Liga Super 2012 | Felda United Vs Perak (Preview)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Sabtu, 28 Jan 2012
Stadium Hang Jebat, Melaka
8:45 Malam

Perak bakal bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka untuk perlawanan kelima Liga Super menentang pasukan tangga ketujuh, Felda United. Ini merupakan perlawanan penting bagi pasukan Perak untuk memburu kemenangan ketiga berturut-turut.

Felda United yang mempamerkan aksi memberansangkan selepas berjaya mengejutkan Selangor 1-0 pada 17 Januari lalu memberi amaran bahawa mereka bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah. Pun begitu, pada perlawanan lalu menentang N.Sembilan di Paroi, Felda tewas tipis 1-0 merencatkan impian mereka untuk mengekalkan rentak kemenangan. Manakala Perak masih segar dengan kemenangan tipis ke atas Johor FC bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada Selangor dalam dua perlawanan sebelumnya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Felda United dan Perak hanya dua kali bertemu sebelum ini dalam saingan Liga Super 2011 yang mana Perak hanya menang tipis 1-0 dalam kedua-dua perlawanan. Barisan serangan Perak masih menjadi tumpuan di dalam perlawanan ini kerana penyudah yang diharapkan masih belum dapat dikekalkan secara konsisten. Sekali lagi penyerang import Lazar Popovic bakal menjadi tumpuan. Kegagalan Popovic menemui sentuhan gol pada perlawanan ini bakal memberikan tekanan kepada beliau kerana Perak kini dikatakan dalam usaha memburu penyerang import baharu, andaikata Popovic gagal menyinar.

Barisan tengah Perak yang dikemudi Ketua Pasukan, Shahrulnizam Mustapha wajar mencipta lebih banyak peluang dan serangan menggunakan kedua-dua belah sayap secara pantas juga mampu membantu Perak untuk menghasilkan gol memandangkan kita mempunyai kelebihan dan kepantasan di posisi berkenaan.

Apa-apa pun tidak mustahil untuk Perak mencipta kemenangan ketiga berturut-turut untuk mencabar kedudukan pendahulu Liga Super 2012.

Barisan Perak Saranan SDN:

Mohd Nasril Nourdin (PG)
K Nanthakumar
Muhd Shahrom Abdul Kalam
Mohd Khairi Zainudin
Mohd Noor Hazrul Mustafa
Shahrulnizam Mustapa (KP)
Michal Kubala
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Rafiuddin Roddin
Lazar Popovic
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Liga Super 2012 | Felda United Vs Perak (Preview)

  1. syidi

    Salam. Amat setuju dengan ulasan pre match Daniyal.

    Lagi tentang Popovic. Masa lawan Johor FC tempohari, tengok si Popovic ni tak lah teruk sangat tapi tahap dia hanya sederhana baik dan tidak keterlaluan kalau teman katakan dia setara atau lebih teruk lagi daripada pemain lain yang sedia ada dalam tim perak.

    Dia banyak bertindak sebagai 'Holding Midfielder' yang seakan-akan tembok antara jentera tengah dengan barisan serangan. Banyak lorongannya yang agak baik dan kadang-kadang merapu.

    Macam teman cakap sebelum ni, jangan harapkan dia jaringkan gol, dia bukan kaki skor, dia hanya boleh bantu untuk jaringkan gol.

    Elok la PAFA kaji keberkesanan pemain ini dan beri peluang 1-2 game dan jika perlu rehatkan dia sebelum tindakan seterusnya. Siapa tahu dengan cara ini dapat beri dia ruang untuk buktikan ketajaman dia di depan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    salam....

    bagi teman si Popovic harus direhatkan selama lamanya,kerana beliau sememangnya tiada sifat pembunuh untuk pasukan Pihak lawan dan tiada sifat kerajinan sepanjang permainan.

    tidak dinafikan hantaran hantaran beliau baik dan tepat tapi apabila bola jauh dalam empat lima langkah dia takkan kejar dan hanay sekadar menjadi penonton terhadap bola tersebut.

    wahai penyokong sekalian, Gaji Popovic sama dengan gaji Safie salie,tapi permainannya sama dengan liga kampung,wajarkah mengekalkan dia.Tiada impak positif untuk pemain tempatan,sejujurnya kehadiran pemain import yang berguna kepada pasukan adalah mampu memberi peningkatan persembahan dan prestasi pemain pemain tempatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Apa kata kita ramai-ramai turun Ipoh tengok sesi latihan Perak. Bukan apa, kita tengok apa yang Si Popovic ni buat dan satu lagi untuk puas kan hati sapa-sapa yang tak puas hati dengan dia.

