Liga Super 2012 – Perak v Terengganu (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 10 Jan 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak akan menentang juara Piala FA 2011, Terengganu pada malam ini dalam satu perlawanan yang diramalkan sengit dan bakal menampilkan aksi terbaik dari kedua-dua pasukan. Perlawanan ini juga akan disiarkan di saluran RTM1 pada jam 8.45 malam.

Perak diramalkan turun dengan formasi asas 4-4-2 dan dilihat akan cuba mendominasi perlawanan dengan corak serangan dan bertahan yang seimbang. Gol awal dan kemampuan kawalan di bahagian tengah akan memberikan tonik terbaik untuk Perak mencapai kemenangan pada malam ini.

Barisan pertahanan Perak juga perlu kekal ampuh sehingga wisel penamat bagi memastikan dua pemain harapan Terengganu Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin berjaya dirantai. Ayuh semua penyokong sekalian kita banjiri Stadium Perak di Ipoh pada malam ini!

Barisan Kemungkinan Perak

23. Mohd Nasril Nourdin (PG)

11. Badrul Azam Mohd Zamri

5. Muhd Shahrom Abdul Kalam

3. Mohd Khairi Zainudin

19. Mohd Noor Hazrul Mustafa

8. Shahrulnizam Mustapa (KP)

25. Michal Kubala

7. Fahrul Razi Kamaruddin

16. Mohd Fazrul Hazli Kadri

9. Lazar Popovic

14. Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)