Liga Super 2012 – Perak v Negeri Sembilan (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 17 Jan 2012
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perlawanan ketiga (LS 3) Perak menyaksikan Skuad Jang bakal bertandang ke Ipoh untuk melengkapkan jadual Liga Super 2012.

Belum reda dengan kekecewaan di Bukit Jalil Sabtu lalu, harapan para penyokong Perak semakin tinggi untuk membenam Negeri Sembilan 17 Januari nanti.

Berdasarkan rekod 6 pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini, Perak menang 3 perlawanan, kalah 2 perlawanan dan seri satu perlawanan. Daripada 6 perlawanan itu, Perak berjaya meraih mata penuh di gelanggang sendiri. Terbaru, perlawanan pusingan kedua Liga Super 2011, Perak tewas 1-3 di Paroi.

Oleh yang demikian, kemenangan di Ipoh bukanlah satu tugasan yang sukar buat anak-anak buah Norizan Bakar kerana lazimnya, jika beraksi di gelanggang sendiri pemain-pemain akan bermain dengan baik, itu lah yang diharapkan nanti. Namun begitu, perlu diingat, Anak-anak didik Azrai Khor Abdullah telah membuktikan bahawa tempat lawan bukan asing buat mereka dengan membenam Johor FC 2-0 Sabtu lalu di Pasir Gudang.

Norizan Bakar sudah semestinya menggunakan masa dua hari rehat untuk memulihkan semangat anak buahnya untuk menghadapi Skuad Jang yang dilihat semakin ampuh. Kelemahan di Bukit Jalil tempohari seharusnya menjadi titik tolak kebangkitan Perak di Ipoh nanti.

Barisan Perak Saranan SDN

Mohd Nasril Nourdin (PG)

Syazwan Roslan

Muhd Shahrom Abdul Kalam

Mohd Khairi Zainudin

Mohd Noor Hazrul Mustafa

Shahrulnizam Mustapa (KP)

Michal Kubala

Isma Aliff Salim

Mohd Fazrul Hazli Kadri

Mohd Failee Ghazali

Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Liga Super 2012 – Perak v Negeri Sembilan (Preview)

  1. Raul hashim

    Sokong barisan saranan SDN tu..nampak lagi mantap dan tersusun..harap failee dpt menajamkan lagi sentuhan di depan gawang gol..akmal pula perlu lebih cerdik dalam membuat keputusan bila berhadapan dengan penjaga gol lawan..jangan jadi mcm lawan selangor bola sepatutnya ditanduk terus ke dalam gol tapi passing pada rakan..mcm baru main jer..keciwa teman..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam....

    Pada pandangan teman pula,dimana Failee lebih serasi dan mantap apabila digandingkan dengan Shafiq Jamal,dimana
    sepanjang 5 perlawanan Akmal Rizal dan rakan rakannya digantung,Keserasian dan ketajaman yang dipamerkan mereka lebih garang,bagaikan tanduk seladang sedang giat memburu mangsa.

    Setelah kehadiran Akmal Rizal kembali,Cikgu Jan menyatukan diantara Failee dan Akmal,gerakan dibahagian serangan agak mundur.Cadangan dari hati teman Failee Dan Syafiq Jamal dalam kesebelasan utama dan Akmal sebagai pemain gantian meggantikan Syafiq Jamal,teman yakin pihak pertahanan lawan akan mudah lelah dengan kesegaran dibahagian serangan Pasukan Perak.

    Malah Perak juga perlu dengan Formasi yang baru seperti mana pernah digunakan oleh Coach Raja 3-5-2. dimana dibahagian tengah boleh diletakkan Shahrulnizam,Nanthakumar,Kubala,Fazrul dan Fahrul razi,sementara sebagai pemain gantian Isma Aliff mengantikan Fahrul Razi.

    Manakala dibahagian pertahanan dibahagian centr back Khairi tetap mampu melakukannya dengan berkesan dan disebelah kanan Shazwan Roslan dan disebelah kiri Hisyamudin.Shazwan Roslan tidak sesuai dan tidak dapat melaksanakan tugas sebagai pertahanan Kiri,cuba kita perhatikan dari musim 2009,beliau akan gagal apabila diletakkan disebelah kiri,ianya diakui oleh Abangnya,jurulatih serta penonton yang menyaksikannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Pada teman, teman letakkan Isma Alif dalam 1st Eleven sebab teman sampai sekarang terbayang-bayang crossing yang dia selalu buat.

    Paling ketara musim lepas, di makin matang hantaran lintang dia memang kelas. Fakhrul Razi pun hebat. Lariannya mengujakan, tapi jarang nampak crossing yang berkesan. Terpulanglah, antara nak kekalkan dia atau Isma Alif mereka sama-sama bagus.

    Macam Saidin katakan, teman lebih gemar Hisyamuddin sebagai centre back dengan Khairi Zainuddin. Jelas masa game dengan Selangor kita longgar di tengah kecuali Khairi Zainuddin yang lebih ampuh.

    Kita tengok Selangor, mula-mula teman ingat mereka akan gunakan Amirul Hadi dan Solihin untuk buat gol. Rupa-rupanya dari tengah mereka dapat buat gol. Perak pun kena main macam tu tak kira kiri kanan tengah mesti boleh buat gol. Banyakkan lintang bola ke kawasan penalti, sekali mungkin tak jadi 2 kali 3 kali 4 kali dan berkali-kali mungkin menjadi.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.