ke 4 perlawanan baru menampakkan kreadibiliti beliau begitu juga dengan Keita Manjou ketika diawal penampilannya.

    Saya harapkan kita semua jangan cepat melatah. Saya pasti pihak pengurusan dan kejurulatihan peka dengan perkembangan semasa pasukan.

    Teruskan menyokong dan bersabar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    Assalam yobs and yongs semua,

    Season ni teman memang tak dapat ke stadium langsung. Hanya mengikut game secara online sahaja.

    Boleh sesiapa bagitau qualiti pemain import season ni adakah sama dengan trio import dari Chile yg digunakan satu ketika dahulu?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.