Liga Super 2012 | Felda United Vs Perak (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 28 Jan 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Felda United 1 – 2 Perak

Perak berjaya meraih kemenangan di laman lawan untuk kali kedua. Kali ini Felda United menjadi mangsa kebangkitan Perak.

Babak pertama, Perak bermula baik mendominasi permainan buktinya, minit ke 11, Michal Kubala muncul wira meledak gol pertama Perak setelah menyambut tendangan sudut Sharulnizam dengan libasan kencang.Ketika babak pertama hampir ke penghujungnya, minit ke 41, Lazar Popovic berjaya memaksa pertahanan Felda United menjaringkan gol sendiri setelah hantaran silangnya tertolak masuk untuk gol kedua Perak, biarpun sebelum itu Felda berjaya menyamakan kedudukan kira-kira 20 minit selepas gol pertama Perak.

Biarpun Perak berjaya mengutip 3 mata penuh, namun disebalik itu, Perak terpaksa berhadapan pengadil yang sering memberi kelebihan kepada tuan rumah. Tidak dinafikan perlawanan semalam disajikan dengan permainan yang agak agresif daripada kedua-dua pasukan. Namun begitu, pemain-pemain Perak dilihat menghadapinya dengan sikap yang profasional biarpun tindakan pengadil itu dicemuh penyokong.

Secara keseluruhannya, corak permainan Perak masih sama seperti sebelumnya. Gagal menyudahkan peluang-peluang terhidang kadangkala mengundang rasa tidak puas hati dikalangan para penyokong yang hadir.

Namun begitu, sekiranya barisan serangan Perak atau sayap kiri dan kanan Perak mempelbagaikan larian untuk mendapatkan bola selepas ini, insya Allah, akan lebih menarik corak serangan Perak. Tidak dinafikan setakat ini barisan serangan Perak masih tumpul dan masih tercari-cari sentuhan gol. Akmal Rizal dan Lazar Popovic perlu pertingkatkan persefahaman untuk memastikan jentera serangan Perak cukup bisa untuk menghasilkan gol.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Liga Super 2012 | Felda United Vs Perak (result)

  1. Jasbisa

    alhamdulillah menang, namun popo masih gagal jaringkan gol. beliau masih slow, tidak rajin dan tiada killer instinct. Contohnya, pada minit ke 41, sepatutnya beliau boleh try, namun masih sayang nak cuba dan pass pada akmal. Nasib baiklah pertahanan Felda tolong score utk perak. Overall, popo haya fair player, dan hanya boleh bermain sbg midfield. Cuba tukar postion popo dan kubala. Popo main midfield dan kubala main striker, mungkin lebih menyengat. Tugas utama striker ialah score gol, tak kisahlah mcm style dia main. Kalau tak boleh jugak, hai pihak pengurusan tunggu apa lagi yob, moh le cari striker baru. Co tengok di African Cup Nations, byk player berbisa.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Takut Kubala elok main midfield boleh score terus tak boleh score dah lepasni dan Popo pulak memang jenis letak kat area mana sekalipun memang jenis tak mahu score..udah rugi...

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. yusteroy

      Teman sokong gak komen Jarbisa nie, kalau imbas balik Kieta Madjou time mula2 sampai Perak dulu, die bukannya striker tapi attack-mid. Tapi mungkin sebab naluri pemusnah die membuak2 maka banyak lerr die skor bile diturunkan jadi striker. Tak salah mencuba kubala jadi striker..betul tak?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        maafla yer teman nak mencelah,bagi teman popovic harus diletakkan ditempat menunggu giliran dibuang kedalam gaung,itu sahaja posisi dia yang seusai,kerana sikap malas mengejar bola,sikap malas nak merebut bola.

        Bagi teman gerakan yang dibuat Popovic sehingga menyebabkan terjadinya gol sendiri,bukanlah merbahaya,cuma kegopohan Pertahanan lawan yang takut dengan kehadiran Akmal RIzal,menyebabkan terjaring gol sendiri.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam..Teman setuju dengan hujah di atas.