      Setahu teman la, pemain yang membarisi kesebelasan utama dinilai Coach atas beberapa faktor termasuklah 'form' ketika sesi latihan, 'fitness' dan macam-macam lagi lah.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        untuk pengetahuan mike syidi,Popovic terpaksa diturunkan oleh Coach disebabkan arahan Penolong pengurus yang diberi mandat untuk menaikkan Popovic.

        Sememangnya pengurusan PAFA ingin menyingkirkan Popovic

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Yop saidin jangan cepat menghukum si popo tu..kita bagi dia peluang lagi..memang le sekarang dia tidak menjaringkan gol lagi tapi mana tau dia akan kembali mempamerkan sentuhan berbisa..lagipun cuaca negara kita dia belum serasi lagi..harap kome bersabar ye..lagi satu bagi peluang shfiq jamal main..tu jer

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam...

    Dah teman kaborkan dulu tak payah berimport2!!!agak begik benor ler!!!lepastu dah merungut tak bagus,lebih kurang pemain tempatan dan malahan lagi teruk dari pemain tempatan...

    Gugurkan player import!!!kancah bolasepak tempatan tetap maju tanpa import!!begitu juga perihalnya dengan kebanjiran penonton yang hadir ke stadium..bukan kerana import!!!

    sekian,wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam..

      Chuck masalahnya bukan pemain Import secara keseluruhan. Marah benor mike dengan pemain Import. Salahnya sekarang 'orang yang ambik' pemain import tu kurang mahir.

      Pemain Import tak salah, kalau tengok deme main dalam liga deme..perghh..bukan main hebat lagi, tu pun teman tengok dalam 'u tiub' video lame deme la.

      Rasanya PAFA dah ada plan untuk masa depan Perak, jangan riso ye..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Betul..

        tapi teman lebih prefer bior kederat anak watan kita yang bermain untuk PAFA.Moralnya memang kita nak wujudkan persaingan utk player kita supaya lebih berusaha dgn bersungguh2 untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan.Namun,kita yg higher import 2 org tue,sanggup ke kita tak pakai kederat deme???itu persoalanya??

        Teman lebih prefer dengan jurulatih import.Dah tentu pengalaman yang ada pada manager/coach import tu lebih luas.Kerana usianya sudah cukup mengambarkan ilmu dan pengetahuan didadanya cukup luas selain khidmat beliau boleh kita gunakan untuk perkembangan bola sepak Perak selain salary yang jauh lebih rendah berbanding player.

        Jatuh bangun kita,bukan kerana awang Import!!!teman taknak kita dikatakan bergantung harap dengan jasa dan kederat deme!!sebelum orang barat pandai bermain meriam,kita sebenarnya telah lama mencipta meriam tersebut!!!tamadun dan kebolehupayaan bangsa kita jauh terkehadapan semasa zaman Melayu Melaka dulu!!!

        Jika Jepun bangga dengan bahasa rasminya,mengapa tidak kita??Perak untuk Perak!!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jasbisa

    teman hanya bagi 5 games saja pada popoviv. sekiranya malam esok games ke-5 menentang Felda, popo gagal jaringkan gol bermakna, yob akan dapat striker baru. apapun kita bagi peluang terakhir pada popo utk buktikan sesuatu. Hikmahnya nanti, pengurusan kena cari striker setaraf keita, seator, repasi etc. ambil african muslim lagi baik sbb robust, skilful dan rajin. macam2 ada dari mali, togo, guinea, gabon, burkino faso. tu belum cameroon, ghana, ivory coast, egypt etc.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Tapi betui gak kata mike jasbisa. Kalu kite tengok yang perform import semua 'malam2' je. Mcm mike kata Seator, Keita. Sekarang pulak Owona, tengah top.

      Tengok African Cup, teman minat betui tengok cara permainan diorang, laju, agresif (mula-mula je la), bila dah masuk minit-minit akhir letih..sama je dengan sapa-sapa pun.

      Tapi memang diorang ada semangat yang tak ada pada bangsa lain.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Barcelona tengah bercadang nak jual seido keita.Kalo benor nak sangat awang import,pohon PAFA amek dia banding yang lain..dah tentu muslimpun iyer jugak!!!!

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.