Liga Super 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 17 Jan 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Negeri Sembilan

Akmal Rizal Rakhli akhirnya berjaya mendapatkan sentuhan golnya dengan meledakkan dua gol untuk memastikan Skuad Jang pulang hampa semalam.

Segala tampak berjalan seperti dirancang seawal sepak mula, biarpun sebenarnya gusar dengan prestasi semasa Negeri Sembilan yang sudah berada di landasan terbaik setelah pemain importnya sudah mula menunjukkan keserasian dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini. Berbeza dengan Perak yang masih tercari-cari ‘siapa penyerang import sebenarnya?’.

Pada awalnya, Mohd Failee Ghazali digandingkan dengan Lazar Popovic, namun begitu malang menimpa Mohd Failee terpaksa dikeluarkan kerana masalah hamstring dan Akmal Rizal Rakhli menjadi taruhan selepas itu untuk memperjudikan nasib Perak. Effa Owana terlebih dulu meletakkan Skuad Jang di depan dengan jaringan menarik melalui sepakan percuma pada minit ke 4.

Tidak lama selepas itu pada minit ke 38 Akmal Rizal Rakhli meledakkan gol cantik melalui sepakan gunting menarik menewaskan Farizal Marlias. Manakala gol kemenangan Perak dihasilkan melalui hantaran lambung Lazar Popovic dan disudahkan oleh Akmal Rizal untuk gol kemenangan Perak pada minit ke 49.

Biarpun kemenangan ini dilihat sebagai sesuatu yang bermakna, namun masih kedengaran kritikan malah semakin kencang mengenai kredibiliti dan keupayaan Lazar Popovic yang gagal menjaringkan sebarang gol setakat ini biarpun semalam beliau mampu melakukannya. Ini bukan kali pertama, ianya sudah berlarutan sejak perlawanan pertama lagi.

Pihak kejurulatihan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan momentum Perak sentiasa ditahap terbaik dan mendapat kemenangan seterusnya yang dilihat semakin mencabar.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Negeri Sembilan (result)

  1. me 109

    2-1...keputusan yg memberangsangkan. Mmg betul la pemain import Popovich belum skor tp bila dilihat dari sudut yg lain, lorongan thru pass beliau la yg meletakan Akmal di posisi baik utk meledak gol kemenangan Perak. Sama le juge semasa di Bkt Jalil. Header pass beliau kpd akmal tp di sia-siakan oleh Akmal di depan pintu gol S`gor...Teman bukan nk menchampionkan pemain import yg tak skor gol ni tp hanya utk menasihati supaya kita jgn cepat melatah bila pemain yg diharapkan utk jd star dlm team tu tak seperti yg kita harapkan. Jgn jd mcm Nidzam Azhar Yusof yg melatah utk cari pengganti pemain import lain setelah Kedah gagal utk skor dlm 3 game deme (di TV1 selepas perlawanan PKNS-Kedah di Stadium MBPJ mlm td). Diharapkan Perak menggunakan pemain seperti Popovich sama seperti mereka mula2 membawa masuk K. Nanthakumar dulu dimana beliau slalu di bandingkan dgn Azizul Abu Hanifa. Mane boleh bro...Azizul is one in a millionth punya player yg di akui oleh Sir Bobby Robson semasa M`sia lwn England di Stadium Merdeka dulu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam...

    Bagi teman pemain tempatan yang menunjukkan peningkatan yang cup hebat terutama K.Nanthakumar berjaya mengawal OWONA dengan begitu rapi.

    Nazri Kamal juga mempunyai corak permainan yang baik berbanding Kubala dan berjaya melakukan hantaran yang pendek tetapi tepat

    Namun sayang sekali pengadil perlawanan membuat tugasan dengan begitu teruk dimana sewajarnya pasukan Perak mendapat sepaan percuma ataupun sepakan penalti apabila Akmal Rizal ditarik oleh pertahanan muda skuad Negeri ketika Akmal sudah boleh melakukan percubaan terus kearah gawang gol Negeri tetapi tiadasebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak pengadil 1 dan pengadil perlawanan.

    Tetapi apa yang memedihkan hati,menyakitkan mata memusnahkan akal ini setelah melihat mutu permainan Popovic, menghalang pasukan Perak mendahului diseparuh masa pertama,iaitu berjaya menjadi pertahanan untuk skuad Negeri dimana ketika Kubala mengangkat sepakan percuma tetapi berjaya dihalang oleh Popovic, dan yang paling menariknya si mamat tua ini berjaya membuat sepakan angin setelah bola lalu dihadapannya,wow memang mantapla belum ada penyerang import yang sebodoh beliau.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Pada teman si popovic ni kalau nak jugak bagi dia main, letakkan sebagai Midfielder atau Attacking Midfielder gandingkan dengan Sharul Nizam dan Kubala atau pilih salah seorang.

    Apa yang teman nampak, dia bijak melorongkan bola dan buat hantaran dan sebab tu Cikgu Jan kekalkan dia. Seorang striker yang laju dan seorang lagi slow macam popovic.

    Jangan labelkan dia sebagai striker, rasanya dengan cara dia bermain elok di posisi yang teman cakapkan tadi atau sebagai back up striker je.

    Masalah dengan dia ni ialah tak dak deria sebagai Striker pun, depan gol pun tak masuk. So, cuba ubah posisi dia dulu, bagi peluang pada dia untuk tunjukkan kebolehan dia di tengah pulak

    Gamak tak boleh jugak, PAFA kena faham-faham je la.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      salam syidi...

      setahu teman Popovic sebenarnya seorang pemain yang telah disingkirkan oleh bekas pasukannya,disini apa yang teman nampak Pasukan Perak hanya menguti pemain reject.

      Tapi yang paling menyakitkan hati gaji yang dibayar sangat mahal.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Setuju..dia lebih sesuai diletakkan sebagai AMF-attacking midfielder/support striker..seperti gandingan kelab seangkatan di AC MILAN Zlatan & Alexander Pato..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Begitu juga di Zaman kegemilangan Valencia dimana gandingan John Carew & Pablo Aimar juga Patrick Kulivert & Saviola di BArca dulu..

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. Raul hashim

    jangan cepat melatah kawan2 ku sekalian..popovic sebenarnya berharga untuk team perak..teman amat yakin dan pasti di mana popovic akan menjaringkan gol apabila lawan dengan johor fc sabtu ini..beliau memang terlepas peluang semalam tapi sebenarnya belaiu adalah hero dlm perlawanan malam tadi..tanpa beliau akmal tidak mampu menjaringkan gol...adanya popo ni membuatkan pihak lawan tidak menjaga akmal kerana menumpukan perhatian pada popo ni.

    .beliau adalah seorang striker yang bijak sebenarnya..xpercaya tunggu sabtu ni..akmal pula memang terbaik...harap syafiq jamal juga diberi peluang beraksi bersama hisyamuddin..Ramalan lawan johor fc nanti perak 2 johor fc 0..jaringan kedua-dua gol oleh popo..tunggu jer nanti..nasril teruskan kecemerlangan anda tapi perlu tingkatkan persafahaman jitu dengan barisan pertahanan..khairi rehat kan dulu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Hisyamuddin ganti sharom kalam dibahagian CB.Manakala Shahrom dinaikkan sebagai DMF..kerana posisi asal beliau di KL dulu LCB,namun posisi itu telah di isi oleh Budak Sungkai tue...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.