    Kita kena lebih realistik sekarang ni. Michal Kubala pada teman tak perlulah di letakkan sebagai penyerang rasanya cukup sebagai Attacking Mid.

    Kita kena tengok kebolehan dia sebagai 'holding midfielder' yang banyak mematikan permainan tengah lawan. Ketika lawan rancak atur serangan pantas, dapat bola pada Kubala, segala terhenti dan dia bijak merencana permainan.

    Teman risau kalau dia terlalu ke depan, bola tak dapat pada dia dan dia terpaksa patah balik ke tengah atau bawah untuk cari bola, kan dah bazir tenaga dia. So, biar dia dok tengah tu, sekali buat serangan dia akan perlahan-lahan menyelinap ke bahagian serangan bantu untuk huru hara kan defend lawan.

    Popovic pulak, peluang dia memang ada, tapi dia lebih suka buat hantaran daripa mencuba dari jauh. Sebagai penyerang di tak sepatutnya hold bola terlalu lama, itu silap dia dan tak sepatutnya hantar bola terlalu cepat terutama bola tinggi yang hanya di sentuh sedikit dengan harapan Akmal dapat baca mana pergi bola tu untuk dikejar.

    Popovic patut diberi pengajaran. Terlalu kasar untuk buat macam Saidin katakan, kita profesionall, rehatkan dia sampai habis kontrak atau kalau dia sudah melanggar salah satu klausa dalam kontrak, tamatkan je perkhidmatan dia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    melihatkan komen2 di atas, teman setuju lah agar kubala dikekalkan sbg attck midfielder. Cuma yg pasti siapa kah bakal pengganti popo. Ada apa perkembangan dari kem pengurusan seladang ttg nasib si popo ni. Kes ni dah hampir sama dgn liverpool dan andy carrol. nak release rasa sayang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. New Admin

    bagi teman.....tidak perlu lagi kekalkan Popovic,dalam masa sama naikkanlah anak anak muda dari negeri ini sendri laebih berbaloi dari membayar dengan jumlah yang besar terhadap Popovic.

    apakah kelebihan Popovic untuk pasukan perak,pemain tempatan,dan apakah impak kepada liga kita dengan mutu yang ada pada beliau.Kehadiran Popovic seperti kita melihat sesi pemilihan pemain pemain soccer kids,tidak semestinya kita pasukan harus mencari pemain import yang boleh jaringkan gol,sekurang kurangnya pemain import yang hadir itu mampu memberi impak berguna contoh seperti mampu melakukan gerakan gerakan yang menggerunkan supaya pihak lawan sukar untuk menghalang gerakannya dan lantas mampu memberi ruang kepada kawan menjaringkan gol.memiliki skill yang sangat baik dan mampu untuk pemain pemain tempatan mempelajarinya dalam masa yang sama memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada pemain pemain tempatan.

    Ramai sangat yang memberi komen dengan mengambil contoh Torres(chelsea),Carrol(liverpool) dan Valencia(Man Utd). walaupun mereka sukar untuk menjaringkan gol dimana mereka harus berhadapan dengan pihak lawan yang amat berkualiti,tetapi mereka mampu memberi impak besar kepada kawan untuk menghasilkan gol,dengan gerakan gerakan menarik dan mampu mengawal bola dengan baik dan sukar untuk ditumbangkan oleh pihak lawan.contoh macam Popovic,bila disnetuh bajupun tergolek bagaikan kene hempap dengan lori pasir(lori hantu). lari malas,nak kejar bola malas,tiada gerakan yang menakjubkan,tiada skill yang hebat untuk pemain tempatan perolehi.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      salam....

      teman setuju dengan New Admin,memang benar......kita perlukan pemain import yang berkualiti,mampu memberi peningkatan dalam mutu persembahan,mutu permainan pemain tempatan dan mampu memberi impak kepada pihak lawan........

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.