Liga Super 2012 | Perak Vs Terengganu (result)

logo_astro_liga_super_malaysia_2012.jpg

Selasa, 10 Jan 2012
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Terengganu

Perak berjaya mengatasi Terengganu dalam aksi sulung Liga Super 2012 semalam dengan jaringan tunggal Michal Kubala pada suku terakhir separuh masa kedua.

Babak pertama, Perak bermula garang dengan berjaya membelah benteng pertahanan lawan yang di ketuai oleh pemain berpengalaman Marzuki Yusof. Jelas, Perak menguasai hampir keseluruhan separuh masa tetapi gagal memecah kebuntuan.

Separuh masa kedua, Terengganu dilihat mula mendapat rentak dan berjaya mengatur semula permainan dan memiliki beberapa peluang menerusi penyerang mereka Ashari Samsuddin dan Abd Manaf Mamat. Mereka seakan-akan telah melupakan masalah dalaman yang melibatkan pemain import mereka tempohari terus memberi tentangan sengit buat Perak hingga akhir perlawanan.

Hasil kesabaran dan daya usaha pemain-pemain Perak, akhirnya pada minit ke 75 Michal Kubala yang menerima umpanan Lazar Popovic dari luar kotak Penalti tenang menyudahkannya dengan rembatan kencang untuk gol kemenangan Perak.

Jelas menunjukkan mutu permainan mengalami sedikit peningkatan berbanding musim sebelumnya. Kehadiran Kubala sebagai pengemudi jentera tengah menghasilkan impak yang berbeza. Cuma kelibat Popovic yang sering dipersalahkan pengadil merencatkan gerakan pemain itu.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Liga Super 2012 | Perak Vs Terengganu (result)

  1. saidin

    salam...

    tahniah skuad Perak yang berjaya mendapatkan 3 mata penuh di laman sendiri.

    namun apa yang dikesalkan dari segi mutu permainan beberapa individu agak merudum terutama Failee Ghazalie. Kalau sebelum ini dikenali penyerang agak berbisa tetapi apa yang dipersembahkan semalam aga memalukan kerana beliau sentiasa tamak dan suka sangat membuat keputusan yang kurang pandai.

    reputasi Popovic setaraf pemain piala presiden sahaja, tiada apapun kelebihan beliau,kenapa pengurusan PAFA cerdik sangat.

    Pemain sayap kiri semalam kurang stamina tidak mampu bermain 90 minit mungkin kerana kepenatan yang amat sangat berlari sepanjang pelawanan,sepatutnya diminit ke 60 hingga ke 70 jurulatih sudah boleh letakkan Isma Aliff dalam senarai dan mengeluarkan beliau dengan harapan agar dibahagian serangan sentiasa laju dan cergas.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam. Bro. Jangan terburu-buru. Failee pada teman seorang striker sejati. Striker ni tugas dia jaringkan gol. Dapat dalam area yang dia rasa boleh lepas dia akan cuba. Teman yakin lepas ni kalau diberi peluang lagi, dia akan jaringkan gol.

      Macam si popovic semalam nampak berat. Lambat respon tapi kawalam bola bagus. Elok letak dia back up je. Failee pulak ada speed yang baik, strike to the ball yang baik.

      So, jangan cepat melenting bro, relak dulu kita tengok nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        Bukan nak melenting,tapi agak pelik prestasi Failee yang semakin merapu,kalau kita lihat beliau beraksi sepanjang saingan Piala Malaysia Tidaklah sebegitu rupa.

        Mengenai Popovic tidak layak beraksi dalam saingan Liga Super,Tujuan Adanya pemain Import mestilah pemain tersebut benar benar berkualiti,demi memajukan Liga Temapatan,kalau itulah prestasi pemain Import baik tak perlu wujudkannya.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Bro. Ada sebab kenapa Popovic tu terpilih. Kalau mike ni tahu pasal bola mike takkan buat statement nonsense macam tu. Perlawanan persahabatan berbeza dengan perlawanan liga atau sebenar.

          Maksud teman penghayatan, perasaan, emosi dan mentaliti. Teman nampak Popovic ni seorang yang teliti dan kreatif tapi dia dikawal rapi semalam. So, moral dia down sikit, tambah pulak dengan reff yang sawan wisel. Orang challange bola belakang dia alih-alih dia yang foul.

          Kalau teman pun hilang fokus bro. So, profesional sikit bro saidin. Kita tengok dua tiga game lagi.

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. zizou85

      bro saidin terlalu cepat menghambur kritikan sedangkan baru gem pertama. Terengganu jelas mempunyai pasukan yang mantap dengan 8-9 pemain kebangsaan sedangkan pasukan Perak, tiada satupun dipanggil ke kem kebangsaan buat masa ini walaupun Shahrom Kalam dan beberapa pemain lain pernah dipanggil, itupun bukanlah pemain pilihan utama Datuk Rajagopal.

      mengenai pemain import, kubala mempamer corak permainan yang agak baik, wpun Shahrul Nizam lebih dominan. tetapi dia mempunyai kualiti throughpass yang baik berbanding mana-mana pemain di dalam skuad perak.

      Popovic memang benar agak mengecewakan. namun berilah masa sekurang-kurangnya 5 gem. Torres yang bernilai 50 juta pound pun bergelut sehingga kini, inikan Popovic.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. me 109

    teman setuju dgn syidi dan zizou85. Kubala dan Popovich ada kualiti tersendiri. There is more than one way to play football....sometimes ugly but effective. Ada teknik mengancam mcm Maradona tp tak efektif dan laksanakan game ikut arahan dan kehendak coach pun tak guna gak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Sudah-udah le tu. Teman hargai semua pendapat. Itu adalah hak masing-masing berdasarkan pemerhatian yang sangat subjektif.

    Jom kita ke bab seterusnya, buka mata luas-luas standby untuk hadapi Selangor pulak ni. Go to the next topic

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    salam...
    Mengenai Prestasi Import turut diakui oleh Presiden Pafa Dan Pengurusnya dimana tidak mempamerkan kualiti yang dikehendaki,teman tahu pasal bolalah yang membuatkan komen teman ini ditulis.

    Popovic larian bagaikan tikus yang sedang mengantuk.Lebih baik letak sahaja Shafiq Jamal.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. active11

    Pendapat peribadi saya:
    PERAK agak berat pada permulaan musim ini (bahkan mana-mana pasukan juga pasti mengalami benda yang sama). Seperti biasa Perak kekurangan kreativiti ketika membuat serangan.

    Pemain import:
    Kubala; Hantaran kemas tetapi agak lewat dan teragak-agak. Jaringan cantik.

    Popovich; Shielding bola yang kemas, jarang pemain tempatan memiliki sentuhan begini. Cuma sering dipersalahkan dan memang beliau dirantai begitu rapi. Pergerakan terbatas sepanjang permainan sehingga sering jadi kutukan penyokong. Tetapi pemain Perak tetap menghantar bola pada beliau kerana menyakini corak & bakat beliau. Kita wajar bagi beberapa perlawanan lagi untuk penilaian lebih lanjut.

    Failee; Nilai 25minit terakhir barangkali petanda Jurulatih Perak akan menurunkan beliau menentang Selangor. Larian deras tetapi sering kehilangan bola.

    Lain-lain; Sederhana persembahan mereka.

    Apa jua keputusan, kita wajar memberi mereka ruang untuk meningkatkan prestasi.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.