feed rss2

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 21 Jan 2012
Stadium JCorp Pasir Gudang
8:45 Malam

“If You Know Yourself But Not The Enemy, For Every Victory Gained You Will Also Suffer a Defeat.” -Sun Tzu-

Perlawanan Ke 4 Perak dijadualkan akan menentang Johor FC di Pasir Gudang. Ini merupakan perlawanan kedua Perak di laman lawan.

Setelah berjaya mendapatkan kemenangan kedua setelah dikecewakan Selangor 0-1 tempohari, Haji Norizan Bakar dilihat bakal merencana ramuan baru untuk tundukkan lawan seterusnya di tempat lawan Sabtu nanti. Johor FC bukan pasukan yang konsisten. Buktinya mereka dilihat masih tercari-cari rentak di mana mereka hanya menang satu daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Jika dilihat kembali rekod pertemuan sebelum antara kedua-dua pasukan, agak menggusarkan skuad Perak. Daripada 6 perlawanan sebelum ini, Perak hanya menang sekali di Ipoh tahun lalu, seri sekali dan tewas 4 kali kepada JOhor FC.

Kali terakhir Perak menang di Pasir Gudang adalah 2009 dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super.

Jika dilihat catatan rekod Johor FC memiliki peluang untuk menang, namun 90 minit terakhir bakal menentukan segalanya.

“You Know Your Enemy and You’ll Know Yourself,”-Sun Tzu-

Barisan Perak Saranan SDN:

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K Nanthakumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Khairi Zainudin
Mohd Noor Hazrul Mustafa
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Lazar Popovic
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

5 Responses to “Liga Super 2012 | Johor FC Vs Perak (Preview)”

  1. on 19 Jan 2012 at 10:23 amsaidin

    salam…

    Teman agak kecewa,setelah dengan kehadiran penyerang Import yang tak berguna itu dan telah berjaya mengambil Failee,Syafiq jamal terus dilupakan dan kerap hilang tempat walaupun untuk diletakkan di Bangku simpanan…..KENAPA?

    Bagi teman seharusnya letakkan Syafiq Jamal di kesebelasan utama dahulu dan menjadikan Akmal Rizal sebagai pnyerang gantian agar dibahagian serangan sentiasa segar untuk melakukan gerakan gerakan yang sentaiasa berbahaya dan membuatkan pertahanan pihak lawan sentiasa letih ini akan mempermudahkan kerja pasukan Perak mendapatkan gol.

    Pertahanan pasukan Perak kini perlukan kembali Hisyamudin dan Khairi,manakala K.nanthakumar sesuai berada di bahagian stoper kerana dengan kecergasannya mampu membantu untuk memantapkan lagi dibahagian pertahanan.

    yusteroy Reply:

    Salam bro,

    Kalau hisyamudin, khairi dan nantha main serentak cam tak kene jer. Mungkin bro salah taip bila nak letak nantha sebagai ’stopper’, pada saya kalau 3 serangkai tue main, posisi terbaik nantha ialah ‘def-mid’. Tapi teman prefer nantha letak di ‘centre-def’ berganding dengan sorang player muda coz tak terkejor nanti deme kalau 2-2 ‘centre-def’ berusia 30an. Satu lagi option letak nantha jadi ‘def-mid’, khairi dan sorang player muda jadi ‘centre-bek’. Sekadar pendapat teman jer.

    syidi Reply:

    Salam, Yus, ada betulnya kata mike tu. Tengok masa lawan negeri hari tu, Nantha diberi arahan khas oleh Hj Norizan untuk kekang Effa Owona dan dia berjaya buat. Kalau tengok dia main kejap bawah kejap atas, pendek kata kat mana ada Owona di situ Nantha ada.

    Sebab tu diorang tak dapat buat gol padang melalui Owona. Nantha is the def midfielder. Tak pe la kita tengok apa coach nak buat game lepas ni.

    chuck Reply:

    Salam..

    Pada awal buildup team season ni,teman memang berkeras untuk tidak merelakan PAFA mengambil khidmat pemain import.Pada hemat teman juga,dana yang berlebihan tersebut boleh dijadikan sebagai modal untuk kita/PERAK membentuk mutu modal insan/player2 baru yang akan kita lahirkan.

    Kita mahukan bendani dilaksanakan berterusan dan bukan sekadar hanya certain2 season jer team kita sedap.Mesti mau konsisten.maka caranya ialah dengan melahirkan lebih ramai lagi player2 muda yang berkualiti dari negeri teman yang tercintani.

    Kita dah dipernampakan dengan kejayaan kelab yang sediada waima yang terbaik di eropah/dunia ketika ini.Dimana mereka bermula??Rasa teman barcelona tak payah nak import player luarpun boleh.Biarpun Messi bukan dilahirkan di Spain,namun dia dilahirkan melaui akademi bolasepak Barca.Nahh..apa lagi yang kita perlu persoalkan??

    namun,jika dah jadi begini tuan Saidin,agak rugilah jika dah diberikan bayaran yang lumayan namun kederatnya kita tak perah kow2..kang mahu jadi macam president Terengganu sanggup tarik penyertaan deme dalam liga nie..

    Jazzakallah…

  2. on 19 Jan 2012 at 2:51 pmchuck

    Jurulatih import VS Player Import???

    Dah tentu teman prefer Jurulatih import.
    banyak sangat kebaikanya.experience dah tentu hebat.Tu belum kira tacktikal team yang beliau ada.Ilmu dia boleh pakai untuk develop our New Golden generation latter.Player Import??juat bantu team untuk certain2 season…thats only.klo ada yg lainpun just guide player muda dalam pasukan..tujer

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

UA-2755250-1[Valid CCL]