Liga Super 2012 | Selangor Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 14 Jan 2012
Stadium Nasional, Bukit Jalil
8:45 Malam

Selangor 1 – 0 Perak

Kekalahan badi. Kemenangan terakhir Perak di laman Selangor adalah pada 2 Februari 2008 dengan jaringan 4-2. Namun selepas itu, tiada lagi kegembiraan buat penyokong Perak di laman musuh tradisi ini sehingga hari ini.

Para penyokong pada mulanya ghairah menagih aksi babak pertama lebih baik daripada perlawanan di Ipoh lalu. Namun segalanya seolah-olah disentap dengan jaringan Safiq Rahim hasil gerakan mudah yang dicipta oleh Amri Yahyah minit ke 23.

Laungan semangat terus dihamburkan biarpun anak-anak buah ‘Cikgu Jan’ ketinggalan 1-0. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku, sedikit kekecewaan apabila sebaik babak kedua bermula, masih tiada perubahan dengan tiada pertukaran dibuat biarpun dilihat tadi ada pemain yang kurang berfungsi dengan baik.

Akmal Rizal yang tampak dirantai dikeluarkan dan Mohd Failee Ghazali mengambil alih tugas untuk mencari gol penyamaan bersama Lazar Popovic yang juga agak kaku. Failee tidak menunggu lama, satu dua peluang dicipta namun masih gagal memecah kebuntuan.

Biarpun Syazwan dimasukkan untuk mengukuhkan pertahanan kiri Perak yang sering diasak Amirul Hadi Zainal, namun segalanya dilihat ‘ibarat tak menjadi’.

Mula kedengaran ketidakpuasaan hati penyokong dengan Lazar Popovic yang ‘membatu’ dalam padang dan tidak berkesan sebagai penyerang. Dia dilihat lambat bertindak dan sering kehilangan bola dalam kawalan. Perkara ini menampakkan ‘something goes wrong somewhere’ tentang pemain tinggi lampai ini. Apakah punca? Ramai yang menginginkan Mohd Failee Ghazali digandingkan dengan Akmal Rizal untuk tambah sengat dibarisan serangan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2012 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Liga Super 2012 | Selangor Vs Perak (result)

  1. syidi Post author

    Salam.

    Permainan Perak teman tengok jauh berbeza dengan perlawanan di Ipoh hari tu.

    Prestasi pemain disetiap posisi kurang konsisten, kejap ok kejap tidak. Terutama di bahagian tengah. Selangor nampak mendominasi permainan dari awal hingga akhirnya.

    Gol Selangor sangat mudah. Pertahanan Perak seolah-olah dipukau Amri Yahyah yang bergerak solo dari tengah masuk ke kawasan D Perak dan diumpan ke kiri yang mana di situ ada dua pemain Selangor yang free dan Safiq Rahim mudah menolak masuk untuk gol kemenangan Selangor.

    Keupayaan Popovic sekali menjadi kritikan penyokong. Buktinya ketika Failee dilihat bersiap untuk masuk, penyokong sudah mula bersorak. Kemasukan beliau berjaya merubah sedikit serangan Perak dengan terhasilnya peluang-peluang untuk mendapatkan gol.

    Ada yang kata, badi. Entah bila kita akan raih kemenangan dilaman Selangor?

    Pada teman, Cikgu Jan kena realistik. Selepas dua perlawanan ni, harap-harap dia nampak kelemahan. Kena berani buat percaturan dengan mencuba pemain lain untuk mencari kemenangan seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Teman sudah jelak dengan mutu permainan pemain import yang boleh dianggap hebat oleh pihak pengurusan PAFA.

    Pemain import seolah olah nak menunjjukkan merekalah yang bagus dan hebat berbanding pemain tempatan.Sehingga sanggup melakukan corang permainan sorang diri,apa kes ingat bagus sangatkah.

    Kalau pada malam tersebut tidak menurunkan mereka lagi bagus corak permainan pasukan perak lebih hebat,bukan tak boleh terima kekalahan tapi teman agak kecewa dengan mereka(pemain import) bodoh sombong.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    saya berada di stadium bukit jalil sepanjang 90 minit perlawanan. Berikut adalah komen ikhlas dari saya. Bahagian tengah memang mati malam tadi. Kelebihan Popoviz ialah shielding dan boleh set utk boleh tinggi. Kelemahan ialah slow, tidak rajin dan tidak mempunyai penyudah dan killer instict. Overall Popoviz hanya pemain biasa, kalau tak keterlaluan rasanya Akhmal dan Failee lebih baik. Kubala agak memuaskan. Walau apapun, ini baru gems kedua, kita bagi peluang kpd pemain dan pengurusan sehingga games kelima. Sekiranya masih belum ada perubahan. Sesuatu mesti dilakukan oleh pihak pengurusan terhadap pemain import kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscout

    LAzar POPOVIC yang cedera selama 8 bulan di kelab lama masih diambil untuk menerajui barisan serangan Perak, sudah tiada pemain lainkah? pemain tangkap muat yang disaring menggunakan video adakah berbisa? Pemain yang lembik, lembab, pemalas ini seharusnya diberi tugasan sebagai pengutip bola diluar padang sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. robslam

    Walaupun teman benci dengan Cacares aka kaki keras (import Chile dulu) tapi ada jugak inisiatif dia nak kejor nak lari thru space ke haper, ini Popovic macam batu karang di tengah laut jek... sape ke bijak benor amik import tak guna macam ni???

    Buta sangat ke mata tu tengok pemain??? takat nak amik sebab badan beso bole shield bola lebih baik amik je Negro2 ke Mat saleh yang main basketball atau gusti tu untuk shield bola atau jadi target man lepas tu dok diam macam BATU KARANG atas padang....

    Bukak le mata PAFA woiii... itu sebab dulu jaman Cikgu Jan jadi coach Malaysia kena balun jek berbakul2... sebab gemor pilih pemain ikut sedap mata jek.. Buang jek mat saleh tu sebelum peminat BENCI .. baik bubuh jek Failee dengan Akmal kat depan, lagi bagus dok ada...

    Bior Buta MATA jangan BUTA HATI .........

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Yes!! Ni yang nak ni! Batu Karang lagi, ambik kau. Kalau macam ni la, sama macam tak de pemain import. Si Kubala tu boleh le lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.